June 30, 2011

Nonsense pnye Terma & Syarat..

Tak kesahlah kalau ada org nak label kami typical parents. Yg pasti as parents kami sentiasa mahu yg terbaik untuk anak2. Well, anak2 pun bukan ramaikan. Tu je lah 3 org yg ada. Paling penting bagi kami untuk anak2 ialah keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa setiap masa dan ketika tak kira di mana jua mereka berada....


Mlm tadi, kakak hulur borang dari sekolah utk program bercamping katanya. Dia tu mmg kalau ada apa2 program ke hape, mesti hulur surat kat mama dulu. Maklumlah mama kan sgt berkuasa dalam rumah. Kadang ayah tak bagi pun kalau pi kat mama salu jer bagi. Salu jer flexible. Hatta, kat supermarket nak amik apa2 pun harus dapat greenlight mama dulu. Masa aku baca form tu aku dah nampak dah. Pihak sekolah nak buat kat Hutan Lipur Lagong. Kat Selayang berdekatan IPD Gombak tu. Kawasan org asli kat situ. Biasa, mmg kami biasa sgt sgt dgn tempat tu DULU. Sekarang tak lagi . Sbbnya ada satu insiden yg mmg buat kami laki bini serik nak ke tempat tu...ni later kita cerita ye.


Berbalik pada borang tu tadi. Bayarannya adalah sebanyak RM40/ sekapla. Tarikhnya 15-17 July ker. Based on diary mmg takde plan nak kemana2 pun tarikh tu. Basically aku cam ok jer kalau dia nak pegi. Cuma untuk menghormati Ketua Presiden dalam rumah harus mintak greenlight dia dulu gitu..Lepas dinner, sambil duk2 lepak dpn TV layan berita yg sokmo citer politiks jer tu aku suh SP dok tgk form tu. Aku, pada basicnya ikut jer kalau dia bagi bagilah. Lau tak tak lah.


Wah, lama gak dia baca gitu. Bila sampai kat part Bukit Lagong tu terus dia tak setuju. Dah stat mengomel2 sendiri aku suh dia panggil kakak untuk sit and talk. Maklum kakak malam2 byk keje sekolah dan akan duk berkurung dalam bilik dia sampai siap suma keje baru dia kuar..

Aku biar father n daughter to have a talk..Dan ayahnya terangkan satu persatu pro and cons pasal kenapa dia tak beri keizinan pi camping tu.

 
Bayaran sebanyak RM40 tu bukan satu masalah besar pun. tetapi dia suruh kakak consider point2 :

i) buat camping kat Hutan Lagong.

Hutan yg pada dia sgt memberi kesan pada kami sekeluarga. Sbbnya??, dulu dia mmg selalu ajak kami pi sana mandi. Almost tiap ahad manjang jer ajak pi sana. Aku mmg malas nak pegi sgt tp sbb dorang suka air sungai jeram dan berbatu aku ikut jer. Hari Sabtu atau ahad lepas breakfast, beli paper kami pi sana. Sajer lepaks2. Dia dgn anak2 salu main air, kadang2 mandi. Kadang2 tangkap anak2 ikan yg byk kat sungai tu..aku? salu aku lepak kat wakaf jer baca paper. 10x pegi adalah sekali aku rendam2 kaki. Selebihnya aku tgk jer. Kat situ tmpat perkampungan org asli. Takde tempat nak salin baju ke apa. Tandas yg ada mcm nak roboh dan kotor amat. Hari minggu mmg ramai org bawak anak2 pi sana. Airnya jernih dan surut..sesuai tuk bdk2 kecik maen2 air. Dalam byk2 kali pegi the last time kami pi sana bdak2 ok2 jer. Aku ingat lagi dorang happy dapat sauk anak ikan kat situ byk betul. Amal dgn delin siap mandi manda dan ikut ayahnya meredah tepi2 air sungai tu. The next day, Amal komplen sakit perut. Sakit amat2 sampai guling2 menangis. Aku sampai amik EL sbb risau tgk keadaan dia. Sakit perut dan muntah2 non stop. Menangis jer. Malam pun x leh tido. Aku terpaksa letak tangan aku atas perut the whole nite. Sampai tido pun tak lena.kejap2 dia merengek aku terjaga. Dia kata sakit...makan takmau. Makan muntahkan balik. 2x kami bawak dia pi klinik, dr bagi ubat sakit perut memacam..tapi langsung tak baek. Malah cam tu la keadaan dia..3-4 hari dia cam tu...dah pi klinik tak jalan jugak, kami decided to cuba cara tradisional pulak. Kami bawak dia jumpa abg Onn. Abg Onn ni keje dgn SP satu off. Cuma lain dept. Dia mmg pandai mengobatkan org. Lepas citer kat abg onn apa yg dah berlaku, abang onn bgi sikit air. Untuk Amal mandi dan minum. Pastu dia letak kapur kat perut amal tu. Sambil baca2 selawat. Menurut abg onn, amal dan mengganggu tmpat permainan makhluk halus kat utan tu. Terpijak benda apa ntah. Kami sekadar ikhtiar sbb dah cuba ubat moden tak jalan kan. Yg aku pasti masa tu kalau letak telinga kat perut amal bole dgr seolah2 air sungai menderu2 dalam perut dia tu. Tiap kali dia bergerak rasa sakit. Tu sbb dia menangis. Tu sbb dia tak mau makan. Sbb perut dia tak sedap..sakit, sakit katanya..



Alhamdulilah lepas berubat tu, dia beransur baik dan pulih. Dan dan bole pi sekolah pun. Mujur masa tu sekolah tadika jer. Jadik tak sekolah 2-3 hari pun tak le teruk sgt ketinggalan. Yg aku suka, lepas peristiwa tu SP stop dah ajak kami pi tempat2 gitu. Stop juga pi tmpat2 yg ada sungai ke, utan ke..seingat aku lepas insiden tu mmg langsung kami x pi dah air terjun dan yg sewaktu dgnnya kat area2 berhampiran situ. Khabarnya tempat tu mmg keras. Sbb kawasan hutan simpan yg mmg jarang org pegi sgt. Lagpun kawasan tu mmg agak terpencil sgt2..Kalau dorang nak mandi hangkut jer pi KLCC tu haa abis cerita. Tp lepas kes tu pun bdak2 tak pernah mengajak pi air terjun or sungai pun!.



Jadik, pasal kes tu SP bit skeptikal sikit pasal hutan2 ni..dia tak mau menda yg sama berulang lagi pada anak2. Lebih2 lagi kakak nak pegi 3hari, tido dan bermalam pulak kat kawasan Lagong tu.



ii) SP cukup tak berkenan dgn Terma dan Syarat yg pihak sekolah tulis kat borang tu..ginila lebih kurang terms n condiditons nya...



Dengan ini saya ......................(nama ibu/bapa/penjga) kepada pelajar bernama ................................. dari tingkatan............dgn IKHLAS (sengaja aku UPPERCASE kan) membenarkan anak di bawah jagaan saya untuk mengikut program perkhemahan yg akan di adakan di Hutan Lagong pada 15hb-17hb July 2011. Dengan ini juga saya tidak akan membuat sebarang tuntutan mahupun gantirugi atas apa juga KEMALANGAN/KECELAKAAN mahupun KEMATIAN sekiranya berlaku sesuatu yg buruk disepanjang program perkhemahan ini. Saya juga tidak akan mengambil apa2 jua tindakan sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini terhadap anak di bawah jagaan saya dalam program ini kepada pihak sekolah dan bla bla bla...pjg lagi ayat dia..aku pun dah lupa..



Ayah terangkan dgn jelas pada kakak nape. Memberi contoh pada insiden pelajar2 yg lemas dihanyutkan arus deras masa ikut camping tak lama dulu kat Perak tu. Kalau lah hilang di hutan, jatuh kemalangan, patah kaki tangan leher hatta bawak kematian kata ayah, sapa yg nak bertanggung jawab?. Dengan sapa kita nak salahkan?. Terms and condition mcm ni mmg mesti buat suma mak bapak susah hati. Buatnya sampai membawa kematian ke apa?. Mmg kita x bole melawan takdir tapi kalau benda itu bole kita elakkan kita patut buat kan?.



Kalaulah camping tu buat kat padang sekolah ke, ayah dont mind beri kebenaran. Sbb kurang risikonya. Lebih selamat keadaannya. Ayah tak teragak2 beri keizinan mcm perkhemahan perdana yg sekolah kakak buat masa kakak darjah 6 dulu kan?. Ini tak, tmpat tu sgt berisiko..ayah dan mama cuma ada 3 org anak jer tau. Ayah dan mama takmau ada perkara buruk berlaku pada anak2 hanya kerana lalai dan lewa dalam memikir perkara2 yg berisiko cam tu..



Lepas sessi brainstorm tu, ayah bagi kakak masa sampai esok utk fikir sama ada nak terus pergi ke tak. Tapi kakak sgt understanding dan matang..terus jer dia bagi jawapan kalau mcm tu, dia dgn ikhlas hati tak mau pegi. Sbb dia pun takut risiko yg ayah dah ckapkan tu...



Lega kami mendengar...jadik mama beri cadangan untuk ayah beri RM40 tu pada kakak sebagai ganti dan bukti pada kakak bahawa duit bukan segalanya..apa yg penting anak2 selamat dan sejahtera dah cukup. Dan mama bagi cadangan lagi best...iaitu untuk pi spend duit tu utk tengok Transformer 3 ............





Gitulah adanya, drama terma dan syarat kat umah no 10 malam tadi...again its a win win situation org kata. Memberi kepuasan hati pada kedua belah pihak tanpa menyakitkan mahupun melukai hati kedua belah pihak.  Moga kakak paham kenapa dan mengapa kami tak berapa bersetuju untuk dia menyertai aktiviti2 begini.....







No comments: