October 4, 2011

Sungguh Klise

Ini bukanlah tujuan nak buka pekung di dada sendiri, sekadar luahan perasaan nan meruntun jiwa.  Benarnya aku tak peduli pun or kesah pun pesal reta benda maupun wang ringgit peninggalan arwah pak maupun arwah mak ni. Tapinya, kalau dah melampau2 tu harusslah aku rasa panas hati kan.

Benarnya, aku tatau apa masalah abang long.  Tak berduit? tak mungkin.  Bendang berelung2.  Moto  berbijik2...Keta dua bijik.  Baru beli keta STORM lagi tuh. Takkan la tak berduit.  Tak lama lagi dah nak buat umah sendiri. Tanah kebun sawit tu dah bape ekar dapat kat dia. Takkan tak cukup2 lagi???

Masa arwah mak hidup lagi, aku dah cakap suh letak penama akan tanah2 yg tinggal tu. Tapi arwah tak mau. Nanti2 katanya, sudahnya sekarang bila arwah dah takde aku taktau apa jadi pada tanah kebun tu.  Hasilnya mmg le selama ni abang long ada lah bagi kat mak sesikit gitu.  Tapi lepas arwah mak tade ni??

Hari tu masa arwah meninggal, Tok sidang kampung mintak nama akak dan details nak letak  dia as pewaris.  Sbb k'jaan ngri Selangor ada beri khairat kematian. Kalau tak silap aku Rm2500.  Seribu tu Tuk sidang dah beri kat abang long sehari lepas arwah meninggal.  Tpi takde plak duit tu sampai ke akak?. Kok ye dia patut bagi akak. Sbb duit tu bole guna utk buat kenduri tahlil ke, buat batu nisan ke kan.  Ni tak senyap jer.  Entah camne, bini tuk sidang (which close sgt2 dgn arwah mak) bising2 kat laki dia tnya pasal duit khairat tu beri kat abang long.  Tok Sidang tak senang, pi umah tnya kat akak.  Mmg betul takde pun dapat duit tu. Bila cek2..nama akak as pewaris dah ditukar ke nama abang long!!. Masa bila penukara tu dibuat taktau ler. Sbb  masa arwah mak meninggal mmg tok sidang boh nama akak jer.

Riuhlah sekampung bercerita pasal duit tu. Rupanya masa arwah mak sihat dulu, arwah mak dah citer kat kengkwan ahli mesorat tingkap dia  yg duit simpanan kat akaun bersama dgn arwah bapak dulu ada dkat 8k dah dapat dikuarkan. Dan arwah mak beritau abang long yg simpan konon pegang duit tu lah.  Bila2 masa mak nak duit katanya mintak jer.  Aku dah pesan kat mak to amik separuh and simpan kat ASB ke atau kat memana..tapi being mom yg percaya pada anaknya..arwah mak tak buat pun!.

Lepas tak lama aku dgr dia pegang duit arwah  mak tu , aku tgk dia beli keta lagi satu. Keta storm.  2nd hand katanya. Konon lepas dapat keta tu dia bawak arwah mak naek and pi jalan ke Kelang umah akak no 2.  Ntah camne, keta tu rosak. tersadai kat Meru. Engine problem. Lama gak tersadai, alih2 keta tu balik..ada kat umah abang long. Kena 3ribu overhaul katanya. Aku percaya, tu duit arwah mak ler tu gaknya. 

Masa arwah mak sakit terlantar tu, mmg abang long le kami kerah beli pampers arwah.  Akak punya pandai dan bijak, tiap kali abang long and bini dia antar pampers dia tulis kat buku 555. Sengaja nak kira berapa jumlah yg dibelanjakan. Incase dorang mengungkit kan.

Bil2 hospital, van jenazah, urusan bayaran gali kubur, sembahyang mayat dan suma urusan bayaran bersangkut paut jenazah mmg kami wat bodo jer. Biar je dia uruskan. Afterall kan, dia yg sulong. Tu tanggung jwb dia kan?. Tak reti2.

Pasal fidyah puasa mak pun sampai la ni gaknya lum dia setelkan.  Akak 2-3 malam ni asik bermimpi2 akan mak. Mgkin pasal tu masih tergantung. Lepas bincang dgn aku tadi, aku suh akak bayar jer fidyah tu. Tak payah tunggu dia. Buat sakit hati!!. Batu nesan pun sama. Aku dah suruh adik aku pi tempah.  Sabtu ni aku balik biar aku je yg bayar. Apalah sgt batu nesan tak sampai dua ratus ringgit. Sungguh aku tak paham lah abang aku yg sorang ni. Apa nak jadi gaknya.

Aku takut esok2 kalau dia jatuh sakit langsung x leh bangun karang, naya.  Banyak sgt ketidak amanahan nya pada arwah bapak..pada arwah mak pada adik2 dia ni. Asik dok dgr sgt ckap bini ginilah jadiknya.  Yg pasti berapa byk ribu duit pun aku tgk tak kaya2 gak. Tak senang2 jugak. Tepuk dada tanya Iman..kalau tak berkat..Sendiri mau ingat...

5 comments:

NenetPenne (NP) said...

manusia boleh buta hati kerana duit
cepat2lah bertaubat...nauzubillah

Anna said...

Net, kerana wang maknusia sanggup buat apa saja..syukurlah, setakat ni mata ai lum gelap lagi dek RM..sentiasa bersyukur dgn apa yg ada..dan arwah mak salu pesan, usah berkira sgt kalau nak kuar duit terutama belanja org atau bersedekah...tu la datangnya berkat dan murah rezeki..Insya Allah..akan ai ingat pesanan dia tu sampai bebile..

MommyCT said...

Kita ni pun kena buat amanat utk anak2 kita sesiap. Kalau kita takde sapa yg kita amanahkan utk bela nasib derang. Nak plak reta seciput itu direbut pak sedara tamak lalu anak kita duk orphanage mcm takde sapa kat dunia ni. Nauzubillah.

SemuaTentangKita said...

akak..lama tak singgah sini. Sy baru tau mak akk dh tkde..takziah dari saya.

Semoga rohnya ditempatakn bersama orang2 yang beriman. Amin

zurahimi muslim said...

Takziah jugak...