September 20, 2011

Di Celah2 Kehidupan...


Minggu ni aku tak berapa bz sangat di pejabat. Adalah keje2 yg mesti disudahkan tu tapi idak ler terkejar2 macam selalu. Smooth jer aku rasa. Kalau ada yg masih tertunda pun bukan sebb aku tapi sebb org laen yg lembap buat keje. Sampai berbuih dok ckp, remind pasal keje dia yg masih tak settle dan tersangkut melibatkan org laen. My style, malas nak kecoh2 kat bos karang kita dianggap aniaya kawan2 pulak kan. Tugas memasing sendiri mau ingat. Yg pasti if my tugas I'll make sure its a done deal. Supaya idak ler sesak pala nak memikir kemudian hari nanti.



Ada banyak masa nak berfb maupun layan tonton. Tapi entahlah, takde mood mengular buat masa ni. Wlaupun tak berapa busy aku leh jer layan2 filing ke, kemas2 file ke ataupun update apa2 yg perlu. Kalau nak layan tonton tu tunggu time lunch atau pun lepas kul 5 ptg. Time2 traffic internet tak busy. Dan bos pun udah pulang. So idakle mengganggu tugasan.



Benarnya terlampau banyak pengajaran dan pengalaman yg aku kutip disepanjang mnggu lepas dan minggu ni yg tak tercoret dek kata2. Betapa banyak benda yg berlaku di sekeliling ni kadang2 buat kita insaf dan sedar betapa beruntungnya kita. Betapa bersyukurnya kita.



Bila mana sorang teman rapat meluahkan kebosananya hidup dgn pasangan yg dah dikahwini selama hampir 25thn yg asik bertukar kerja. Yg tak pernah memikirkan tanggungjwb pada keluarga, pada anak2. Bahkan tak pernah nak terpikir untuk beribadat tatkala umur mencapai tahap pencen. Luahan kekecewaan yg mmg tak tergambar dek kata2. Berat mata ku yg memandang lagi berat bahunya yg memikul. Sbb itu org kata attitude kita sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan sampai kita menutup mata. Sesungguhnya betul sangat penyataan itu.



Dan kesah seorang rakan sepejabat yg meluahkan kesedihan dan kerinduan pada anak2 angkara attitude isteri yg sentiasa tamak haloba dalam suma perkara. Sehingga sanggup mereka2 cerita yg mengaibkan perihal suami sendiri untuk meraih simpati. Sehingga habes seluruh keluarga isteri membencinya dek kerana cerita2 fitnah yg tersebar. Dan bila mana akhirnya kebenaran itu terbongkar dgn sendiri. Lalu masing2 menghulur maaf tanda kesal termakan dek cerita2 hasil kepakaran pyscho seorang isteri yg pnye degree in physcology lantas menyalah gunakan ilmunya itu utk menphysco anak2nya utk membenci ayah mereka sendiri dan menpyscho org2 laen yg ada disekitarnya juga. Sesungguhnya rugilah org yg tamak dan haloba dalam hidupnya itu. Sekarang, sendri yg akan menanggung akibat. Si suami sudah penat bersabar selama 10 tahun ini untuk mempertahankan mahligai yg dibina atas dasar cinta dan penyelesaian yg dimurka Allah tapi terpaksa di ambil...menjatuhkan talak walaupun dgn hati maha berat. Bagi si suami cukuplah segala derita yg dia telan selama 10 tahun terpinggir dari keluarga dan adik beradiknya..tidak sempat menatap wajah ibu tersayang di saat nazaknya si ibu...selama 10 tahun jgak si suami menelan segala duka dan kepahitan serta kekesalan....dia tak mampu lagi bertahan. Segala wang ringgit yg diberikan selama ini kepada si isteri rupanya tidak pernah mencukupi!!. Kerana si isteri sgt tamak dan haloba. Benar org kata kan, rosaknya seorang anak lelaki utk berbakti pada ibunya adalah kerana isterinya...itulah yg berlaku. Si suami sgt2 menyesal kerana sejak berkahwin dgn si isteri, segala peruntukkan wang bulanan utk arwah si ibu rupanya di potong sang isteri sedikit demi sedikit sampai tak ada langsung!!!. Isteri apakah itu? menantu apakah itu?. Segala amanah yg diberi suami utk menguruskan kewangan telah disalah gunakan utk kepentingan diri sendiri?. Tk cukup dgn itu, anak2 dihasut dan dinafikan hak utk bertemu ayah kandung mereka sendiri?. Mendengar luahan hati temanku itu, aku jadi sedih sayu dan insaf. Kesian sungguh dia menanggung segala derita dan seksa kerinduan pada anak2nya..padanlah tiap kali dia melihat gambar aku dan anak2 di meja kerja aku ..aku bole nampak segala kesayuan hatinya..aah, betapa rindunya seorang ayah pada anak2 yg dikasihinya...Sabar lah Awie..mcm aku kata, mengalah bukan bermakna kita kalah kan...mengalah kita dgn bermaruah. Rugi nya seorang isteri melepaskan seorang suami yg sabar, tenang bertanggung jwab hanya kerana egonya. Rugilah dia melepaskan seorang ayah yg sentiasa berdoa akan kesejahteraan keluarganya walau seteruk mana pun onar yg dilakukan oleh isterinya. Ruginya sorang isteri yg melepaskan seorang lelaki yg sentiasa bersolat hajat dan taubat setiap kali selepas solat 5 waktunya!!!. Rugi benar lah org yg melepaskan seorang ayah yg sangat kasih dan cinta pada anak2nya sehingga sanggup berkorban terpisah beribu batu jauh dari anak2nya kerana ego seorang wanita yg tamak kan?.



Gitulah rencahnya kehidupan. Bahagian dan dugaan masing2. Lalu dari cerita2 yg kita kutip di kiri dan kanan kita, buat kita insaf dan sedar. Bersyukurnya kita tidak diduga sedemikian rupa. Bersyukur yg kita Alhamdulillah menempuh kehidupan berkeluarga dgn tenang dan damai. Betapa kita sentiasa dapat bersama dan bermanja dgn anak2. Betapa kita pnya pasangan yg sgt bertanggungjwab dan sabar yg tak pernah mementingkan diri sendiri...Dugaan yg Allah beri pada kita dari berbagai bentuk dan rupa. Adakalanya kita sendiri tak pernah terfikir yg kita akan menempuh semua itu kan?. Tapi ia datang jugak tanpa di mintak. Sbb itu sebgai hambanya kita kena selalu redha dan bermuhasabah diri untuk mensyukuri segala nikmat yg Allah beri Insya Allah. Moga2 yg dikongsikan di sini beri kita pedoman dan panduan untuk meneruskan kehidupan kita kan. Insya Allah



No comments: