August 19, 2011

Raya yg suram

As for hari ni masuk dah hari ke 19 kita berpuasa Insya Allah.  Kalau tahun lepas, time2 gini kami anak beranak sibok segala mengecat umah.   Sampai ke tengah malam SP mengecat yg ntah camne bila dah lepas cat, aku rasa langsung tak suka dgn kaler ijo yg kami pilih tu ciss.  Nak2 pulak kaler asal tu catnya tertumpah disepak Delin.  Tapi disebabkan masa dah suntuk dan tak koser nak tukar kaler lain kami bior jer kale ijau gelap tu kat feature wall. Kale ijau light pulak kat kiri dan kanannya.

Masa tu gak, baju raya anak2 suma dah siap. Baju aku apatah lagi. Tahun lepas aku siap buat baju kurung 5 pasang lagik!. Jgn marah.  Entah camne kemaruk sesgt.  Baju kurung untk mak pun aku dah siap2 belikan 3 pasang tahun lepas tu.  Kueh2 raya pun sama. Tahun lepas aku  balik umah mak dulu. Jadik sungguh meriah beraya kat umah mak dgn main mercun terkinja2 mcm org tak hengat. Sanggup pulak belanja duit semata2 untuk gembira.  Siap  beli mercun KLCC yg bila meletup tu ala2 sambut merdeka tu.  Supplier? jgn tanya. Mmg ada direct pnye mai dari golok.  Tahun tu gak, aku dan adik beradik yg lain terbekumpul. Anak2 gembira sbb dapat maen mercun dgn sepupu mereka.  Teringat aku anak kakak yg no 2 kata, hari raya kali tu adaalah yg paling seronok dan meriah. Mana taknya pekak telinga dgn letupan2 mercun sampai ke pagi. Bdak2 tido entah bape jam jer. Indeed, mmg tahun tu jerlah yg meriah rupanya.

Hidangan hari raya pulak sgt meriah. Dgn nasik impit lah, rendang kerang lah.  Rendang ayam kg bagai. Aku siap beli bberapa ekor ayam kg kat chow kit bawak balik kg.  Mak nak sgt makan rendang cili api ayam kg yg aku buat. So aku buatlah dalam 3 ekor.  Pagi raya pertama dan kedua penuh umah dgn macam2 menu.  2hari seblum raya pun sempat berbuka ramai..wah, nostalgia nye. Rasa seronok sungguh, which aku rasa Mak pun!.

Tapi, tahun ni langsung berbeza. Sangat2.  Persediaan umah sendiri? langsung tak de. Mmg ada plan 2 bulan lepas nak cat umah dgn kaler kelabu.  Nak buat itu dan ini.  Tak juga beli beria2 sgt baju anak2 for raya. Kalau tahun lepas sorang ada berhelai2 baju, dua pasang baju melayu dan baju kurung, berhelai2 jeans baru..tahun ni takde.  Aku cuma beli 2 helai baju tshirt, sorang sepasang baju melayu dan baju kurung untuk Amal dan Delin.  Untuk kakak?, langsung takde hapah lagi..Untuk aku?? apatah lagi.  Aku ni langsung takde rasa nak beli baju raya baru, hatta nak bersoping apa2 pun.  3 pasang kain baju kurung yg aku beli 2-3 bulan sebelum puasa ntah camne tak berantar langsung utk di jahit. Mcm tau2 jer.  Baju mak 2 pasang kaen pun sama. Langsung tak berbuat!.  Sudahnya kaen yg nak buat baju mak tu aku sedekahkan kat baby sitter.  Since dia pandai jahit sendiri, biarlah dia yg buat baju raya!. Sbb for mak, for aku..for us raya thn ni totally meaningless.

Bila anak2 sebok cerita pasal mercun bunga api bagai. Bila nak beli..camne nak maen...aku cepat2 beritau dorang, tahun ni kita tak bole bersukaria sangat. Tak boleh seronok2 sgt sbb atok mama tak sehat.  Sbb atok mama masih sakit.  Jadik kita tak bole terkinja2 bergembira sedangkan atok mama terlantar macam tu.  Dah takde dah aku dgr bunyi pasal nak mercun. Since tahun ni beraya kat umah SP dulu, aku cuma ckp dgn dorang nanti balik kg tumpang lah sepupu2 pnya bunga api tuk main. Tapi tak bole terlampau gembira dan terkinja2 mcm tahun2 seblum ni.

Dalam 11 hari lagi nak raya ni, jujur aku kata takde langsung keinginan nak beraya. Aku cuma berharap cepat2lah raya datang.  So that raya ketiga aku dah bole balik kg aku tgk mak semula. Dari awal minggu ni keadaan mak kembali membimbangkan. Mak mcam meracau.  Meraung kalau ditinggalkan sorang2.  Makan dan minum dah tak mau. Badan dia kembali lemah dan tak bermaya. Sedangkan sebelum tu dia beria2 makan. Beria2 minum air macam2. Kejap air oren, kejap sirap, Kejap teh.  Lontong kegemaran dia pun dia makan. Murtabak pisang pun sama.  Bole dikatakan puasa minggu kedua tu aku rasa sgt senang hati.  Aku sungguh berselera nak makan. Sahur pun aku bole makan nasik sikit.  Bila akak cerita mak gitu gini, rasa senang hati aku dgr. Suara akak pun rasa cam gembira jer. Masa tu kami sama2 kata, kalau takdir mak terlantar gini for long tpi dia nak makan, minum thats good enough. Masa tu pun akak kata mak bercakap. Banyak bercakap sgt....tapi rupanya keadaan tu tak berlarutan lama. 

Last for few days jer bila mak kembali murung. Lebih teruk lagi tgh2 malam mak meraung sorang2.  Akak sampaikan berjaga bebebrapa malam tak bole tido sbb keadaan mak tu. Mak menggelisah mcm org ketakutan.   Baring tak kena. Mengereng tak kena. Kejap sakit pala, sakit kaki, sakit badan.. mcm2 sakit lagi. Masa akak mengadu dgn aku mmg dia kata dia istighfar bebyk sbb perangai mak mmg betul2 mcm bdk2 kecik.  Mak tak bagi aku tinggalkan dia. Sedangkan masa tu akak nak naek atas jap lelap mata buat seketika. Dah beberapa malam dia x dapat tido lena. Aku suruh dia tido, rehatkan diri. Takut2 nanti dia yg sakit pulak.  Tapi untuk memudahkan mak, akak lelap kejap kat sebelah mak.  Cuma tak sampai 15 minit mak dah kejut akak. Dia mengadu panas, mengadu rimas..nak mandi nak mandi katanya..kul 3 ptg masa tu akak dah mandikan dia.  Gitulah.  Kesian aku dgn akak. Sedih aku dgr.

Hari Isnin lepas, aku msj abang ngah tanya dia nak balik ke tak raya nanti. Jawapan dia...x tau lagi. Aduh, macam kena robek2 hati aku bila dgr dia ckp mcm tu. Terbantut hasrat aku nak cerita in detail keadaan mak.  Ada byk lagi benda lain yg sgt2 buat aku terkilan dan kecik ati dgn abang ngah. Tapi biarlah ia menjadi rashia aku jer.  Tergamak dia ckp mcm tu. Takde dia keinginan nak tgk mak. Tak takut ke dia kalau x sempat tgk mak?.  Sedang aku yg kerap balik kg ni, sedangkan akak yg hampir sentiasa ada kat sisi  mak pun takut sgt2 kalau2 mak dijemput Allah masa dia takde..or masa dia keje. Sama lah dgn aku. Aku sentiasa berdoa dah bermohon, kalau lah Allah nak menjemput mak, aku nak berada disebelah mak di saat2 akhir dia tu.  Aku x sempat nak jumpa arwah pak masa dia meninggal tu.  Masa aku sampai mayat dah bawak ke kubur. Dan aku pulak masa tu tgh uzur, jadik aku tak bole tengk jenazah arwah pak turun ke liang lahad.  Aku x mau. Aku kalau boleh nak berada dekat mak. 

Bukan mintak mak pergi.  Tapi sebagai anaknya aku sentiasa berdoa kepada Allah untuk yg terbaik. Allah maha mengetahui yg tersirat dan tersurat. Lantas, aku hanya bermohon, bermohon dan terus bermohon.  Aku salu mintak supaya segalanya bgi mak dipermudahkan.  Kalau Allah berikan dia kesembuhan, berilah kesembuhan yg sempurna, agar dia bole bangun dan berjalan seperti sedia kala dulu. Tapi kalau janji Allah nak mengambil dia, aku sentiasa bermohon agar dipermudahkan. Agar semuanya berlalu dalam keadaan tenang...dalam keadaan beriman.  Kerana kami anak2 mak lebih tau pasal mak.  Lebih tau perilaku mak.  Lebih tau bagaimana mak tunaikan tanggungjwbnya pada arwah pak masa dia sakit dulu. Bgaimana tanggungjwb mak pada arwah Mbah yg tidak ditunaikannya.  Untuk itu, aku dgn akak sgt takut. Kalau2 mak di uji dgn segala kesusahan dan kepayahan. Ya Allah, mintak dijuahkan..mintak suma Allah permudahkan.

Minggu ini terutama hari Isnin lepas, jiwa aku sgt kacau. Fikiran aku sgt2 rungsing.  Bila malam nak pejam mata cuma muka mak jer terbayang kat mata aku.  Hari Isnin tu, aku rasa tertekan sgt. Ditambah lagi dgn apa yg aku dah lalui dgn abang ngah sgt2 buat aku sedih..sgt2 buat aku x mampu nak menahan diri dari terus2 berduka.  Mujur aku dapat berckp di telefon dgn sorang sahabat yg sgt tahu tentang aku, tentang mak dari a-z. Tak semena2 aku terus menangis tersebak2 sampai aku x lalu meneruskan bicara lagi. Sbb tangisan dan sedu aku dah menggangu.  Dia suruh aku  bersabar, dia suruh aku  bertenang dan pi amik air semayang..sbb aku betul2 kacau masa tu.

Lepas aku letak telefon aku pi amik air wuduk. Lepas tu aku rasa nak baca yassin, tapi x bawak pulak surah yassin. Jadik aku google kat internet...aku baca yasin dari mula sampai abis. Sambil tu aku baca terjemahannya satu persatu.  Lepas baca tu aku rasa sgt tenang...sgt tenteram. Jiwa aku rasa senyap.....Terasa bagai ada satu kekuatan menusuk masuk dalam jiwa aku yg keceleruan dan kesedihan itu.

Bole dikatakan sejak mak sakit aku pun rasa tak menentu. Makan, tidor apatah lagi emosi.  Bila terkenang2 atau terbayang..kalaulah, kalaulah mula la aku rasa nak sedih. Kadang2 pagi2 masa merempit pi keje pun kalau fikiran aku melayang2 teringat mak sure ttba air mata mengalir. Nape ntah.  Menaip ni pun kejap2 ngalir air mata kuar tanpa dipaksa2.

Mujo lah SP aku tu sgt memahami. Dia tak pulak terlalu mendesak. Tiap hari bbuka aku masak juadah yg sedap2 utk mereka. Aku  pun rasa bersemangat nak makan tp bila dah bbuka aku makan sikit jer dah rasa kenyang....sahur pun sama.  Aku x bole nak menelan nasik sesuap pun. Begitu jugak akak, dah berhari2 dia x lalu makan nasik langsung. Cuma makan masak buka tu pun sikit. Tu pun sbb lapar..SP pun x memaksa. Dia pun x ckp banyak.  Selalu aku stressed bila bdak2 bergaduh, membising. Tapi kali ni aku mcm tak dgr tu suma.  Sampai aku bole tak peduli or rather tak dgr yg dorang hari2 bergaduh terutama time2 nak mandi lepas balik sek. Somehow aku cam tak dgr tu suma.  Aku leh rasa masakan aku pun tk berasa sedap cam biasa. Taktaulah tekak aku ke..aku rasa cam tawar, tak cukup rasa..tp aku tgk dorang ok jer makan. Berselera jer.  Rumah bersepah pun SP tolong kemas, marah bdak2 bila buat sampah. Kemas pinggan mangkuk pun dia tolong buat. Belum lagi bab kaen baju.  Aku mcm org mamai. Mata kat TV tp fikiran melayang2 asik teringat mak.

Adakala aku rasa susah hati dan nak bersendirian dalam bilik sambil baca Quran dia biarkan jer. Dia larang bdk2 masuk  bilik dan mengganggu.  Aku rasa cuma gitu jer cara bole buat aku rasa tenteram. Jadi bila aku rasa jiwa aku mula dibisik syaitan macam2..aku cepat2 baca surah  yassin. Aku cepat2 baca AlQuran...ubat yg paling mujarab mengobat hati yg runsing dan rawan. 
Hati aku meronta2 nak balik kg jenguk mak walaupun kejap...2 weeknd lepas aku x dpt balik sbb aku sengaja nak balik weekend ni.  Ada jugak kawan2 yg cadangkan supaya aku bincang dgn SP untuk balik kg aku jer tahun ni.  Sebenarnya kalau nak aku bole je buat gitu. Tapi mana mungkin. Dah lama sgt SP tak balik kg dia. Aku pasti dia pasti nak sgt balik kg dia jugak nak tgk mak dia kan.  Takkan lah aku selfish sgt sampai nak pinggirkan perasaan dan keinginan dia kan.  Selama mak tak sakit sampai sakit ni pun lebih sgt kerap balik ke kg aku dari kg dia. Walaupun kg aku dekat kan, tapi still.

Jadik untuk situasi menang2..aku ajak dia balik gak tgk mak mlm ni. Lepas bdak2 balik sekolah karang, mandi2 dan terus gerak. Pastu bebukalah di mana2 sempat. Di mana2 ada kedai.  Pakaian gak aku dah siap pack sikit2.  Balik umah mak aku tak risau sgt . Ada byk pakaian anak2 ada byk pakaian SP apatah lagi pakaian aku kat sana. Tak perlu pack beria2.

2 hari kat kg esok aku nak menafaatkan sepenuhnya masa dgn mak.  Aku nak buatkan pegedil yg mak suka sgt tu.  Kalau masa dia sihat, suka sgt dia kalau aku buat pegedil. Mana tau dia ada rasa dan keinginan nak makan pulak kan.  Pg tadi akak ada bgtau aku mak masih x mau makan. Kueh tepung pelita satu bekas tu pun x abis.  Yg ada dia minum dan minum jer.  Cuma ada masa mak mengerang2 mcm kanak2 nak perhatian.  Tak tau lah sakit ke apa...tapi gitulah keadaannya.

Ya Allah, Ya tuhanku..apa juga dugaan yg kau beri pada kami, pada mak...kami terima dgn redha.  Cuma berilah mak sedikit ketenangan hati, perasaan dan minda supaya dia sentiasa sabar menerima cubaan ini. Insya Allah, kami akan sentiasa bersabar menjaga dia ....tak seberapa pengorbanan kami menjaga dia dari segala pengorbanan dia menjaga kami seramai 6 orang ni.  Berilah kami kekuatan dan keredhaan yg sebenarnya ya Allah dalam menempuhi segala juga dugaan yg Kau beri.  Segala yg baik itu hanya dari mu ya ALLAH dan yg buruk dari kami sendiri..AMIN

No comments: