June 17, 2011

Nora Elena..abis sudah

Semalam aku berjaya pujuk En SP balik awal semata2 Nora Elena hokey.  Salu kul 6 baru dia sampai amik aku kat off.  Ngam2 kul 7 akan sampai umah kalau takde halangan di jalan. Tapi semlm aku ajak dia balik kul 5.30pm. Aku kata kat dia Nora Elena last episod hari ni. Wah sukenya bila dia kata oraits. 5.30pm kita balik...sampai umah pun still awal. Pukul 6.30pm. Sempat buat nasik padprik sebelum dok depan tv concentrate kat Nora Elena..

Pagi ni aku rasa nak meluahkan puashati pada pengakhiran cerita tu semlm. So aku decide to say thank u kat tv3. Dgn harapan lenkali dorang tukar slot tu kat masa lain. Bukan pukul 7 cam selalu. Huru hara mak mengejar tau tiap hari.  Meh layan apa yg i email kat gua.com pagi tadi....enjoice ye...



Terima Kasih TV3 Kerana "Nora Elena"

0 Comments

by Gua.com.my
17 Jun 2011
in HIBURAN, BERITA HANGAT,



Rupanya belum reda lagi demam drama Nora Elena yang baru saja selesai ditayangkan di TV3 semalam. Hari ini GUA menerima email penonton yang cukup teruja dengan jalan cerita drama yang diangkat dari sebuah novel bertajuk Kasih Yang Suci itu.






Tahniah & Syabas team Nora Elena, Terima Kasih TV3


 
Saya pasti la ni satu Malaya sudah relieved, lega dan suka sebab sudah berakhirnya Nora Elena petang semalam. Lepas ni tiada lagi terkocoh-kocoh balik mengejar Nora Elena setiap pukul 7pm Isnin - Khamis macam saya. Takde lagi ibu2 yg memasak sambil berlari2 anak menonton Nora Elena. Tak de lagi yg tunggu iklan keluar untuk mandi. Takde juga yg menunggu iklan untuk menunaikan solat maghrib ya. Lega sudah. Lega juga sbb ia berakhir dgn happy ending. Bukan seperti dirumourskan kat internet smlm yg Nora Elena akan mati. Mujur lah, kalau tak harus ada yg mogok dan tunjuk perasaan meroyan sambil mengutuk2 sbb ia ended tak seperti yg terdapat di dalam novel adaptasi Kasih Yg suci.



 


Adaptasi Yang Memikat

Saya dah baca novel asal cerita ini. Mmg sangat panjang babnya dgn beratus2 muka surat. Risau juga kalau Nora Elena akan mencedok sepenuhnya novel tersebut. Mau makan 6-7 bulan terpaksa kami ni melara nak tunggu habis kan. Mujurlah ia cuma adaptasi longgar yg masih ada mengekalkan beberapa watak penting walaupun mungkin ada perubahan pada nama2 watak tersebut.

Terima kasih TV3, kerana telah menyiarkan drama yg telah mencetuskan fenomena baru selepas Nur Kasih. Kalau Nur Kasih hampir sempurna tanpa kecacatan yg ketara dan masih menjadi sebutan ramai. Malahan NKTV juga telah mencatat kutipan pecah panggung yg amat dibanggakan. Percayalah penonton2 Nur Kasih ratanya adalah peminat tegar drama tersebut.



Fenomena Di Laman Sosial

Begitu juga pada drama Nora Elena yg telah mencetus kegilaan baru selepas Nur Kasih. Lihat saja di tweet, di fb dan mana2 blog rata2 suma bercerita perihal Nora Elena. Jujur saya katakan, disegi promosi dan provokasi penonton ia telah mencetus rasa peminat nak tau dan melihat apakah sambungan seterusnya. Lantas, ramai yg tak sabar menanti Nora Elena muncul setiap hari. Rawan hati rasanya kalau setiap hari khamis. Kerana terpaksa menunggu hari Isnin untuk tahu cerita seterusnya. Rating Tv3 juga mencanak naik kerana promosi dan provokasi penonton2 di luar sana.

Ketika Nora Elena mula ditayangkan, saya sendiri kurang memberi perhatian. Antara tgk dan tidak. Tetapi selepas episod ke enam ditambah pulak provokasi rakan2 di fb. Ttba saya sendiri menjadi peminat tegar dan sanggup mengulang episod 1-10 semula untuk melihat semula dgn penuh perhatian satu persatu. Terima kasih tv3, kerana tonton.com.my, kami peminat yg tertinggal episod bole mengulang lihat semula. Bahkan dari situ jugalah penonton bole dapat mengesan kesilapan didalam drama tersebut. Contoh paling ketara ialah ketika kad jemputan kawin Nora Elena dgn Seth. Jika menonton secara live nescaya penonton tak perasan kan?.

 
Begitu juga saya. Tapi apabila dihebohkan di blog dan dapat pulak melihatnya ditonton, ianya nampak ketara sgt. Syabas TV3 kerana mensajikan drama yg menarik. Lebih menarik dari segala cerita karut marut dan tahyul tak kira samada terbitan negara jiran maupun dari negara kita sendiri. Ini adalah bukti bahawa tv3 sgt prihatin kehendak penonton yg mmg sukakan drama2 sebegini yg meruntun perasaan dan jiwa.


 

Syabas Pasukan Nora Elena


Untuk team Nora Elena pulak, korang mmg best. Pengarah, penulis skrip dan pelakon2 khasnya telah membawa watak dgn begitu berkesan sekali. Sebgaimana berjuta wanita terkesima dgn kehebatan Aaron membawa watak Seth. Kelembutan Siti Saleha yg secara bersahaja membawa watak Nora dgn sebegitu superb harus di berikan markah penuh. Ditambah lagi dgn pelakon pembantu spt Wan Norsyarmila yg berjaya membawa watak Yvonne dgn begitu hebat dan gedik sampai semua org merasa sgt menyampah dan benci dgn Yvonne. Pendek kata rasa jer nak tarik2 rambut si Yvonne tu kan. Begitu juga watak Insp. Amir yg dibawa oleh Erry Putra menyokong jalan cerita Nora Elena dgn begitu menarik sekali. Tahniah jugak untuk Maizura Ideris, penulis skrip cerita ini yg dapat mengolah novel Kasih yg suci untuk digarapa sebgitu ringkas dan padat untuk menghasilkan Nora Elena yg menjadi kegilaan peminat2 yg menonton.

 
Novel Nora Elena Laris Bak Goreng Pisang Panas
 
Impak cerita ini juga menyebabkan Novel Kasih yg Suci karya Meen Zulaikha laku bagai goreng pisang panas. Ramai kawan2 saya yg beria2 dan bersungguh mendapatkan novel ini. Mereka rata2 tak sabar nak mengetahui ending Nora Elena . Saya membaca novel ini pun beberapa tahun yg lalu dan hampir lupa jalan cerita nya. Percubaan untuk mendapatkan novel ini di kedai buku di kawasan tmpat tinggal saya juga gagal kerana semuanya habis di pasaran!. Lihat betapa hebatnya penangan Nora Elena bukan. Ia merupakan rezeki kepada penulisnya kerana ia telah diulang cetak semata2 kerana NORA Elena muncul di TV3.


Kredibiliti Pelakon

Tidak dapat dinafikan, kelebihan pelakon2 nya menjadi tarikan paling kuat. Pelakon baru, yg org suka seperti Aaron Aziz dan Siti Saleha juga merupakan penyumbang utama. Jujur saya katakan, sekiranya pelakon itu saya kurang minat dan gemar penuh pulak dgn kontraversi saya sendiri tak tertarik nak mengetahui apatah lagi mengikuti cerita tersebut. Selepas berakhirnya drama begitukah cinta, diganti pula dgn Cinta antara kita yg punya jalan cerita yg bagus pada saya.

Cumanya pelakon2nya adakalanya menyebabkan saya kurang minat untk menarik mata dari menonton. Kalau begitukah cinta saya mgkin beri 75% komitment menjadik pengikut manakala untuk cinta antara kita dek kerana pelakonnya yg saya kurang gemar komitmen saya tak sampai pun 30%. Justeru, saya kira pelakon2 yg melakonkan watak dalam setiap drama juga harus diambil kira oleh pengarah.

Promo dan provokasi juga perlu. Promosi untuk cerita baru mengganti Nora Elena di slot Akasia sudahpun keluar, tapi saya masih kurang terpengaruh lagi untuk menonton dek kerana kontroversi pelakon utamanya. Setelah menonton drama2 terdahulu pelakon tersebut memang berjaya membawa watak dgn baik cumanya cerita peribadi pelakon sedikit sebanyak menyumbang kepada keinginan penonton sama ada ingin melihatnya atau tidak. Percayalah, bukan sahaja golongan hawa terpempan dgn drama Nora Elena, golongan lelaki juga tak terkecuali. Bukan bangsa melayu sahaja menjadi pengikut, bahkan rakan2 berbangsa cina dan lain2 juga menjadi penonton setia. Itu lah bukti keberkesanan promosi dan provokasi dari mulut ke mulut dari cyber ke cyber.

Perlu Tukar Slot Akasia

CUMA, menjadi harapan saya yg tv3 dapat mempertimbangkan waktu slot AKASIA untuk ditukar siaran ke waktu yg lain. Waktu jam 7 ptg itu agak kurang sesuai dan kritikal pada saya. Masakan tidak, berkejar2 dari pejabat nak sampai ke rumah.

Ramai juga kawan2 yg ketinggalan terpaksa menonton siaran tertunda di tonton. Masakan sama menonton live dan siaran tertunda kan?. Waktu puncak selepas Buletin utama saya fikir lebih sesuai dan santai. Jam 9-10pm adalah waktu bagi ibu2 dan isteri2 macam saya untuk berehat sambil menonton tv selepas bertungkus lumus menyediakan makan malam. Ada masa juga membantu anak2 menyiapkan kerja sekolah mereka kan. Waktu jam 7 tu lah kami ibu2 dan isteri2 ni akan bersilat menyungsing lengan didapur menyiapkan hidangan malam (walaupun ada kala ibu2 spt saya mengelat dgn bersiap sedia menapau makanan di pasar malam :) Hebat nya penangan Nora dan Seth Tan. DAN juga perkara paling penting ialah waktu solat maghrib untuk yg beragama Islam. Masa tu jugaklah nak mandi selepas pulang dari bekerja. Justeru, saya amat mengharapkan agar Tv3 dapat mempertimbangkan waktu siaran Akasia untuk ditukar ke waktu lain yg lebih sesuai dan santai.


Lega Nora Elena Sudah Berakhir

Akhirnya, saya berasa sangat lega kerana berakhir sudah seksa Nora Elena pada saya, kawan2 dan penonton2 setianya. Termasuk jugak kepada semua ahli keluarga saya. Masakan tidak, setiap hari kami lima beranak termasuk suami akan setia menunggu dihadapan TV untuk mengetahui apakah kisah selanjutnya dalam Nora Elena.

Syabas untuk semua . Ini pasti memberi semangat kepada semua pengarah dan produser di Malaysia untuk menerbitkan drama2 melayu yg berkualiti. Juga menjadi pendorong untuk stesen lain untuk menyiarkan cerita2 berkualiti seterusnya menaikkan rating penonton di stesen masing2. Syabas juga untuk pelakon2 drama Nora Elena. Anda semua mmg hebat. Percayalah, selepas ini drama2 lain yg anda lakonkan pasti akan menarik penonton terkesima untuk melihat lakonan anda. Majulah drama melayu untuk negara...Dari melayu untuk semua...
 

Seperti drama Asmara contohnya menjadikan ia sgt menarik untuk ditonton lantas disambung pula dgn Asmara 2. Cuma bila endingnya tidak seperti yg diharapkan oleh penonton iaitu happy ending, saya sgt kecewa. Saya ingin sangat lihat Asmara dan Zalia bersatu semula namun dalam Asmara ia tidak berlaku. Drama is a drama. Meluahkan rasa tak puas hati cuma tak perlu la rasa meroyan gila gila.

 
 
Life is a drama..Drama is a life org kata. Sebagai penonton yg matang, pasti kita bole terima apa saja. Tak perlu nak mengamuk atau tak puashati.







Bagi peminat Nora Elena, anda masih boleh menyaksikan drama tersebut di www.tonton.com.my.

No comments: