November 3, 2011

Mengamuk, Anak2, Jiran dan Raya Qorban


 
Semalam maghrib, aku diibaratkan bagai bini tarzan yg sedang mengamuk dasyhat. Ibarat begegar segala pokok Ara di hutan alam maya ni. Mana taknya, smlm balik ujan sgtlah lebat. Lebat2 yg takde ampun. Lebat giler2 la pendek kata. By time sampai umah pun udah kul 7. Udah mula dah citer soffiyya tuh. Mencicit masuk umah, gantung name and pass kad keje. Campak tudung kat laundry basket dan tros pi dapur sinsing lengan. Terlupa pulak nak suh kakak kuarkan ayam sblom dia pi sekolah nak masak ayam masak merah. Maklum lah si jantan kecik tu dah behari2 menagih suh buat ayam masak merah. Kalau ayam keras membeku tu mana ada jalan kan.



Tgh sebok kat sink kedengkang kedenkung..cuba menfroskan ikan caru. Plannya nak masuk microwave bakar je ikan tu. Pastu nak masak sambal sardin adabi. 2nd time terai sardin tu mmg sedap. Tak hanyir pung. Pastu goreng bonces dgn kentang..Si Amal lak sebok nak minum milo bagai. So dia dok bukak instant milo tu..pastu mengengada nak masuk dalam pelastik pulak ala kat kedai makan tu. Ntah camne tumpah la pulak. Abes lantai, meja makan dan kusi suma kena. Apalagi melekit2 lah. Hai Yoo...mak mana bleh tahan. Mengamuk la mak. Menjerit mengalahkan bini tarzan tu. Habess suma bebelan kuar dgn jeritan maha kuat. Mujo ujan lebat. Lau tak harus satu taman dgr suara aku mengamuk sakan.



Aku pnye geram, mana nak kejar2 masak nasik bagai. Kemas pinggan mangkuk kat sinki yg dah dibasuh tapi tak disusun. Dgn meja makan berselirat kotor bagai. Ni mesti kes dua bdak pmpuan yg makan pagi tu tak kemas kan. Pe lagi, darah teros tangkap. Naik 100darjah. Hangin satu badan. Amal baseler, kalau singa mengamuk mencicit lari. Aku jerit soh dia amik mop dan lap. Aku campak cawan kat sinki. Aku campak plastik yg dia isi milo tu kat tong sampah. Lantak situ. Sapa suh kasik naek darah. Dah ler kita penat lagi stressed dgn keje. Balik keje lagi masing2 nak buat hal, mmg kena lah sorang sedas kan.



Dah lepas tekan piuk nasi aku lelaju mandi dan solat maghrib. Pastu sambung masak lagik. Smlm dapt la siapkan ikan caru bakar celup cincai kat micro. Cecah sambal kicap semlm tu. Aku perahkan limau dan racik daun limau purut hehalus je dalam sambal tu. Sayur bonces+kentang yg digoreng dan ptong kecik2. Pas tu ada sambal sardin. Taim ujan2 makan kan..harus lapar sesgt memasing. Amal masih kecot nak mengadap muka aku. So dia tak nak makan. Buat2 tido kat depan. Jadik mak kan, marah cam ne pun..kejap jer. Mesti tak sampai ati. Aku pun cam tu lah. Lepas sudah aku makan, aku bawak nasik sepinggan, boh kicap..boh ikan caru boh sambal kicap sket. Aku suapkan dia makan..lau tak karang ngengada komplen sakit perut lah..sakit itu lah..sakit ini lah.



Minggu ni gak, kakak masih pereksa lagi. Hari senin lepas balik sekolah dia mengadu kalkulator nya hilang. Benda tu bkan yg base leh beli less than 10 hengget cap ayam kat maidin tuh. Ni jenis kalkultor bdak2 sekolah sekarang guna..saintifik ke hape. Kat off aku bdak2 engineer suka pakai benda tu wat kira2 total flow area drilling ke ntah hapa. Katanya dia simpan kat beg sekolah. Taim rehat, ada budak curi. Ni bukan kes pertama sbb ramai lagi kawn dia yg lain pun pernah hilang gak.



The next day tu, aku dah mintak SP tolong belikan yg lain. reganya? RM24.90 tu satu. Brand casio. Tak hagak2 mahal. Belanja 4 hari dua bdak tu value tu. So aku peringat kat kakak, lepas ni kalau hilang lagi..tak dapat nak nolong. Aku suh jer dia bawak dalam kocek tiap kali pi rehat. Sbb ada pencuri dalam kelas kan..lau tak buat gitu karang bape byk kali nak beli lagi. Ingat mama cap duit??



Hari Rabu gak Amal excited bawak kertas2 ujian dia balik. Mana tak ..nak tunjuk kertas BM yg dia dapat 100 tu..ingatkan suma seratus..rupanya satu tu jer..yg lelain tu ada lah 80, 90 60 pun ada..Bila dah gitu, delin pun excited gak tunjuk kertas ujian dia. Mujo aku tak pengsan. Suma less than 10% jer. Tapi aku tak la ckp apa2..tak mo komen apa2. Cuma dalam hati tu agak terkilan lah. Sbb nya dia dah pandai baca. Dah lancar pun, napa markah teruk gitu. Masa ujian penggal hari tu, ada gak markah 20 keatas..infact sain dia dapat 50 lebih..parah bdak ni. Padanlah, dia asik lately tnya sok sekolah ke ma? sok sekolah ke?. Aku rasa dia tak nak or rather tak minat gi sekolah gaknya. Bila aku citer kat bbysitter, dia ckp delin ada cerita dgn dia..(delin mmg rapat dan salu citer apa jer perasaan dia kat baby sitter yg dia panggil cikgu tu). Dia tak suka pi sekolah sini, sbb org selalu kacau dia. Org selalu usik dia dan org selalu amik barang2 dia dia kata. Being akal tak setara umur, mgkiin dia tak berani nak ckp apa2. Padanlah asik kena buli jer hehari. Ari tu aku belikan jam barbie, tak dan sehari pi sekolah balik dah takde. Katanya org mintak. Org tu ambik jer tros. Bila aku suruh mintak balik sampai ke sudah tak dapat2 balik. Mujo jam sepuloh hengget jer. Tapi tetap aku tak puashati gak kan.



Dan tiap tahun, bila taim pulangkan buku teks jer mmg aku stressed. Dah 3 tahun gitu. Dari Delin jah satu lagi. Manjang buku hilang. Manjang tak jumpe. Penat aku dari depan ke belakang selongkar bagai. Tak jumpa!!. Tak tau mana dia letak ntah. Mmg tiap tahun kena je ganti buku teks dia. Berpuluh hinggit. Bak kata kakak aku, ko ganti jelah. Senang citer. Nak marah, nak pukul or belasah pun bukan bole dapat apa..dah dia mmg gitu..mcmana lagi kita nak buat..Haissh.



Mmg tahun depan aku akan tukarkan dia ke sekolah lain. Sekolah khas utk bdak2 cam dia. Tak leh jadi gini. Mgkin persekitaran sekolah biasa tak sesuai. Dan mulai tahun depan gak aku nak keep her bz. Antar pi kelas muzik. Belajar piano, belajar keyboard dan hape2 lagi lah. At least menda2 yg dia suka kan..mgkin kemahiran dia kat situ. Aku dah daftarkan pun, cuma tunggu pengesahan jer dari kelas tu. Sbb student tak ramai lagi so dia kena adjust kelas based on student.



Since aku dah janji dgn amal kalau dapat no 1-3, dia bole mintak hadiah smlm dgn bangganya dia kata dia dapat no 3. So dia demand nak PSP. Si Delin gak dgn excited bgtau dia dapat no 40..no last kat kelas la kot. Tapi dia gembira sgt. Mgkin dia ingat no bnyak tu bagus..Sabar jer lah.. Selalu pun kalau aku rewards amal ataupun kakak dgn hadiah kalau dapat no bagus, aku dan SP tak pernah tak beli delin sekali. Aku tak mau dia rasa tersisih. Justeru bila kami dapatkan adiah untuk salah sorang yg dapat no bagus, mmg dia akan kami belikan sekali. Since dia tak cerewet or jenis cincai..beli je apa2 yg dia suka..barbie ke...princess ke ...rega 2-3 hengget pun dah cukup buat dia happy. Bukan dia kesah apa pun. Cumanya aku salu jer bikin dia excited, sbb aku salu wrapped cecantik. So tak de istilah pilih kasih pada suma anak2. Dorang pun macam paham. Tak pernah pun persoal kenapa delin dpat padahal dia tak achieved apa2.. Aku mmg selalu tekankan dgn dorang, delin istimewa. Dia harus dilyan sama rata. Akalnya tak setara umurnya, jadik masing2 kena tau mainkan peranan. Byk benda yg kita ckp, arahan yg kita beri dia tak paham. Kadang2 kena beritau berkali2. Kadang2 dia akan bertanya berkali2...biasa dah tu. Biasa sgt2. Lagi2 kalu dia pegang remote astro. Abes suma di alihnya..kejap alih channel tu kejap channel ini. Kena sabar je lah. Aku salu ingat pesan arwah mak (otomatik jer nak mengalir airmate tringat)..sekarang dia menyusahkan, mana tau bila besar esok dia menyenangkan. Skg pun dah nampak kalau pasal Delin segala2nya mudah bagi dia. Cuma tang pelajaran mmg susah ..tapi tang yg lain..senang jer, mudah jer kan. Betul sgt apa arwah mak kata tu...itu je lah aku doakan utk dia.





Citer pasal jiran plak, aku baru nampak iklan kat luar pagar jiran umah sebelah, house for sale call 012XXXXXXX. Wah, aku lah org paling gumbira tau..sbbnya?? tak lama lagi jiran india aku tu akan kena nyah. Ye lama bape tahun aku sabar gak berjiran dgn derang. Anak jiran tu mmg sekelas dgn delin, tapi aku tension jer kalau dia datang umah. Dah la kuar umah salu tak reti berselipar, masuk umah org sesuka hati. Pijak karpet masuk bilik..adus sakit jiwa mak. Belum amik kira bau semerbak busuk kalau taim semayang derang tu. Kadang2 bau hancing giler. SP kata dorang suka curah air kencing lembu kat depan laman...tatau betul ke dak, tapi mmg bau hancing busuk..mcm kat kadang lembu tu lah. Bau minyak setanggi kalau dorang semayang tu..adusss bikin kapla ku pusing. Belum amik kira pasang radio lagu tamil..pastu nak menghiburkan satu taman. Ada sekali tu masa Michael Jackson mati tu, bukan main dia tribute to MJ maen lagi2 dia dari pagi sampai ke malam. Kuat pulak tu mcm nak pecah tinge..Anak2 bujang dia yg lelaki pulak manjang berlonggok depan umah dgn kawan2 dan buat bising..memekak menyanyi ntah hape memalam. Tension sgt. Tapi kami biarkan jer malas nak begduh. Takut2 silap hb berparang dgn dorang ..takut aku. Jgn memain..samseng ler katakan lagak mereka tu.





Tu je lah citer ari ni. Esok aku baru jer plan nak MC ke coti ke. Sbb sok delin ada appointment kat hspital. Tapi awal2 lagi owng tua kutuk ni dah pesan. Suh bla bla bla..sbb ari ni dia hafday. Nak berjimba kat siam la tu. tak pun nak dpatkan servis kat sana. So nampak gayanya lepas apptment kena hangkut delin datang off la pulak..hadoi...



Di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat menyambut aidil adha..selamat berkorban. Dgn sedihnya raya haji ni first taim kami beraya tanpa arwah mak..yatim piatu. Dan hari raya haji nanti genap 40 hari arwah mak meninggalkan kami. Kami takde plan apa2. Just nak pi kubur arwah mak dan pak dipagi raya,selebihnya masak for tahlil 40hari kat surau jer. SP pulak ada plan baik nak bina umah banglo katanya for the rabbits. Plannya dah siap aku tgk..bkan main lagi dia dah siap tiang aluminium yg dah siap discrew bagai. Tinggal nak pasang jer kat kampung nanti.



Padanlah amal tak sesabar tanya bila nak balik kg..mana taknya SP dah siap citer plan dia nak buat banglo arnabs tu cecantik. pastu nak buat tangga utk rabbits tu naik turun. Siap nak buat kan halaman bagai katanya..no wonder memasing excited gitu. Air plak kat kg tgh bnyak la ni sbb baru lepas menabur..sgt canteeek lah nak memancing ikan puyu..



Selamat berhujung minggu panjang u olls...ada umur jumpa lagi.Wsalm



2 comments:

Irfa said...

anna..
aku pun sama..bila aku penat,anak2 nuat perangai..rumah sepah cam tongkang pecah..aku mengamuk tak ingat.lepas semua dah okey..aku nyesal..pandang muka anak2 rasa bersalah.

mesti comel rumah rabbit tu kan?
tunjukla

Anna said...

Irfa,
ada gambar kat latest entry tu..tak pun u pi kat my fesbuk pnye gambo..byk kat sana..byk gak gambar pose bebudak ni bersantai2 petang2 kat halaman