November 2, 2011

Ce kita pikir...

Di saat kebosanan melanda ni..aku jwp la komen kwan blogger just now aku terpikir perkara ini.  Iaitu perkara2 yg peri maha penting dalam kehidupan berumah tangga sehari2. Terutama kalau ada anak...satu, dua, tiga atau 6 or 7 org kans.. Apa yg aku list down ni berdasarkan kepada peri penting nya sumbangan pada kehidupan umah tangga kami khasnya.

1 )  Mesin Basuh

Masa jaman bujang tu kan tak kesah pun takde mesin basuh.  Kalau aku dulu malas. Aku rendam jer kejap dgn sabun pastu gonyoh2 aku bilas and sidai jer. Alah, takat baju keje tu  bau peluh je u olls.  Lenla baju g kebun ke, meredah semak ke kan. Ni baju pakai ala2 jer. Tak yah beria sangat. Tu masa bujang ye!!!.

Masa dah berkawin pulak. Taim mula2 tu mmg takat baju ai dgn yu jer. Masa tu pun aku gatal mulut mintak dgn officemate keje kat Tan Chong nak adiah kawin mesin basuh.   Natijahnya dorang belikan satu. Semi automatic lah kan. Separuh pindah2 tu.  Ish tak suka taw, tapi org dah bagi amik jer lah.

Masa dapat anak sorang, mesin basuh tu masih lagi berkhidmat. Tapikan masa aku bersalin, maklum ler operate tak leh lasak2 gitu. So keje2 menyidai dan membasuh kaen baju En SP yg buat.  Sidai dalam gelap pun tak pe. Masa tu kami dok umah lot kat Gombak. Tmpat sidai kain kat belakang. Kat dapur balkoni. Kami dok tgkat 2 kan.  Jiran2 pulak ramai, rapat2 plak tu. Tu pasal gaknya dia sidai memlam. Takut or malu org nampak. Tak kesah ler tu.  Ntah cam ne nak jadik cerita, satu hari dia membasuh, dia boh kaen baju kat spinner tu. TAPI, dia sudah terlupa lah.. Masa tu plak aku coti berpantang kat kg.  Puasla aku mencari beberapa helai baju yg biasa kami pakai tu tak jumpe2.  Ntah camne satuhari aku bukak mesin pnye spinner tu..mak ai u olls..sampai karats baju2 tu suma...

Tak lama lepas tu mesin tu rosak. So kami beli mesin basuh baru. Ofkos la fully auto kan. Tak kosser mak dah beranak pinak nak guna semi auto lagi.  Aku ingat lagi, masa tu kami beli kat JJ wangsa maju.  Brand LG muatan 6.5kgs.  Paling best u olls, masa tu kami pakai van delica. So kami hangkut sendirik mesin basuh tu.  Sampai kat umah nak naek tingkat dua, I u olls dgn laki bersusah payah mengangkat ke tingkat atas tu..gigeh tu.  So berkhidmat lah mesin tuk utk tmpoh sangat lama. Aku ingat ada dekat 10 tahun kot.  Dari umah sewa kat Gombak, then pindah ke Koperasi polis, masih mesin tu. Infact masa kami dah pindah umah sendiri kat rawang pun masih gigeh dan kental berkhidmat. Dgn anak2 dah tambah bilangan 3 org mesin tu berkhidmat dan bekerja kuat u olls. Bayanglah baju bdak2. Baju mak bapak bdak.  Mmg bagus mesin tu. Sampai lah ke saat dia mmg tros rosak tak mau beroperasi dah.  Aku rasa penghujung tahun 2008 gitu.  Masa tu pulak aku baru jer nyahkan bibik dari hidup kami.  Bayangkan beberapa hari rosak, aku rasa mcm gelisah. Manataknya, nak basuh tangan idakler aku larat dgn pakaian menimbun2 gitu kan.  Dekat 3 hari kot dah rosak, langsung x basuh kaein baju. Nak antar kat dobi?? fengsan kedai dobi sbb banyak sangat.

Kebetulan plak masa tu dapat ler sikit duit bonus. Aku tak hagak2 ajak SP  gi kedai letrik beli mesin basuh baru.  Taktahan mata ngk kaen banyak gitu.  So kami amik brand Toshiba muatan 9.5kgs. Toto, segala mala carpet leh masuk dan basuh. Puas hati. Mesin tu pun keje kuat gak. Maklum kalau hari coti mau 2-3 x round membasuh. Sehari tak membasuh pun fengsan tgk kaein.  Baju sekolah kena rendam dan sental dgn berus, kemudian baru aku campak kat mesin.  Karpet2, kain buruk segalamala pun aku basuh kat sana. Mujor tak masuk kasut sekolah dalam tu kan..


2) Peti Ais.

Sejarah peti ais umah pun sama. Masa bujang aku tak beli pun.  Toshiba fridge versi satu pintu kecik tu SP yg punya. Dia yg beli masa bujang so masa kawin kami guna tu jer lah.  Lama kami guna tu.  Dekat2 7-8 tahun gak, sampai ke satu tahap aku salu bebel sbb peti ais tak muat. Pulak tu frost dia tak hagak2 mcm salji kat kutub utara. Kena frost tebal, sampai sudah nak kuarkan ikan sampai esok pun tak cair.  So, taim2 dapat bonus gak, kami mensurvey peti ais baru kat Seng Heng.  Cuma reganya alahai mahal sesgt, so aku amik easy installment dgn Aeon Credit. Sebulan bayar seratus lebih gitu.  Kami angkat brand LG gak dua pintu besar bagak.  No frost2. Masa tu peti ais takde frost baru je kuar. Kire teknologi baru lah. Mmg besar sgt area letak ikan kat atas tu.  Satu je aku ni tak suka peti ais tmpat ikan ayam dan sewaktu dgnnya kat bawah. Menci aku. Susah nak amik kuar kena nyangkung bagai.  Mcm kat umah mak mertua tu. Seksa.  So aku pnye tmpat lauk2 kat atas. Besar dan luas. Pendek kata kalau takat 10 ekor ayam tu settle lah. Of kos kalau takde mende2 lain lah kat dalam tu. Tak buat air batu bagai kan..semata2 ayam 10 ekor mmg bole muat.

Masa tu peti ais kecik tu masih lagi ada. Kami hidupkan dua2. Konon tu isi sayur2 dan air je.  Ntah camne nak jadikan cerita masa aku mengemas peti ais kat umah arwah mak (size sama cam peti SP beli tu) aku syiok2 ketuk2 frost dia aku dah terketuk tmpat gas dia tu..pe lagi bedesir la kuar gas dia..tros rosak peti arwah mak tu.  Jadik untuk ganti dan jimat kan letrik aku taktentu hala, aku sedekah peti ais SP tu ke kampung aku..ofkos atas persetujuan dia lah kan..

3) Seterika..aka Iron.

Hanya ni sangat penting gak. Terutama pada yg ada laki keje kena pakai kemeja. Kena pakai suar slack. Aku nasib baek. Laki keje pakai uniform so tak yah sbok2 gosok baju. Ada tak de baju keje aku dgn baju sekolah jer.  Sepanjang ni dah 5-6 buah seterika berkhidmat.  Ada brand national aku beli..ada org adiahkan gak.  Ada 2-3 kali meletup seterika2 tu. So far, brand phillips diva tu masih setia berkhidmat setelah bertahun2.  Masa bibik ada dulu dia pakai satu phillips diva..dia kata rosak, takmo hidup. Aku susah payah  beli yg lain yg baru. Mana tau SP baiki wayar seterika tu bole guna plak. So aku ada dua diva skg. Taim2 raya balik kg kat umah mertua mmg aku hangkut satu...



4) Blender

Ckp pasal blender ni, wah byk sungguh blender dalam sejarah umah tangga kami taw. Masa kwin dapat 4-5 bijik kot adiah blender. Dari brand moulinexx sampai ke brand cap ayam bagai. So selama 10 tahun suma pun dah diguna pakai dan rosak.  Terpaksa la ku beli blender lain. Maklum isi umah suma hantu sambal. Mati la kalau takde blender. Tk lalu aku nak menumbuk sambal (ni tumbuk sambal betul tau..guna lesung ya..bkan maksud lain haa) hehari..  Last aku beli blender mahal RM150 sebijik..tapi sakit hati tak sampai bape bulan pakai dah rosak. Bila antar balik kat kedainya kata x leh baiki..motornya rosak.  Sakit hati pnye pasal aku beli brand cap ayam jer....itu lah aku guna sampai sekarang. Beli kat tesco rega RM49.  Masa annual dinner company SP tahun lepas dia menang lucky draw Blender phillips tu.  Mahal mende tu so aku sayang. Guna tuk buah2 dan yg lite2 jer.  Cili tetap guna blender cap ayam beli kat tesco tu. Sayang dgn blender mahal katanya.

4) Periuk nasik

Citer pasal periuk nasik mesti terkenang arwah bapak. Dulu masa dia ada dan sihat, dia suka ajak arwah mak datang KL. Datang umah aku. Kadang2 datang kelang umah kakak aku. So bila aku tau dia ke kelang jer, aku pun akan datang bawak kuarga aku ke sana.  Masa tu lah arwah bapak tolong belikan periuk nasik kecik comel. Jenama i..just nice jer untuk kami anak beranak. Masa kawin pun dapat 2-3 bijik periuk nasik as hadiah. Tapi suma jenis besar2 tu.  So aku simpan jer. Smpai skg ada 2 lagi rice cooker hadiah kwin masih elok dan berfungsi. Periuk yg arwah bapak belikan pun masih ada..masih bole guna lagi.

5)  Televisyen..

TV kat umah kami ada bnyak. Mengalahkan org kaya. Masa aku bujang aku beli satu Singer pnye brand. Bila kami kawin kami beli besar sikit jenama samsung. Pahtu rosak..kami beli jenama toshiba plak.  Toshiba BOMBA.  Bila tv singer tu kami antar kat kampung bagi akak aku guna.  Rezeki pulak, bila lucky draw dinner off SP dia dapat adiah TV kecik 16inch jenama Aiwa.  So tv Aiwa tu kami letak kat lam bilik.  Lama sungguh Toshiba  bomba berkhidmat, gatal pulak nak amik flat screen tv. Tamak sungguh, aku beli yg 42inch pnye.  Jenama LG.  Toshiba bomba tu letak kat dapur buat tgk Nora Elena masa masak ari tu.. Sampai skg pun tv tu masih kat dpur. Ada gak aku belikan VCD player for bdak2 main.

TV Aiwa kecik tu letak kat bilik Kakak. Tpi ntah hape dia godek, tv tu now ada sore jer takde gambar.  Kalau ada citer2 best kat astro, ada plak yg sbok nak layan TV free mka dapurlah tmpatnya. So takde gaduh2 dah takde rebut2 TV dah lagi.

6) Thermal Port- Water pot

Yg ni pun bagi aku sgt penting. Terutama kalau ada baby. Ye lah nak buat air panas, nak buat susu. Tak yah tiap kali nak masak ari manjang. Penat taw. Tgh2 malam nak wat susu sebok kena panaskan air kan . Pehal.  So dalam sejarah hidup aku ber anak2 ni mmg benda ni sgt penting.  Aku tak pernah beli cerek pun kalau korang nak tau. Cerek yg ada hadiah kawin.  Yg pakai tak bape lama pastu rosak. Kalau pakai water port, abis air jer top up. Senang gitu.  Dah 4-5 bijik port gak kami tukar. Bila rosak jer tukar..gitulah adanya. Tak pernah takde port. Belum betul2 rosak mmg aku dah standby beli baru gitu.

7) Kipas angin

Haaa. ni lagi satu. Kalau betul kira taktau bape puluh daa...dari yg hadiah, beli sendiri menang lucky draw. Mcm2 brand. Tapi aku rasa yg paling lama berkhidmat brand Mistral.  Anak2 ada asthma, so umah kami mmg tak pasang aircond pun. Harap kat kipas jer.  Klaau tak kat hall kipas siling tu, kat lam bilik. La ni kat dapur pun aku pasang kipas siling.  Mmg doerang kat umah tu tak leh hidup tanpa kipas taw. Rasa panas dan rimas sgt2. Mula bdak2 mengeluh panas panas.

7) Water heater.

Water heather kami tu dari mula beli sampai skg masih tahan lagi.  Dari mula anak satu smpai anak tiga masih elok lagi. Cuma pulsator dia tu dah pecah sikit2. Tpi masih elok dah bole digunakan lagi...Beli pun tak mahal less then 3 ratus. Bukan berjenama Joven ke hape. Betul2 jenama cap ayam yet masih tahan lagi.


Bagi sejarah kehidupan aku tu lah benda2 yg sgt penting.  Regardless la benda2 lain yg ada tu kan. Mixer lah, oven lah, microwave lah. Belum amik kira breadmaker yg aku beli tapi leh kira buat rotinya tu...tunggu ada mood gaknya setahun sekali kot. Tu pun sbb nak suh uli tepung wat roti canai or wat kulit karipap. Buat roti dan pizza, dah lama kemalasan, mula2 dulu ada lah excited giler2 nak buat. After a while bosan. Malas pun ya.

So, tu lah benda2 penting for diri aku terutamanya.  Kalau benda2 tu suma takde mau patah tangan, kaki dan stressed giler career mummies cam aku ni lah kans...

1 comment:

Irfa said...

anna..
rajinnya ko mengarang.aku ni namanya dah 11 tahun kawen tapi banyak jugak bende basic yang takde.so far selagi tak menjejas kan apa2 aku redha je.

blender tu mak aku selalu bising sbb aku punya blender mak aku ambik dan smpai sekarang aku tak beli ganti..aku tumbuk je pakai lesung.

ko nak sedekah kat aku sebijik pun bagus jugak tu.hehe