November 17, 2011

Saya Udah bosan

Aku ada seorang kawan ni..(eh, i ramai kawan2 kanss) mmg aku kenal dari umor 18thn sampai lah ke saat ni. Dari jaman dia bercenta taim anak dara dgn mamat muka berjerawat  yg later jadik suami dia tu..sampai lah dia becerai dgn lelaki berjerawat tu..dan kwin pulak semula dgn lelaki lain pulak. Kali ni lelaki bujang trang tang tang ada la juling2 sikit.  Sila bertenang ye, ni bukan mengata just nak menggambarkan pribadi kawan ku ni, kena lah bercerita dari awal supaya korang senang sket nak paham gitu.

Kadang2 aku rasa manusia ni tak tau menilah diri sendiri. Memuhasabah diri tu seblum nak komplen, kutuk maupun mengata org lain. Maksud aku, bila kita lihat kekurangan diri kita tu, seharusnya kita menerima kekurangan org lain itu dgn seadanya bukan?. Tapi tidak kawan aku yg seorang ni.

Seperti teman2 yg lain, dia sgt suka telefon aku.  Sbb apa? tak tau lah tu. Mungkin aku ni pendengar setia, or mungkin kwan2 lain terhibur dgn lawak sengal lagi poyo yg salu aku ceritakan atau mungkin jugak sbb aku ni tau segalamala gossip so dorang leh je tanya gossip anytime??. Idak le apa pun, sbb hobi aku ni membaca suratkhabar dan sewaktu dgnnya kans. Harusslah cerita tau lebih sket. Kawan2 pulak jenis vazz the vass ada jer cerita gossip yg nak disharing dan caring katanya. Believed me, korang jgan riso. Kalau aku ramah tamah giler kat fesbuk dan alam maya tu, kat luar tu insya Allah gitu jugaklah. Aku ni org yg happy go lucky tapi kalau tak kenal mmg sombong lah sikit gitu.

Dia yg paling salu dan kerap tepon aku kat off. Ada masa aku free ada mood ada napsu nak melayan aku layan lah jugak kan. Tapi harus di ingat, aku ni manusia kuli pulak tu kans, ada masa aku bz ada keje kene selesaikan. Ada masa aku tak bersosiyal pun kat FB. Ada masa galak bersosiyal meroyan dan sebgainya hikhik..

Baru2 ni dia kol aku pasal nak cite kes Kak Ja yg bertunang tu kan. Fine, aku paham. Aku teruja dia pun teruja tapi jgnlah lebih2 pulaks.  La ni tiap hari nak tepon aku. Aku pulak naek rimas. Mana taknya kalau dia tepon mau makan berejam. Dia tak pe la, bos salu takde. Aku?? manjang jer bos ada. Nak bergayut lelama tu agak kurang enak di situ. Malu la, taim2 keje nak bergayut kikiki. Harus walaupun bos tak cakap apa...sendiri mau ingat tu.

Yg aku tak bole tahan, kwan aku ni salu merungut, mengadu pasal memacam lah. Musim maid dia lari, pasal maid la dia cite. Musim nak raya, citer pasal baju bagai..ops terlupa kwn aku ni keje secretary kat company besaaar dan at the same time ada bisness part time supply kaen2.  La ni musim dia bercerita pasal suami dia pulaks.  Aku ni bkan apa lah. Aku kalau marah sgt2 dgn laki (SP la kan), geram gi mana pun aku takkan cerita lebih2 kat kwn2..hatta kawan rapat pun pastu gelar laki, bengong, bodoh dan sebagainya mcm dia salu quote laki dia tu lah. For me, Laki tu darjat dia sama tinggi cam mak bapak kita. Syurga bawah tapak kaki laki tau. So, tak kira semarah mana ko dgn laki, tak BOLEH buruk2 kan dia.  Ibarat meludah ke langit org kata, kena muka sendiri (ceh, berperibahasa kau).  Pulak tu mmg lah laki dia tu in terms of sumbangan wang ringgit pada kuarga mmg nan ado lah kan, but still dia suami kans?.

Bila dia bengang dgn laki dia jer, aku lah tmpat dia meluahkan perasaan. Lama dah aku perasan. So far aku tak le sound dia hape. Malas la. Ari tu masa dia kutuk Hajah Esah (bukan nama sebenarnya ya) mak mertua dia tu..bukan maen baek aku nasihatkan . Dengan sgt berhemah tau. Sudahnya aku pulak dimarahinya.. ada ka patut?.

Kisah anak2 dia pulak. Baru ni dia mengadu anak sulong dia dgn xlaki yg berjerawat tu buat hal.  So mengadu lah gitu gini. As kawan aku  nasihatkan dia.  Ye lah, anak dia tu tgh membesar. Pulak tu umah dkat sgt dgn KL, mmg keluar lah kejenya. Pe lagi selama ni kawan2 dia pun ramai pengaruhi dia kans.. dah meroyan dia mengadu dgn aku anak dia ini..anak dia itu..so, aku kata pe kata hantar dia ke kem motivasi.  Kem brainstrom session. Sbb ramai kwn2 aku pnye anak remaja antar ke kem gitu, Alhamdulillah dorang jadik ok.  Jadik dgr sikit ckp mak bapak.  Korang tau apa dia ckp??.. ada ka dia kata, anak dia bukan jahat sgt nak pi hantar ke kem2 gitu. Masya Allah..aku tak kata anak dia jahat pun.  Kem tu kalau yg menjurus pada pengertian solat dan tanggungjwb remaja sgt bagus tau. Biar dorang tu ada rasa jati diri, tanggung jwb dan tidak mudah terpengaruh dgn desakan rakan sebaya kans.  Infact, kalau aku jadik cam dia, RM banyak antar jer kerap2 kan. Laen la cam aku. Tak mampu. Satu kali kem cost mau 5-6ratus tu mana nak cekau duit.

Kereta ko boleh upgrade jer, takkan ler tang tu tak boleh. Nasihat, pendapat dari seorang kawan kan.  Sbb tu aku kata, lelama aku jadik fed up giler. Mana taknya, tiap kali kol aku ada jer benda yg dia nak citer, mostly menjurus ke arah2 menambah dosa .  Citer sipolan2 tahan lagi, tapi tang sumpah seranah pada sang laki, yg tu mmg aku tak leh tahan.  Kalau kita rasa diri kita bagus dan semporna sgt idak le kita berfikiran sedemikian kans.

Nk kata tak pi umrah, dah 2kali pegi. Tapi tak mencerminkan cara dan pribadi org dah menjejak kaki ke tanah suci pun?.  Tak mencermin yg kau mengamalkan apa yg sepatutnya ko buat.  Pi lah umrah 10kali pun kalau menderhaka (kutuk laki tu consider derhaka tu) kat laki gitu rupanya, mmg takde makna.

Padanlah dia selalu mengadu aku hidup dia tak tenang dan tenteram.  Walhal duit banyak tu.  Apa nak bole jer anytime beli. Pulak tu macam2 dugaan. Dgn laki kawin lagi lah..padahal laki tu konpem langsung tak mampu.  Dgn dugaan staff dia larikan duit bagai.  Aku dah ckp kat dia. Tiap satu yg berlaku tu mesti ada sebb. Kita kena salu muhasabah diri kita sendiri. Kita kena salu beringat apa yg kita dah buat, kenapa Allah beri dugaan sebegitu rupa pada kita? Paling penting kenapa hati dan fikiran kau tak pernah tenang??

Mana nak tenang? aura2 positif takde langsung dalam hati dan jiwa kau.  Cuba kau bersiihkan hati dulu, bersihkan jiwa..percayalah, kau akan beroleh segala ketenangan yg kau impikan walaupun mungkin duit tak seberapa ada.  Apa guna ada duit berjuta ditangan, kalau hati tak tenang, jiwa berantakan.  Hubungan dgn mertua, ipar duai sentiasa jer bermasalah?.  Hissh, kalau aku tak mo. Nanti aku cepat dapat sakit jantung. dapat tekanan darah tinggi silap hb kiok kan.

Sbb itu org salu kata hati yg tenang akan melahirkan kehidupan yg tenteram.   Jiwa yg tenteram..seribu dugaan dan masalah mendatang pun ko rilek jer.....untuk mendapat kan tu suma senang jer..Yg  5 waktu tu pelihara....ucapkan benda2 yg baik dan selalu2 lah baca Al Quran..Insya Allah..

tu jelah luahan aku buat masa ni..sekian terima kasih..aku terpaksa suh receptionst tipu aku takde.  Dah 2x dia sms aku kol balik..tapi aku jwp..sori, ari ni aku BZ lah...hehehe, bohong sunat katanya...kuikui

5 comments:

NenetPenne (NP) said...

masalahnya bagi dia, antar anak ke kem jer konon anak tu jahat... salah pengertian laa tu...

tapi kan kawan ni kenalah dengar yang baik dan juga yang buruk..kalau u bagi pendapat pastu dia marah sebab pendapat u tak sama dgn dia, whats the point of asking ur opinion?

yelah kalau i pun boring, asyik2 nak call citer pasal masalah dia jer kan. kitapun bukan nak hadap dia 24 jam... byk lagi menda lain nak buat...

tu pasal masa jadi laki jangan kutuk2 laki tapi kalau dah tak jadi laki, sila kutuk bekas laki kaw2 punya, mcm i..ha ha ha.. yelah tak dosa dah... hikss..

Anna said...

wakakaka..bekas kalu harus dikutuk kaw kaw gitew...pelagi pemergiannya meninggalkan seribu onar dan sakit hati kanss..i ni kan bole je jadik pendengar setia..sesekali la..kalau dah hehari..bohsan mak nak layan...

SemuaTentangKita said...

sangat tak suka ngan org yg tiap kali jumpa kita mesti nak hasut kita supaya jgn kawan ngan org tu, org ni. Dia yg bermasalah kita nk diseretnya sekali...hoh..

SemuaTentangKita said...

sangat tak suka ngan org yg tiap kali jumpa kita mesti nak hasut kita supaya jgn kawan ngan org tu, org ni. Dia yg bermasalah kita nk diseretnya sekali...hoh..

SemuaTentangKita said...

Btw..hai Nenet.. :)
Dulu saya selalu baca blog nenet..
*tetiba peramah* :)