July 19, 2011

Mak, cepatlah sembuh

Jumaat malam tu, lepas bdak2 balik sekolah kami bergegas balik ke kg.  Aku sungguh rasa tak sabar2 nak jumpa mak.  Walau dalam rushing tu idakla pulak  SP drive tergesa2 sgt. Keselamatan anak2 jugak harus dia ambil kira.  Pukul 9 lebih kot kami singgah basahkan tekak kat tg karang. Masa tu dah  bersms2 dgn akak kat kg.  Kakak no 2 tu dah tiba anak beranak petangnya. Jadik aku tnya2 apa2 dorang nak makan so that aku tapaukan.  Sudahnya aku tapau kueh2 dan nasik lemak kecik.

Aku tiba rumah mak dah kul 10 lebih. Mak dah tido masa tu. Tapi aku dan anak2 masuk gak dalam kelambu mak just to let her know we are home.  Maklum dah lama tiga org adik beradik pmpuan ni tak jumpa. Anak2 pun dah lama x jumpa sepupu mereka riuh lah kami bersembang sampai ntah pukul berapa.

Pagi2 bila bangun, kakak no 2 sebok uruskan mak. Tukar pampers mak. Lap2 kan badan mak. Tukar cadar, tukar kaen batik.  Aku dgn Kakak yg sulong (yg tinggal dgn mak tu) siapkan saparan.  Mak mmg tak mo makan. Bubur yg disuap pun makan 2-3 sudu jer. Air pun hardly dia nak telan. Mgkin haus, mak agak tergesa2 lalu tersedak. Mmg tak bole paham langsung apa yg mak nak ckp.  Butir2 tak jelas langsung.

Bila dah siap urusan mak, aku, SP dan anak2 dan Kakak pegi pasar. Misi pertama mendapatkan lauk2 dan beli straw serta bekas air utk memudahkan mak minum.  Mcm arwah pak dulu, pakai straw memudahkan dia. Juga bekas air so that bole letak air berasingan. Air bergula dan air kosong.

Bila ramai adik beradik ada kat umah keje jadik mudah. Mak pun nampak happy. Cuma kami totally missed her. Klau selalu ada ramai cucu2 bising dan berlari2 akan terdengar sore mak membebel, marah cucu2 yg berlarian bersepah dgn kertas dan hape.  Takde sore langsung lagi kuar dari mulut mak. Dia cuma mampu memandang dgn lemah dan sayu.

Abg ngah mmg dah tau mak sakit. Tapi dia x leh balik. Maklum lah jauh.  Mana tau pukul 4 ptg sabtu tu terpacak anak sulong abang ngah kat depan pintu umah mak. Rupanya si Fizi anak sulong abg ngah. Pandai budak tu datang sendiri ke kg naek bas pulak tu. Dia yg tgh tunggu pendaftaran ke Uni Msia Tengganu keje sementara kat kilang kat kelang. Takde cuti, tapi lepas dgr nenek sakit, dia amik cuti. Semata2 datang nak jumpa nenek. Mgkn sbb abahnya x bole datang dia jadik wakil.  Mak menangis masa nampak fizi sampai. Mesti mak sedih. Mesti mak sayu..sbb mak x leh berkata2 apa2..cuma mampu memandang.

Jadiknya sabtu dan ahad meriah rumah mak dgn anak, menantu dan cucu.  Org juga ramai datang melawat mak. Jiran2 terdekat, kawan2 mak yg mana dapat tau mak sakit tu pun suma datang.  Rupanya, menurut kawan2 mak, masa hari rabu petang ada usrah di surau mak ada pegi. Tpi butir2 suara dia dah mula tak jelas. Sbb dia batuk mereka ingat dia sakit tekak.  Lepas balik surau tu lah mak kata dia jatuh kat depan pintu umah. Tapi masih dia bole bangun. Sbb pagi khamis tu pun dia ok lagi. Kakak pun kata mak masih leh jalan2 pagi khamis tu. Mana tau khamis petang tu dia jatuh lagi sekali, langsung tak leh bergerak dah.  Lebam dan bengkak kat peha dan pinggang mak belah kanan. Mgkin menahan diri dari jatuh gaknya.  Mak dah byk hari tak selera makan. Jadik dia berjalan tak berdaya terhoyang hayang. Tu sbbnya jatuh.

Masa dua hari tu lah, aku berpeluang mandikan mak. Angkat mak. Ubahkan kedudukan mak kalau dia penat berbaring. Bangunkan mak kalau dia nak berduduk. Tukar pampers mak. Suapkan dia makan, beri dia minum. Urut2 belakang mak. Tukar baju mak.  Terbayang dulu kecik2 mak buatkan tu suma untk aku sekarang ni peluang kami pulak nak berbuat yg sama pada dia.  Syahdu rasanya. Sedih dan sgt2 insaf sbb Allah beri kami peluang nak rasa apa yg mak pernah buat pada kami dulu. Jaga kami sebaik2 yg mungkin.

Ahad petang, sebelum masing2 nak balik semula ke bandar, adik dan familynya sambil antar Fizi balik ke Kelang semula.  Aku pula kena antar kakak no 2 balik ke umahnya kat Kelang jugak sbb suaminya keje. Masing2 ada tanggung jwb dan komitmen pada keluarga, masing2 anak bersekolah jadi agak payah untuk aku dan kakak berlama2 walaupun hati sangat berat nak meninggalkan mak.

Seblum balik, aku sempat mandikan mak dgn kakak. Gosok sabun bdannya, tukar baju nya, sikat rambutnya.  Mujur dah siap tu, ramai kawan2 mak datang menziarah.  Termasuk la abang long dan bini dia. Datang jengok dan abang long tolong angkat ke kerusi roda. Kerusi roda tu arwah pak yg pnya. Mujurlah kami masih simpan lagi. Ada ramai gak org tanya nak beli dulu tu. Cuma kami sayang sbb ada sentimental value. Maklum arwah pak guna selama hampir 5 tahun. Jadik kami suma sayang dah tak mau jualkan.

Menjelang kul 5 lebih suma dah siap sedia nak balik. Mak sayu jer bila aku salam dan cium dia.  Takde air mata mengalir, mgkin sbb dia redha dan terima kami suma ada tanggungjawab lain.  Maka dgn berat hati, kami tinggalkan mak ketika rumah dipenuhi dgn jiran tetangga yg datang melawat mak.

Aku antar kakak no 2 kerumah dia kat rantau panjang dalam maghrib. Pas solat kami terus balik ke rawang. Kepala aku weng2 rasanya, bdan pun tak bape sihat, so aku nak amik EL jer Isnin. Aku cepat2 sms sapa yg patut.

Hari Isnin, aku kat umah.  Anak2 suma sek petang sbb sek agama pagi cuti nisfu.  Lepas SP pi keje aku amik peluang tido kejap.  Sbb anak2 nak sekolah. Aku terbangun bila aku mengigau terdengar suara mak memanggil. Dh kul 9 lebih masa tu...aku bangun.. Masakkan spaghetti tuk meka. HP tak henti2 bersms dgn akak kat kg pasal perkembangan mak. Akak pun kena keje semalam. So pagi2 lepas dia tukar pampers mak dan siapkan sarapan, beri mak makan dia pi keje. Masa tu aku risau gak camne la mak kat umah sensorang. Nak tunggu akak balik tghari lambat. Aku cuba gak nak tido tapi tiap kali pejam mata, ase sedih, sayu..tersedu sedan gak aku nangis semalam. Mgkin sbb sensorang kat umah, anak2 suma sekolah semakin sayu hati...aku bangkit tunaikan solat asar dan mohon segala kekuatan..Lepas solat baru lah rasa tenang, barulah aku masak utk makan anak2 dan SP balik nanti. Aku mop lantai dari depan sampai ke belakang. Aku kemas umah bagai org tak ingat. Aku lipat baju. Aku sebokkan diri semata2 tak mau asik memikirkan pasal mak. Takut2 nanti satu keje pun aku x leh buat. Mujur la aku x keje smlm. Kalau tak taktaulah, gaknya menangis jer sepanjang masa. At least smlm aku beri masa untuk diri sendiri supaya tabah dan bertenang.

Akak sms lepas anak2 suma pi sekolah. Alhamdulillah. Akak kata dia balik bawak lauk tghari, abang long ada kat umah. Tido.  Masa dia balik abg long suh dia bagi mak makan. Abg long dah sesiap masakkan mak bubur nasik rupanya. Akak kata bagi mak makan bubur berkuah tomyam nampak dah ada selera . Lega sikit aku dgrnya.

Gitulah rutin hari2 sepanjang mak sakit ni. Syukurlah abg long bertanggung jwb sungguh pada mak. Beli pampers mak. Datang tiap petang tuk angkat dan mandikan mak.  Mmg ini hikmahnya bila mak sakit, adik beradik masing2 bersatu melupakan segala dendam, marah didalam hati demi mak.  Ini jugak hikmah yg selama ini mak buat2 tak nampak pengorbanan akak terhadap dia.  Betapa mak dgn akak salu jer bertekak dan berselisih pendapat tntang apa pun. Kadang2 tak bercakap. Or bercakap melalui org tengah iaitu anak akak si Yen. Kini tak lagi. Akak makin rapat dgn mak. Sbb dia yg uruskan segala2 kencing berak mak..Dia juga kerap bercakap2 dgn mak. Mak jugak tercari2 akan akak bila dia tak nampak kelibat.  As kami suma adik beradik yg lain tu saling bergilir2 nanti balik kg time ujung minggu untk jaga mak..
Harapan aku , cepat lah mak sembuh. Bole bangun berjalan2 sikit atau dok kat kerusi roda pun tak pe..Hakikatnya, kami rindukan mak, rindukan suara mak cerita mak yg pot pet2 tu. Bukan kami jer bahkan kawan2 mak suma pun dah mula rindukan dia.  Mak dah tak bole bercakap lancar mcm dulu. Mak lebih banyak diam..

Cepatlah sembuh mak. Kami masih memerlukan mak. Kami tak mau kehilangan mak lagi..Aku belum bersedia. Aku anak perempuan yg last, yg rapat dgn mak bahkan digelar anak kesayangan mak sudah tentulah aku yg paling merasa sedih dah hiba sbb tak berpeluang menjaga mak sepenuhnya. 2-3 malam ni pun tak bole tido bila teringatkan mak. Apatah lagi bila terbayang kalau lah mak pergi meninggalkan kami.dah dua malam gak aku tido sambil sedu sedan beair mata.......Cepat sembuh ye mak..Itu doa kami suma...



4 comments:

Ahkak Geli said...

semoga mak akak cepat sembuh ye akak

Irfa said...

dear Anna..

saya yg baca pun rasa nak mengalir airmata.moga anak tabah dgn ujian ini.semoga mak cepat baik..bagusla anna dan adik beradik semua sepakat jaga mak.

Anna said...

Tima kasih cik geli..Insya Allah, mudah2an..

Irfa, Terima kasih..Syukurlah masing2 tolak rasa ego ketepi demi mak..Saya pun rasa mak sangat bahagia skg..sbb anak2 suma bersatu jaga dia dgn ikhlas, tanpa sekumit rungutan pun..Kami redha, ini ujian untuk kami adik beradik..Mudah2an mak akan sembuh macam sediakala...Lepas arwah pak takde, Mak jer la tmpat kami menumpang kaseh...

nor said...

bagus bawa pergi hospital, supaya dia dapat terapi dan lain lain pertolongan. Ubat seperti warfarin ke aspirin ke utk mencairkan darah amat perlu. Ini supaya ianya darah tidak lekit/likat etc.
juga the oxygen dapat diberi supaya darah dapat sampai ke otak. Dan kurang kerosakan di otak. Lepas tu boleh di bawa balik. Kemudian bawa pergi ke acupunture. Kat damansara jaya ada puan june yoong (chinese muslim) atau di ssea park di pekan nya ada kedai senseh buat .. tak mahal.
buat lah supaya kembali pulih. kena jaga makan dan minum serta kalau boleh bila dah sihat kena bawa dia jalan pelan pelan.. walau bertongkat 3.

Tapi bawa lah ke hospital, kena scan tengok setakat mana kerosakan dan dapat di beri ubat mencairkan darah, dan oksigen juga membantu circulation dan dia dapat kembali berfungsi dsbnya..
Saya doa kan mak awak kembali sihat.