August 15, 2011

Mari buat sambal yg sedap

My closed friend cum My silent and loyal reader:  Neza mintak letakkan step by step camne nak buat sambal tumis yg rasanya mabeles.  Mcm aku katakan hari tu, untuk mendapatkan sambal yang enak dan sedap, cara atau method masa menumis tu sgatlah penting.

Minyak kena cukup. Tumis cili kering yg telah diblender (campur sekali bawang besar, bawang putih dan belacan. Ya, rashia kesedapan ialah belacan).  Tumis sampai betul2 masak.  Selalu2 lah kacau utk elakkan hangus kan.  Masa ni kalau seisi umah dah stat2 bersin tak hengat tu mmg bukti resdung sambal yg sedang di masak itu sgt sedap hokay..


Masa ni pun kena selalu2 kacau ye. Sambil lari2 buat air asam tu sambil2 kacau. Api jgn la kuat sgt dan jangan pulak pelahan sangat, pendek kata sedang sedang ajer.  Masa ni nak masuk garam, perasa gak ya..  Bila dah nampak cili tu tukar kaler ala2 merah nak keitam2 tu..barula boh air asam jawa.



Tgk kaler cili tu kan dah agak gelap sikit kan? masukkan ler air asam jawa. Jangan banyak sgt pulak air dia. Jgn banyak sgt gak asamnya karang masam plak..just nice2 jer.  Lepas tu campak air asam tu pelan2. Karang kena muka pulak.  Kalau ase cili tu byk, boh la bnyak sikit. Lau tak boh sikit jer.






Pah tu boh la gula ikut piawaian memasing. Biasanya aku voh satu sudu besar jer untuk semangkuk cili blender. Kalau nak manis sikit boh ler 2 sudu gitu.  Mcm kat umah aku ada bdak2 kan, so biasanya aku buat sedang2 jer.,idak ler manis sgt kan.

Lepas boh gula tu kacau lagi.  Pelahan kan api. Biar mendidih lama tu. Dalam 10-15 minit cam tu. Dgn api pelahan, on off kacau lagi ye.


Kan ada nampak cam kaler dia dah gelap tu. Tu dah agak masak dah tu. 

Bila dah ase masak sambal tu barulah boh ikan bilis yg kita goreng asing tadi tu.  Gaul2 kejap jer pastu terus angkat. Kalau lama sgt nanti ikan bilis tu lemau nanti tak sedap.


Angkat..taadaaaaaaaa...ni lah dia sambal ikan bilis mabeles. Selain buat sambal for nasik lemak makan dgn lempeng pun sodap. tak pun makan dgn roti ataupun cecah kan dgn cokodok bawang.  Rashia sambal paling sedap ialah bila masak betul cili nya tu.  Basic method sambal ni gak bole buat ayam masak merah, sambal udang, sotong dan segalamala sambal. Yg penting cara masak sambal tu ye. Even sambal kacang pun sama. Masak betul2 cilinya baru boh kacang yg dah dikisar dah kena masak lama juga....

Kalau aku dah kemaruk tu kadang makan nasik panas sama sambal ni boh kicap pun jadik...

So, neza..selamat mencuba. Lau tak jadik gak, nanti i datang umah u kita masak kat dapur ok....

No comments: