July 28, 2011

Persiapan Untuk Menyambut Ramadhan

Pejam celik kejap jer dah Ramadhan balik kan. Asenya cam baru jer sambut ari tu.  Alhamdulillah, moga kita diberi peluang lagi untuk menunaikan ibadah puasa ni ye. Tak sabar rasanya nak bersolat sunat terawikh yg cuma datang setahun sekali jer tu kan.  Mcm tahun2 yg lepas juga insya Allah aku akan pi ke Masjid kat Bandar Country Homes tu untuk berterawikh. Biasanya hari2 keje, aku buat lapan rakaat jer.  Klau hari ujung minggu tu, ada masa mmg buat sampai 20 rakaat gak. Cuma style masjid la ni, lepas 8 rakaat buat takzkirah panjang.  Mmg salu cam tu lah, malam2 terawikh yg awal2 tu jer buat sampai 20 or 21 rakaat. Bila dah ujung2 tu cuma 8 jer lah.

Hari2 keje mmg aku akan tido awal. Kadang2 kul 9 pm aku dah tido.  Ada masa kalu tak larat tu aku buat jer solat terawikh kat umah.  Tgk ler tahap kerajinan nak join SP pi masjid.  Kul 4.30am dah nak kena bangun untuk siapkan juadah sahur. So aku kena tido awal. Lpas sahur pulak kalau hari keje mmg x pernah tido.  Tu yg kalau pagi2 time pose atas moto mmg ase mengantuk jer sgt tau.

Persiapan mental fizikal mmg dah ready. Persiapan bahan makanan pun hampir nak compelete dah.  2 hari lepas kami dah beli barang2 kering kat Tesco. Beras, gula , kicap dan sewaktu dgnya suma dah settle.  La ni tinggal nak shopping barang dapur cam bawang, kentang, cili kering and so so.  Aku suka soping barang2 ni kat NSK jer sbb murah dan byk pilihan. Kalau kat tesco tu bawang dan kentang dia tak berapa ok aku rasa.  Ikan bilis pun cam dah lama dan tak canteek gitu. Berbeza dgn NSK.  Mcm2 ikan bilis ada. Mcm2 bawang dan gred ada. Cuma pilih jer ikut cita rasa sendiri.  Barang2 asas yg beli kat tesco tu pun nak tak nak abis dkat 3 ratus jugak. Gile bapak barang2 mmg mahal skg ni kan. Kalau ada kedai satu mesia kat area rawang kan best. Sbb dgrnya mmg murah sgt barang2 packed kat Kedai satu mesia tu.

Barang2 basah pulak aku salu beli tuk stok seminggu sekali.  Aku suka beli kat pasar basah. Ayam lebih segar sbb sembelih dan dan tu gak. Ikan dan yg lelain tu pun sama.  Biasanya pagi ahad tu kalau stok takde aku dgn SP jer kuar ke pasar rawang tu utk dapatkan bekalan.  Ikan2 tak berapa jalan sgt time2 bulan pose so aku beli ikan sikit2 jer. Ikan bawal, ikan siakap tu beli 2 ekor jer. Tu jer yg bdak2 suka makan.  Ikan2 lain tu cam cencaru or kembung time ase nak makan baru beli. Lagpun kami suka bakar jer ikan2 ni..so dapatkan yg fresh baru le best.

Mcm2 tahun2 seblumnya, aku mmg tak suka pi bazaar ramadhan. Bukan apa, nafsu mata dan tekak masa lapar kan. Suma nampak suma ase sedap.. suma nak beli. Sudahnya tak termakan pun..takpun beli lauk yg nampak sgt sedap tapi bila time buka nak makan, ase cam hampeh..ada masa basi mana aku tak sakit ati. Paling teruk the next day kena cirit birit haru biru dibuatnya. SP aku yg terchenta tu pun x suka lauk2 beli kecuali kalau betul2 kecemasan. Mmg sahih hari2 kena masak taw. Lgpun lauk tu bole buat sampai ke sahur. Jimat masa jimat tenaga aku kan.

Kami ni sempoi jer pun, satu lauk, satu sayur ada sambal cukup lah. Afterall, time pose kan time lapar gitu. Apapun ada sedap jer lah.  Tahun gak first time amal nak puasa gak. Harus nak kena layan jugak permintaan dia.  Mcm dah dipersetujui isi umah, bole jer bgi cadangan atau idea tentang menu apa dorang nak for buka puasa so Chef bole masakkan.

Bulan pose time keje mmg masa sgt terhad. Sbb tu hari minggu aku salu make sure to kopek2 bawang for stock, blender cili or apa2 yg patut.  Bila balik keje ada masa 1 jam lebih skit jer nak masak tau. Kalau bahan dah siap 3-4 jenis lauk bole settle dgn cepat. Provided takde halangan kat jalan la kan. Koknya balik keje moto pancit ke hapa..adhoc back up plan harus ada.  Kena la tapau lauk kat bazar dan suh kakak masak nasik jer kat umah.  Harap2 nya suma berjalan dgn lancar time puasa nnti insya Allah. Bulan puasa gak kami yg muslim kena stat keja awal dan bole balik awal. Awal tak awal 4.30pm. SP pulak pukul 5 baru leh balik. Salu dia jemput aku kat off dulu, aku lepak dan solat asar kat off dia. Kul 5 baru ler kami  balik. By 6 pm tiba umah. Masa sgt kritikal. Kalau nak beli apa2 pun harus antar aku balik umah dulu baru SP kuar ke bazar dgn anak2 kemudian. Biasalah anak2 salu time pose macam2 ari dorang nak.  Layan jer lah. Aku suka bulan puasa sbb dapat berjimat tak belanja lunch or bf. Tak pun nak beli hape2 kan.  Kalau aku beli pun beli kueh. Popia or karipap tak pun tepung pelita kegemaran anak2..selebihnya mmg tak belanja pun. Stok bahan memasak suma ada so x perlu risau nak kuar duit beli apa2 kan..

Since tahun ni mak sakit, aku akan balik kg ujung minggu ni dulu.  Lepas tu lagi 2 minggu aku balik lagi sekali utk buka puasa kat umah mak pulak. Tahun ni raya kat Johor dulu dan raya ke dua ada majlis meminang tuk anak sedara SP kat Simpang renggam mesti raya ke3 petang or lewat baru aku sampai kat umah mak.  Ginilah kalau ada dua keluarga jauh2. Kena ada jadual untuk bergilir2 balik ke kg memasing.  For me, lepas aku jadik isteri ni aku tak kisah.  Tpi kami amalkan sistem giliran so takde masalah timbul nak wan tu som or bermasam2 muka nak balik mana. Anak2 pun mcm dah paham dorang pun tak byk soal.  Kat mana2 pun bagi dorang raya tetap raya..meriah tetap meriah kan.  Dah 2-3 thn kebelakangan ni pun aku malas dah beria2 beli baju kat anak2. Beli jer 2-3 helai buat syarat. Kalau dulu time nak raya, aku sanggup amik cuti dan tunggu SOGO bukak sbb nak nyoping baju anak2..skg ni tak lagi.  Lgpun anak2 dah besar2. Banyak lagi pakaian dorang yg masih elok2 dan baru bole dipakai masa raya.  Ada takde nak bagi dorang seronok beli lah barang 2-3 helai baju, 2-3 helai suar.  Dan gak beli  baju kurung or baju melayu sorang sepasang.

Aku dah tak thrill or over nak beli baju raya lagi cam dulu2. Ntah nape, gaknya dah tua2 malas nak beria2 bagai kan.  Kadang2 sepasang jer baju kurung baru cukup dah.  Lgpun ada byk lagi baju2 kurung lama yg masih cantek dan elok. Aku pun pi off jarang2 sgt pakai baju kurung kan, so ada 4-5 pasang yg lama tu leh jer recycle.

SP Pun sama gak.  Cuma beli baju melayu sepasang tuk solat raya.  Selebihnya baju2 tshirt pun byk yg elok2 dan baru lagi.  La ni aku x tunggu raya nak beli baju dorang. Aku salu order jer kat internet tu.  2-3 helai. Cukup la kan.  Bab kueh raya?? jgn tanya. Aku mmg tersangat tak rajin nak buat biskut ke hape. Ada takde kalau bdak2 nak sgt ajak buat sok buat ler 2-3 jenis jer. Malas pun ya, renyah pun ya aku rasa.   Aku order jer biskut semperit dan bberapa jenis lagi kat BFF aku kak Salmi tu. Mmg tiap tahun pun aku order kat  dia jer.  Biskut dia mmg bagi aku sgt sedap..so tak perlu amik risiko order kat org laen yg ntah sedap ke idak tu kan.  Aku salu order tuk umah aku sendiri dan umah mak. Since akak pun jaga mak skg ni aku dah cakap kat dia x payah sesusah nak buat kueh ke apa.  Beli jer mana yg ada.  Kepek2 ker. tak pun buat ler sebijik dua kek..selesai masalah.

Kueh raya umah mak mertua??..sorilah, aku ni bukan mcm sesetengah org tu order biskut raya beratus2..sbb nak cover suma umah termasuk umah sendiri kan.   Untuk umah MIL aku salu beli jer 3-4 jenis biskut kat tesco or NSK. Tak pun buat kek.  For me, MIL dok dgn tuan tanah kan. Dorang pandai2 lah nak beli kueh raya ke hape. Afterall, time raya sok aku gak yg kena pikir dgn SP nak membeli  barang2 basah, nak masak for raya. So aku x payah nak pening pikir pasal nak order kueh raya ke hape.  Takat buah tangan jer 2-3 bekas tu. Yg lain tuan rumah sendiri mau ingat.

Ala, kwan2 aku tu suma jenis datang umah MIL dok jer. Tak buat apa, tak beli barang basah, tak pi pasar hatta tak langsung turun dapur singsing lengan so mmg padan tak dorang tu spend 3-4 ratus mengabui mata mak mertua kan?? kakaka.  Aku x payah. Sbb aku x suka hipokrit.  Mmg aku suka memasak. Lgpun mmg MIL akan serahkan tugas2 memasak for raya di atas batu jemala aku kan. Why aku nak pikir pasal kueh raya bagai?  ada ramai lagi anak2 dia..ada ramai lagi menantu2 yg lain tu yg salu goyang kaki..goyang bontot time raya...so? naseb la kan. Kalau aku tak bawak apa2 pun MIL x penah bising pun..tak penah kata apa2 pun..abiss..tahun ni raya lambat kan..mesti ari sabtu or hari minggu kami dah balik sana..ingat sapa yg nak masak for bebuka for bersahur suma tu?? belum campur nak kuar kudrat dan $$ lagi kan..

Selamat berpuasa kawan2 ya. Semoga puasa kali ni membawa penuh keinsafan. Doa dia bulan puasa sgt makbul. Byk2 kan berdoa dan bersolat sunat disamping membaca Alquran. Insya Allah. Sementara nak tunggu panaskan lauk2 masa sahur tu sempat jer kalau nak solat hajat ke solat sunat tahajjud ke kan. Tak lama pun. tak sampai 15 min pun buat 2 rekaat each.  Moga2 puasa kite mendapat keberkatan Allah swt..Selamat berpuasa, mohon maaf kalau ada tersalah kata, tersinggung ke apa kan....


No comments: