July 6, 2011

Jom Jual Nasik Lemak.

Bank tempat SP menabur khidmat tu udah dibeli oleh bank yg laen.. Maklum bank lama yg SP keje tu buat untung gile2 gaban khabarnya.  Belum sampai ke 1 quater target dah terlebih achieved.  Jadik bank lagi satu yg tak berapa nak buat untung tu beli bank tu.  Udah sumanya kena tukar. Keparat kaler pun kena tukar.  Dulu oren seoren2nya..lepas ni taktau ler pulak kaler apa.

Syukurnya, terms and conditions tak berubah walau sedikit. Means perkhidmatan di bank lama diiktiraf sebagai years of service biarpun bertukar pengurusan.  Suma kena tukar. Jadi harta2 lama bank terdahulu, samada dorang buang kalau tak perlu atau letgo jer kat staff.

Byk benda yg dorang let go cam tu jer termasuk ler payung askerim yg ada logo bank lama tu kan.  Ada bberapa khabarnya dan org yg paling untung ofkos lah maintanance & admin dept sbb dorang yg pegang segalamala kan.

2 minggu lepas SP bawak balik payung askerim tu.  Ada dua.  Bdak dua org tak sabar nak suh bukak payung tu sbb meka nak bermain2 kat bawah payung tu.  Mula2 ayahnya buat tak tau jer. Tapi dok nag2 jer kan ayahnya pun pasang lah payung tu kat halaman pada satu hari ahad yg tenang.



Bila dah dipasang payung tu meriah dua orang tu maen.  Mana tau tghari lepas makan lepak2 baring2..si Amal pun cakap.."Ma, payung dah ada tu, bole lah lepas ni kita jual nasik lemak nak?.."..Haaa? jual nasik lemak? aku tnya dia balik sambil gelak2..Suma pun gelak sama.

Kata Amal, letak jer payung depan gate tu, amik satu meja pastu stat lah jual nasik lemak.  Ada kaa??..abis aku tnya sapa nak tolong jaga. Mama keje, kakak sekolah?.  Wah jawapan dia..alah, kita jual je time2 cuti ari sabtu dan ahad tu. Mesti ramai org dtang beli tau. Mama buat sambal kan sedap. Gerenti ramai org beli....

Hahaha..ye lah tu Amal ooi...Mmg mama ada plan nak jual nasik lemak...tapi not now. Korang masih sekolah lagi perlu banyak belanja. Mama pun x leh letgo keje mama buat masa skg ni. Later2 kalau korang suma dah abis belajar, mama dah pencen maybe mama bukak kedai kecik dpan umah bawah payung meniaga..lgpun lepas JJ siap nanti for sure ramai org kan?..

Bisness minded betul anak aku yg sorang nih...

No comments: