August 12, 2011

Dah terbiasa agaknya..


Bulan2 remadan ni, apa lagi citer org2 dapur kalau bkan apa menu masak ari ni?. Di samping nak bagi tekak dok telan airliuq, ada juga yg nak saje suker2 sharing is caring ktanya nk bgtau lauk apa.  Buat meriahkan wall fb. Tak pun buat kecoh2 kat group geng resepi sedap. Sekurangnya dapt gak kongsi2 menu, kongsi2 resepi. Tak pun bagi idea gituuu.



Semua kengkawan aku kalau aku bgtau apa menu aku nak masak petang ni sure akan kata gini :: waaa banyak nya lauk. Waaa, rajinnya ko.. Waaa, Waa waaa..gitulah kekdahnya. Yang benarnya bulan ramadan ke tak ke, kalau ada masa dan kelapangan mmg ropa itu ler lauk pauk yg aku msak untuk seisi keluarga (mebe sbb tu gak mak dan mertua manjang jer soh kau masak gaknya?).



Yang benarnya, aku x ingat pun masa kocik2 dulu guano menu mak bg kami makan suma. Yg pasti aku ingat mesti mak masak samting berkuah, cam kuah lemak ke...sbb itu kemustian bagi arwah Pak..tak hairan ler darah tinggi pak tu kan..dgn keturunan dgn permakanan. Punyalah, arwah pak sanggup beli mesin kukur kelapa tau. Masa dulu2 ada kukur manual tu gak. Mmg arwah nenek dok ajar arwah pak makan cenggitu. Jadik salu mak masak mesti ada kuah, ada sayur lain, ada ikan goreng dan musti ada sambal. Dari kecik mmg gitulah ropanya aku membesar, dan terbawa2 sampai la ni. Aku tau ada ramai kawan2 aku mmg x biasa gitu. Sbb nya dorang biasa makan satu nasik dan satu lauk jer. Haiish, kat aku mana happening gitu?. Apa barang makan nasik putih dgn ayam goreng jer contohnya kan? mesti ada sayur ke, ulam ke acar ke. Dan paling musti ialah sambal.



Since aku dan seluruh keluarga aku mmg sgt suka akan sambal jugak, aku ni telah mengkreatifkan diri untuk mereka cipta segala mala jenis sambal. Mana leh jadik pulun sambal belacan hehari ye dak? mau ada berlubang idung dek resdung. Jadik versi sambal aku ada macam2...ada sambal belacan tumis, ada sambal tumis, ada sambal cili api dan lobat masin, tidak lupa sambal kicap kegemaran masyarakat jawa (yg aku bela sorang kat umah tu). Dan antara banyak2 sambal tu sambal bodoh (aku panggil) atau pun sambal itam sangat menjadi kegemaran oleh suma kaum kerabat baek belah aku, maupun belah kuarga mentua.



The reason aku panggil sambal bodoh was, mmg senang giler nak buat sambal tu. Kok lah kemalasan terlampau datang dan mood menumbuk dek lesung takde, aku blender jer suma2 tu. Cili api, bawang putih danbawang merah serta belacan. Blender dgn sikit air jer. Pastu tumiskan. Harus ingat pulak masa tumis tu kena dgn minyak..x leh byk sgt..x leh kurang sgt. Pastu time boh air asam jawa, gula, garam harus setara. Method dan teknik menumis tu penting. Pastu bole gak campur bilis goreng kecik2 tu. Berapa ramai aku dah bgi resepi buat sambal ni suma mengeluh tak jadi. gamaknya kena datang mai umah dan aku demo masak kot baru jadik.



Tapi kakak aku tu pun sama . Jenuh aku tunjuk method dan segala mala ilmu ku turunkan buat sambal2 ni..dia kta x menjadi. Somehow tak sedap katanya, tu pasal dia give up. Tu la pasalnya kalau ada peluang berkumpul kat kg tak kira belah mana pun, harus permintaan sambal mesti ada. Sambal kalau sedap dan mebeles makan dgn nasik pnas, ikan masin dan kicap pun menjadiks u. Feveret aku dgn kakak kalau ada chance jumpa..bukan aku jer, anak aku yg besar tu pun sama..nampak jer sambal bodoh tu dah kecur2 air liur.



So, kalau lauk pauk aku mmg lebih dari 4 jenis tu benarnya biasa2 sgt. Kalu balik kg aku, bila aku dgn akak2 aku terkumpul lagi ler hebat menu2 kami. Masing2 akan masak kepakaran memasing. Dari kari, masak lemak, kerabu dan macam2 lagi. Pendek kata, mmg suka makan lauk2 bermacam2 jenis gitu

Mmg happening lah bab2 makan kalau belah aku.



SP dulu masa mula2 kawin pun ala2 terkejut betik gak. Mana taknya, mak dia kalau masak lauk dgn sayur. Pastu sambal kicap jer. Dah. Tu ler dia tau makan. Ikan2 darat pun x reti makan. Belut apatah lagik. Tapi bila dah terjebak dgn aku n family, abeess. Suma pun belasah. Belut x pernah makan pun dah jadik feveret. Gitulah jugak ikan darat atau ikan sawah termasuk ikan pekasam.



Atas sbb itu jugak gaknya, aku terbawak2. Dari masa dok menyewa bujang2 dulu mmg tugas masak memasak aku buat sbb aku mmg suka memasak. (Paadahal masa anak dara, jenuh mak bebel suh kedapur ler hape. Aku wat dek jer). Bila dah dok bujang kan, kadang2 teringin nak makan itulah ini lah. Takde pilihan terpaksa masak sendiri jer. Masa bujang2 dulu kalau aku teringin nak makan apa, tak reti nak masak camne, aku tepon mak. Mak akan ajar camne camtu...lelama aku jadik suka pulak. Dan bila org2 lain makan pun kata sedap, mebeles lagi lah aku suka.



Kalau makan kat kedai or restoran pulak dan menu dia sedap kena tekak kami anak beranak, aku akan berusaha masak dan cuba mendapatkan rasa kalau tak exactly, dapat dekat pun tak pe. Mcm ikan 3 rasa kat Restoran Azura tu. Jenuh gak 3-4x terai tau nak dapat same taste. Tapi x dapat2..last2 ntah camne, kali ke lima aku campur sos ikan/fish sauce..walla, tu ler rupanya rashianya. Letih tau coba byk kali 3 rasa jadi 2 rasa jer..Dah jadi feveret bdak2 pulak kalau ada ikan siakap mesti nak soh buat 3 rasa...see...praktis made perfectoo katanya.



Skill tu penting org kata. Masa ada bibik pun gitu. Bibik masak tuk bbudak jer. SP mmg x makan kalau bibik masak lelauk tu. So aku terpaksa gak masak by hook or by crook. Pendek kata sehari x makan kat umah, mula lah tak senang duduk partner aku tu. Ada sekali tu dia pi company dinner kat sunway. Aku x ikut so aku kat umah masak la ala2 jer. Ada sambal ada ikan goreng. Ada gak ulam2 sikit. Kekdahnya balik dinner kul 1 pagi kelentang kelengtung kat dapur makan nasik!. Sampai aku terjaga. Kesahnya kata tak kenyang makan kat hotel.



Tu sbb aku x percaya org salu kata x pandai masak bla bla bla. Masak tu adalah satu skill yg kita kena praktis selalu. Praktis made perfect. Apalagi masak tuk suami dan anak2 dgn penuh ikhlas dan kasih sayang. Ingat, ikat perut suami tu dari perutnya. Bukan mamak yg mengikat perut suami2 kita ye. Bila kita tercampak kat mana2 pun termasuk lah ke dapur umah mertua yg sgt asing no hal pnye. Natijahnya pasti korang akan jadik menantu kesayangan yg sentiasa di puji2 rajin dan masak sedap. Tak nak?? hehehe



Lagi satu tabiat aku, tak kira raya kat mana dulu pun. Pagi2 raya aku masak nasik. Buat sambal tumis dan goreng ikan. Pada aku, pagi2 raya makan nasik panas2 cam tu dgn kicap sambil ada sambal sgt heaven i tell U. Mak pun salu terjeba sama. Wah berebut2 aku dgn akak makan nasik panas. Kdang2 anak2 pun join semangkuk. Yg lelaki2 samada abang ipar, anak buah pun sama terjebak. Kadang akak tambah dgn telur dadar...hamboi, kadang2 bertambah2 nasik tau. Lepas tu tghari sikit baru la layan ketupat ke..nasik impit ke..first priority for me, nasik panas dan sambal...

Gambar kat bawah ni menu biasa hujung minggu kalau bukan bulan ramadhan. Mmg happening lah pendek kata. Kegemaran masing2 seisi rumah sbb tu ada bermacam2 lauk pauk.


Ni lak antara bberapa gambar yg sempat aku masak di bulan puasa ni untuk juadah berbuka. Ni juadah hari2 keje biasa. Still happening gak. Cumanya juadah time ujung minggu lepas terlupa nak ambik...mana tak, ada ramai anak2 buah, so excited nak makan mak ai..lupa segala mala. Insya Allah, lau ingat ujung mggu ni ambek ye..jgn kecur air liur ya..ingat awak tu pose hehehe






Berusahalah untuk masak sedap2 hehari..supaya suami dan anak2 sentiasa terkenang2 kan air tangan kita. Percayalah, itu suma akan menjadikan anak2 sentiasa ingat kita dan sentiasa mau balik umah. Makan masakan emak, walau sejauh mana mereka pergi atau merantau, pastinya anak2 takkan pernah lupa hidangan2 yg kita masak untuk mereka dgn penuh ikhlas dan rasa kasih sayang..Insya Allah...











No comments: