June 15, 2011

Dugaan nak menunaikan Solat

Di satu hari sabtu, kami anak beranak pi kenduri kat Jalan Semarak.  Masa pegi tu pun dah kul 12 lebih. Di tambah dgn jammed kat Rawang tu nak kuar kan, by time kami sampai kat kenduri tu dah kul sat lebih gitu.  Usai makan dan menjamu selera dgn hidangan yg disediakan tuan rumah yg kebetulan salah sorang kawan rapat kami pun beredar nak pulang.  Masa tu jam dah dkat kul 2 lebih gitu. 

Aku cadangkan kat SP tuk singgah kat memana masjid nak solat Zuhur.  Memula SP nak singgah kat masjid di tepi jalan area2 Jalan Kuching tu. Tapi aku ckp kat SP aku kurang gemar solat di masjid tu. Selain tempat solat perempuan yg tersorok kat belakang keadaan tempat amik air semayang pun agak kureng bersih di situ. Ada 2 kali kot aku solat kat situ masa on the way balik keje satu masa dulu.  So, aku ckp kat SP to carik tmpat lain jer.  Otherwise pi jer kat Petronas station yg mmg salu ada menyediakan surau.

Sbb pernah bersolat kat Caltex Selayang dulu, walaupun tmpatnya agak sempit aku masih selesa ke situ. Sbb bersih dan tempat amik air sembahyang yg sememangnya ada kat dalam bilik solat tu amat memudahkan.  SP mmg singgah kat Caltex tu tapi ntah camne dia ubah fikiran dan memandu keluar.  Katanya nak solat kat Masjid area selayang indah. Tempat kami mengantar anak sedara SP nikah dulu tu.

Kami masuk ikut simpang pertama lepas caltex tu. Mmg nampak dah masjid kaler biru yg besar tu. Ntah camne bila dah masuk dalam kawasan taman tu kami totally lost.  Dah tak nampak langsung mana masjid tu.  Finally ada jumpa macam madrasah cam tu, tapi berkonci plak.  2 madrasah kami jumpe tapi keduanya berkunci pulak.  SP terus drive lagi sampai lah kami masuk kat dalam kawasan taman yg aku percaya area kepong dah tu.  Dah area cina konfem lah takde masjid ke apa kan.  So dia drive balik keluar dari situ masuk pulak ke dalam simpang hutan FRIM tu.  Mmg ada nampak besar sgt sign MASJID Frim lebih kurang 500m tapi tak jumpa pulak masjid tu. Yg kami jumpa ialah pintu  masuk or gate entrance kat FRIM tu..so SP pusing balik teruskan perjalanan sampai lah ke flat PPR kat area2 dalam tu.  Thank God ada madrasah yg aku percaya untuk penduduk2 kat PPR tu lah. Dengan konfiden SP turunkan kami kat sana. Sbb takde parking konon dia nak biar aku dan kakak solat dulu manakala dia tunggu lam keta.  Mana tau u olls, dah masuk kat dalam madrasah tu, pintunya suma berkunci jugak.

Hati aku dah panas. Dgn cuaca tghari yg membahang, aku cuba pujuk hati utk bersabar.  Ini betul2 dugaan ni.  Samada kami give up utk bersolat zuhur ataupun kami meneruskan pencarian nak bersolat kat mana2 masjid.  SP pun drive keluar balik dari kawasan tu drive menyusur Hspital Selayang dan terus masuk kat area IPD Gombak tu.  Nekad kami nak pergi ke Masjid yg terletak kat Bandar Baru Selayang tu.

Alhamdulillah, menjelang kul 3 setengah barulah kami akhirnya sampai kat masjid yg sememangnya tersedia dan terbuka utnk sapa2 jer umat nya untuk menunaikan solat.  Syukurlah, dapat jugak kami semua menunaikan Solat Zuhur biarpun waktu dah hampir menunjukkan pukul 3.40ptg.

Ironiknya, aku tak salahkan AJK surau or masjid yg mengunci pintu. Sbb mungkin ramai sangat pencuri gaknya kan. Cuma aku tak bole paham kenapa dalam taman2 perumahan pun signboard pun tak berapa jelas.  Ini di bandar besar Kuala Lumpur bukan di kampung.   Bahkan aku dah berjalan kemerata tempat di kg2 lebih mudah nak menunaikan solat kerana disepanjang perjalanan bersepah masjid di kiri dan kanan.

Kalau korang ada baca blog sedara Mazidul Akmal mesti tau perihal surau di bawah tangga tu.  pi jenguk kat sini http://www.mazidulakmal.com/2011/06/di-bawah-tangga.html .  Sama jer keadaan surau kat bangunan tempat aku bekerja ni pun.  Since tuan punya kafir surau pun buat asal melepas batuk kat tangga. Dah la kedudukan dia basement tmpat parking, suasana yg gelap menyukarkan kaum wanita utk berjalan berseorangan kalau nak bersolat di sana.  Padehal, ada 4 blok bangunan di sini. Tak bole ke siapkan surau yg lebih selesa dan sesuai di salah satu tingkat tu?.  Tu pasal byk sgt kes2 hantu yg org nampak kat bangunan ni.  Sedangkan ada satu block tu dari level 13-17 kosong belaka. Apasalah sacrifice salah satu floor tu utk buat surau yg proper kan?. Maklum owner nya bukan Islam kan.  Kalau nak tau tokong mereka sembahyang pulak dia buat setingkat tinggi dari Surau di basement tu!.  Dulu2 mula2 keje kat sini mmg aku terpaksa pegi ke surau tu wlaupun aku tak suka. Lelama, aku solat jer mana ada tempat kat dlam pejabat ni. Dulu ada bilik kosong, tapi bila bilik suma dah penuh aku guna bilik kecik 4mx4m jer luasnya utk aku solat. Mak cik cleaner tolong aku bersihkan tempat tu, mop dan cuci lantainya.  Org laen pun x gunakan bilik tu.  Part time cleaner yg bukan islam buat kat off aku ni pun tak guna basin kat dlam tu sbb dia tau aku solat di situ.

Kalau kat office SP, sungguh selesa sekali suraunya.  Setengah floor di tgkat dua ditukar menjadi surau.  Ramai kakitangan Islam kat sana tu sbb komunitinya kuat dan aktif.  Ramai jemaahnya. Mereka gak salu menganjurkan aktiviti usrah, kuliah agama time2 lunch tu.  Selesa dgn aircond, tmpat amik air semayang yg bersih.  Aku suka kalau dapat solat di situ. Walaupun tak selalu pegi ke sana, aku masih tinggalkan sepasang telekung kat surau tu incase kalau aku terkesana dan nak bersolat kan.

Asalkan tempat tu bersih dan suci dari segala najis, kita masih bole bersolat bukan. Yg penting niat nak bersolat tuh.  Dalam pejabat aku ni ada bberapa kerat melayu dan berugama Islam jugak tapi aku taktau samada dorang solat di tmpat lain atau pun tak solat langsung.  Masing2 dah besar, dah jadik bapak org pun kan. Bab Solat ni sendiri mau ingat. Salah sekor mamat kat dept aku ni pun mengaku sendiri dia jarang mengerjakan solat.   Salu merasa gundah jer katanya hati dia.  Aku dah beritahu bnyak kali..kalau ada masalah, hati tak tenang dan tenteram amik air semayang dan tunaikan solat..namun nampaknya setakat ni tak pernah lagi...biarlah kan. Solat itu tiang agama..so sendiri mau ingat.

2 comments:

NenetPenne (NP) said...

bila sebut FRIM tu teringat i buat wedding garden kat situ

kat kepong taman ehsan tu kan ada masjid, besar lagi...

Anna said...

Wow net..wedding garden..benarnya i masuk dari area selayang pnya taman2..kat depan junction sepital selayang tu..x sampai ke Ehsan tu..jauh dah tu.. :)