December 28, 2012

Original atau tidak??

Tidak dinafikan mmg ramai org hendak mendapatkan sesuatu tu nak original je.  Ada org pulak teringin nak yg original tapi tak mampu.  Jadi buat syarat lepas hajat mereka tu, mereka dapatkan la yg ciplak dan cetak rompak.  Kalau ada org yg sanggup bersusah payah dan ikat perut semata2 nak mendapatkan yg ORI tahniah.korang mmg berkeazaman kuat..i salut u olls

Sebagai contoh, kalau ada org mampu nak beli handbag Tod's kat KLCC tu dgn rega RM5k sebijik maksudnya dia betul2 mampu, or duit bersepah2 atau mungkin jugak mmg dia gila jenama hingga sanggup beli semahal itu?.  Mak mak datins diva tentunya takde masalah nak beli yg ori sbb duit mereka tu berkepuk2.  Tapi org lain?? belum tentu mampu.  Tgk je artis2 tu, ada yg bergaya sakan tak hengat handbag jenama vas the vass tapi alih2 terkantoi sbb beli barang2 ciplak made in Thailand. Gitu, malu kan kalau terkantoi. Tapi meka tu artis..kita bukan. So takde org kesah deee kalau ko pakai ori ka, pasar malam ka..janji selesa..

Pendek kata, tak suma barang yg kita nak kita mampu beli yg original.  Ukur baju di badan sendiri org kata, kalau tak mampu buat cara tak mampu. Toksahlah nak berlagak diva la vivas, dgn handbag cetak rompak gitu. Kalau ko tak berlagak divas, bersederhana biasa jer..aku bet org tak heran or kesah ko pakai handbag jenama apa pung..tapi kalau kerek semacam, berlagak vogue tak hengat, jalan macam bagus sgt, baju ala2 divas...pakai beg cetak rompak mmg sahih la jadi bahan kutukan u olls.

Tapi kan bab CD or DVD aku mmg tak bole nak salahkan org. Adakalanya dvd citer2 melayu tu yg original reganya tak hengat mahal sekali tengok cerita cam hampess, rasa tak berbaloi nak melabur RM19.90 sekeping sedangkan bila dah tgk cerita...tak bleh blah..sakit hati.  So, beli jer la made in pasar malam 6 or 7 hengget sekeping, kalau citer tak sedap hati tak sakit kan?.

Ketika org2 sebok pasal IPAD galaxy tab dan segala, anak2 aku jugak tak terkecuali mendambakan gadjet2 tu semua.  Semuanya sbb terpengaruh, sbb tgk kazen2 lain main IPAD, main tablet.  Keterujaan mereka nak memiliki benda yg sama tu membuak2..sedangkan mak bapak mereka ni berkira dan kedekut sgt nak membli bebarang begitu. Bukan apa, takut2 beli mahal2 kena bantai dan dihumban tak sampai sebulan pakai jahanam.  Beribu2 tu. Bukan senang nak dapat duit. Well, duit kami bukan petik kat pokok mangga depan rumah kan.

Oleh kerana taknak menghampakan mereka dgn peredaran zaman IT skg ni, aku dgn SP decided nak dapatkan sebijik tablet lah kan.  Terfikir2 lah nak dapatkan galaxy tablet ke Ipad ke hape kan, tapi setelah meneliti butir2 pro and kontra nya kami decided not to beli yg ori.

Abis, kat umah tu apa yg tak rosak? laptop dah berapa bijik jahanam..PC toksah ckp.  Tangan2 bdak2 yg gtal mengodek jer manjang . Belum lagi campur kalu dibuatnya delin mengamuk dan bergaduh dgn amal kan, abislah melayang2 ibarat piring terbang nanti..sapa yg rugi??? kami gak!!.

Jadik dalam survey tu, kami terjumpa la satu kedai ni jual tablet for learning stage bdak2 dgn rega RM299.  Setelah interbiu salesman dgn features bagai, kami decided nak beli satu. Purposely for delin la kan, yg baru nak belajar google games barbie bagai tu kan.

I would say sgt berbaloi sbb harga didalam kawalan budget, keduanya benda tu dah berbulan masih berfungsi dgn baik.  Masih bole google facebook, internet, emails dan mcm2 lagi. Android market pun ada yg bole downlod segala jadah games secara percuma,  whass ap semua pun ada.  Dan kali ni somehow delin pandai pula nk jaga, tidak ada lagi acara terhempas atau baling membaling, ternyata sayang sgt dia dgn benda tu..tak pernah lepas.  Paling best bila nak travel dia bole dok dendiam kat belakang main segala jadah game yg dia dah download.  Crossword adalah salah satu game kegemaran dia dan aku kagum dgn kepantasan dia mencari silang kata!.

Justeru, tu suma sedikit sebanyak mengubah presepsi aku pasal gajet2 buat china ni. Walaupun segala macam kecaman terhadap produk mereka still ok aku rasa. Infact, Malaysia patut amik dorang jadi contoh keluarkan barangan buatan malaysia yg berkualiti!!. Ni tak, nak tiru buatan cina tapi pakai sehari dah kaput..apa cer??.

Aku tak nak la sentuh pasal benda2 yg lain tu kan.  Sbb mmg ada org tak suka yg beli brang2 imitation begini. Kalau dorang mampu, banyak duit no hal lah kan. Tapi untuk org yg tak berapa nak berduit or kedekut duit or sayang duit nak kuar bebyk pada barang tak perlu (mcm aku..hehe) pasti nak cari alternatif.

Pasal handbag tu, aku no further komen.  Kalau korang ada duit go a head. Tapi bg yg tak mmpu pulak usahlah nak berlagak diva kalau ko bawak beg Coach (tapi dieja dgn ejaan COOCH gitu kan).  Peduli org nak kata apa. Ko bawak beg PS boutique ka, made in Thailand ka..kalau dorang nak bagi duit beli yg ORI takpe lak kan..selain tu dendiam je.

Aku ada gak beg LV Ori se, Beg Cooch (hehehe) Gucci dan macam2 lagi yg jenama yg mmg bukan ori tapi Made in HongKong. Tapi aku tak kesah lah org nak ckp apa. Yg penting kalau aku tgk handbag tu aku suka shape dan design dia, apa kesah?.. Yg ori tu dapat se cukup lah, buat syarat org kata..tu pun tiap kali aku bawak beg tu ke pejabat, pasti ada mata2 menjeling2 manja...dalam hati mereka tu apa lah gaknya dorang kata.tapi ada aku kesaah?

Jadi, aku jarang2 sekali bawak beg tu ke office. Biarlah aku bawak beg cooch tu . Yg penting aku suka kale dia, design dia dan senang nak matching..gitu..

December 23, 2012

Sungguh Aku Tak Paham

Assalamualaikum, lama tak bersapa di alam maya kan..akibat kesibukan kerja dan kepadatan masa, susah betul nak mencuri2 waktu nak berkongsi cerita dan rasa.

Alhamdulillah,keputusan PMR baru jer diumumkan minggu lepas. Syukur gak sbb kakak dapat keputusan yg betul2 diluar jangkaannya sendiri. 4A 4B bukan saja memeranjatkan dia tapi kami juga. Lagi2 bila percubaan hari tu dia cuma dapat 1 A, selebihnya B dan Mathnya pulak C.  Jadik bila dapat yg betul2 dgn Math mendapat A sungguh menggembirakan bukan saja dia tapi kami juga.  Alhamdullillah, tu jer mampu kami lafazkan atas usaha dan ikhtiar dia. Kami cuma memberi yg termampu, selebihnya mmg atas bahu dia.  Mmg dia dah mohon ke kolej vokasional ari tu tpi ayahnya mau juga dia memohon MRSM, mana tau ada rezeki kan.

Bersama2 dgn kakak ada 2 org lagi sepupunya, seorang perempuan dan seorang lelaki. Yg perempuan anak bongsu kakak SP yg no 3 manakala sorang lagi anak kedua abang SP yg duk kat puncak alam tu. Kalau korang masih ingat kes2 pinjaman mara yg aku naik hangin ari tu..ha itulah dia. Mujurlah dia dah setelkan portion atas nama aku tu, kalau tak jgn harap nak apply ke mara kan?.  Anak kakak SP si siti tu dapat 8A, jadik tkde kisah pasal dia, keluarga sederhana aje, maklum dok kat kampung.

Keputusan si Syuk (anak abang SP) tu pada aku dah cukup baik. 3A5B, tapi tak cukup buat maknya puas hati. Maklumlah anak sulong kesayangan dia ari tu dapat 7A1B dalam PMR, percubaan SPM 8A (tgh tggu result SPM) jadi keputusan Syuk mmg jauh dari jangkauan. Aku tatau la kalau dia harap Syuk jadi sebagus abang dia kan? Tapi itulah hakikatnya hanya tu jer yg mampu Syuk capai.  Ternyata dia sgt kecewa berdasarkan post2 dia kat wall selepas keputusan keluar.  Pada masa sama aku jugak ada bersms dgn biras aku tu pasal keputusan periksa anak memasing.  Ternyata kecewa giler biras aku tu, sampai aku kata, dah dia usaha sungguh2 itu jer yg mampu dpat..kita terima dgn redha. Tapi biras aku mcm tak puas hati, bole dia kata si Syuk tu malas, tak usaha sungguh.  Malah dia dan abang sulong syuk kononnya mengamuk dan melarang syuk sekolah tmpat lain. Sekolah jer kat puncak alam katanya. Astagfirullah..tak sangka begitu kata2 keluar dari mulut seorang ibu?.  Mentang2 lah tak dapat keputusan bagus takkan sampai begitu sekali..

" I am not asking to be treated as special man, but i m hoping to be treated as human being"...itu post yg syuk letak kat wall dia.  Aku sebagai org yg agak rapat yg tau perihal segala mala cerita dia, merasa sungguh sedih dan sgt simpati. I would imagine betapa kena bebel dek ibu, abang and maybe ayahnya?.

Kali terakhir kami jumpa kat kg masa hari raya korban ari tu, aku berpeluang sembang2 santai dgn syuk. He is a brilliant teenager, i would say. Sangat independant, peramah dan menghormati mak2 dan pak2 sedaranya.  Syuk bercerita nak sekolah sains di banting..katanya biar jauh sikit..pandai berkias dgn kata2 disamping pandai berbahasa inggeris, aku kira syuk pnye word penuh wisdom dan sindirian halus. Sbb itu bila dia post kat wall aku bole bayangkan gelora hatinya.

Kenapa aku kata demikian?..let me story.  Bukan niat nak mengata, mengumpat atau apa. Sekadar nak berkongsi cerita, pengalaman dan pemerhatian . Semoga menjadi iktibar dan tauladan yg baik pada kita semua. 

Syuk, anak kedua dari 5 org adik beradik yg empat darinya lelaki dan seorang perempuan.  If u ool baca cerita2 aku yg terdahulu, pasti tau bagaimanakah keadaan dan kehidupan keluar syuk.  Sgt kucar kacir!.  Dgn ibu bapa yg tinggal serumah hampir 20thn tapi jarang bertegur sapa. Dengan status seorang IBU, ibunya jarang or bole dikatakan langsung tidak melaksanakan tanggungjwbnya sebagai ibu maupun sebagai isteri.  Dasar pilih kasih sgt ketara diantara Syuk dan adik beradik yg lain.  Abang sulungnya sentiasa mendapat keistimewaan dan dilayan first class. No home work, no house work. No nothing, kejenya baca buku, study study study..ibarat ulat buku..24/7 asik study. Sampai kalau balik kg mIL tu semua sedara mara pelik sgt, seolah2 takde masa nak bersembang dgn sedara mara maupun berehat all buku..buku buku..

Sedia maklum, dia sekolah sains, tapi mmg no life langsung. Sebab itu keputsan periksanya mmg tip top dan jadi kebanggaan terumatanya ibunya..Ibunya sibuk dgn urusan bisnes, kuar sentiasa.  Rumah macam kapal pecah, kain baju menimbun2..pinggan di sinki bergunung..cuba teka siapa yg buat tu suma??

Syuk akan membasuh kain baju seblum or selepas balik sekolah, menyidai kain baju, termasuk spender baju dalam bra segala milik ibunya!!.membasuh pinggan mangkuk setiap hari, memasak untuk adik2nya..sering ditinggalkan oleh ibunya untuk menggalas tanggung jwb seorang ibu .  Si ibu, dah biasa ada org gaji sejak azali, hatta nak pakai stokin pun panggil org gaji pakaikan!! hebat kan?..pemalas kan??  Lepas bisness mereka jatuh tu tak mampu  amik maid . Seingat aku dah lebih dari 6-7 tahun maid takde..

Bayangkan, ketika MIL duk 2-3 hari kat sana baru ni, dia tak sanggup dah nak tgk.  Dia terpaksa tolong kemas umah, basuh kain baju dan terpaksa mencuci pinggan mangkuk yg berlonggok2..sedangkan menantunya balik kul 2 pagi..dan adakalanya tak balik langsung!!.

Maaf ya, aku pun suruh anak dara aku buat keje umah, basuh kain dan lipat segala..tapi anak ku itu perempuan. Sementelah itu ku beri sedikit upah sebagai ganjaran tapi syuk??.  Seperti mana MIL tak setuju aku pun begitu. Tak manis seorang remaja lelaki menguruskan rumah tangga,  apatah lagi menyidai sepnder bra segala??..wajarkah tu. Upah?? jgn kau mimpi.

Pernah aku utarakan cadangan pada biras aku..ambil jer maid, ataupun beri upah pada anak2 nya tpi dgn bongkaknya dia kata anak2nya mendengar kata, tak perlu beri apa2..makan pakai yg mereka beri dah cukup. Defensivenya si ibu..no wonderlah masalah umahtangga tak selesai2 sampai saat ini, bila abang SP hanya berdiam diri tak berkata2..mgkin malas nak amik port.

Justeru, bila MIL melihat keadaan tak terurus cucu2nya, anak lelakinya..pasti tak salah kalau dia sendiri bicara anak lelaki patut mencari isteri lain!!.  Kerjaya tinggi mana pun, pangkat tinggi mana pun..tanggungjwb kita sebagai isteri sebagai ibu harus kita buat bukan? takkan urusan sekolah anak2 suma laki nak buat?.  Takkan tiap kali sesi persekolahan or cuti sekolah anak2 tak pernah amik port?..kemonlah, anak dah 5 suma sekolah..bila nak tau bila cuti sekolah, bila nak masuk sekolah telefon aku tanya??

Sbb itu aku dgn SP mmg salu jer rasa sgt simpati dgn Syuk. Sbb kami tau, kami kenal syuk dari dia kecik sampai skg.  Bila ibunya sendiri memilih kasih dan tak amik port pasal dia, takkan kami pejam mata?.  Pasti timbul rasa tak puas hati dan simpati kan. Tapi tiap kali kita cuba terangkan pada si ibu..dia tak pernah terima tak pernah mengaku selama ini dia mmg nampak sgt pilih kasih.


Aku tak bole paham kenapa seorang ibu tak boleh jalankan separuh dari tanggungjwb nya..kalau pun tak bole sepenuhnya..separuh pun tak pe..tpi ni takde langsung..makan pakai laki, anak2 tak pernah amik port...sedara mara sebelah suami tak amik port apatah lagi ibu mertua sendiri.  MIL mmg diam tpi sekali dia bicara mmg terhiris ke hati..aku biasa sgt pasal tu. Tapi kalau kita tau dia nak dtang at least buat la apa patut kan..bukan biarkan rumah macam kapal pecah sampai tikus mati dalam rumah pun bole buat dhek?

Nak kata dapat untung juta2 ..tak nampak pun? yg aku tau lakinya yg gigih keje, bela anak2..uruskan anak2 sekolah...walaupun kontraktor kecil2 lan masih lagi survive keluarga tu. Aku sendiri pun tak paham apa kerja , apa bisnes biras aku tu buat..

Aku sound baik dan direct jer masa dia kata syuk tak buat sungguh2.  Sebagai ibu aku kata u patut bangga sbb selama ni syuk sorang buat segala keje umah yg sepatutnya u buat..so kalau keputusan dia tak secemerlang yg u expected, u should take the blame..trus dia diam gaknya terasa ke panas hati ke..lantak ler .

Aku sikit tak salahkan MIL kalau dia balik kg nanti bercerita pasal biras aku tu kat sedara mara dia yg lain.  Aku sendiri pun tak kesah kalau ada benda tak kena yg dia nak canang kat org lain...sbb aku dah buat sebaik mungkin xmengurus rumah tangga, anak2 dan bekerja...tapi kalau tang biras aku tu..aku rasa seluruh adik beradik SP akan setuju kalaulah abg mereka tu nak carik bini lain!.

Tak guna mengaji berjuzuk2 Alquran, Solat sunat tak berhenti2..Tapi tak tau apa erti sebenar, segala suruhan dalam Al Quran tu kan?. Bukan kan dalam Al Quran dijelaskan dgn terang tentang tanggungjwab pada suami, keluarga, rumah tangga dan segalanya? Untuk apa khatam Quran berpuluh kali sedangkan ko sendiri tidak diredhai oleh suami?.. amalan akhirat kita mmg tak bole diabaikan tapi  haruslah seiring dgn kehidupan di dunia juga..dunia kita mau, akhirat pun kita mau..semua harus seimbang bukan?.

Gitulah adanya..aku tak kata aku ibu yg sempurna, isteri yg sempurna tapi aku sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.  Sentiasa berfikiran terbuka menerima teguram, nasihat dan apa jua yg baik sebagai cara memuhasabah diri...sentiasa cuba menghargai keluarga,anak2 dan seluruh sedara mara supaya menjadi org yg disenangi....sayu hati aku bila syuk kata untungnya Kakak nak dapat hadiah handphone baru..sedangkan dia tak dapat apa2 malah dapat kemarahan je!.

Wallah'alam..semoga kita sama2 amik iktibar dan pedoman dari cerita yg aku kongsi tu kan...

December 12, 2012

Lama Gila...

Lama gila tak masuk ke blog. Smpai password leh lupa gitu..hish hish.  Dah sebulan lebih aku keje kat tmpat baru, gile kentang pnya bz tak sempat nak bersosial sgt mcm dulu2.  Balik umah dah penat, tak kuasa nk pegang hatta menatap komputer lagi walaupun kat sebelah katil je.  Kalau dah malas tu..Apaa pun tak bleh....

Bulan Nov 23 hb juga merupakan anniversary perkahwinan kami ke 16.  Tiada apa yg ku harapkan semoga rumahtangga kami akan diberkati dan berkekalan hingga akhir hayat mudah2an.  Hidup dalam harmoni dan sederhana dan sentiasa dirahmati..itu jer lah doa dan harapan aku.  Takde celebration apa2 setakat makan kat Secret Recipe jer la...

Dah sebulan lebih kat tmpat baru, Alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri.  Org yg sombong aku buat dhek dan taktau jer. Tapi yg ramah tamah tu semua menjadi kawan aku.  Skg ni aku tak yah nak risau kalu time lunch tu ada jer yg ngajak.  Tapi aku tetap bersama Lina -bdak baru juga yg sama2 masuk kat sini dgn aku ari tu. Most of the time mmg kami berdua jer, dan ramai jgak yg salu join kami makan sama.

Pendek kata aku dgn Lina get long dgn mudah. Mungkin sbb umur sebaya, mgkin sbb kami sama2 org baru..dan mungkin juga kami ikhlas. Tidak ada dengki dan busuk hati..Aku bole menerima dia seadanya begitu juga dgn dia. Sampai org sangka mmg kami kenal masa kat luar lagi. Padahal baru seblan setengah ni la aku dan dia kenal. Bezanya dia kat seblah west wing office under Asia Pacific Region Operation sedangkan aku kat belah east, Malaysia operation. 

Keje aku mcm biasa lah. Cuma aku kena terima hakikat dapat bos muda. Yg adrenalinnya cepat naik dan agak berkira dalam hal2 membabitkan kos..bear with it, typical cina man kan.  Biasalah org muda agak gelojoh and over excited sikit nak buat keje or kalau nak tanya benda2.  Other than that, ada engineer2 lain yg mmg sentiasa sedia membantu.  Sejak keje sini gak aku praktiskan diri untuk minum fresh milk setiap hari..alah, company dah sponsor kan hentam saja..aftrall bagus tuk kesihatan apa ..tak gitu?. Jadi instead of teh tarik susu manis hehari mcm dulu..now teh tarik with fresh milk..healthy gitu...

Kat sini aku terpaksa biasakan diri buat keje guna laptop sbb mmg takde desktop.  Memula tu terkial2 jgak lah..masuk mggu kedua ok dah..no hal.

Cuti sekolah ni jugaklah Amal bersunat.  Aku yg baru keje mmg takdapat nak bercuti, jadik ayahnnya lah yg terpaksa bercuti selama 2 minggu menjaga dia. Masa sunat mmg tak nangis langsung tapi masa cuci satu klinik dgr jeritan tangis dia..Masa berpantang bukan main lasak lagi.  Asik merengek ajak keluar ke JJ. Lepas 4-5 hari tak tahan sgt gaknya ajak jugak ke sana, pakai suar tapi terpksa letak tudung saji kecik comel kat dalam suar..kelakar je.

Masa SP cuti dua minggu tu gak aku terpaksa balik naek komuter. Sabar, Allah jer yg tau betapa siksanya. Aku tabik kat org yg sanggup berulang alik setiap hari bertahun tahun dgn komuter yg perkhidmatan mcm hampes..ada sekali tu aku terpaksa tunggu 3 jam sbb ada masalah train. Almost dua minggu tu gak aku sampai rumah lebih kul 9 mlm. Terpaksa sain kontrak kat kedai makan malam sbb tak dan.  Pepagi pulak aku terpaksa bangun awal sbb nak memasak dan tinggalkan lauk pauk kat mereka2 kat umah tu.  Ada sekali tu aku tak sempat masak, kesian anak2 mengadu kelaparan...tak smpai hati aku dgr.

Masa amal bersunat tu gak, akak aku datang dari kg dgn anknya lepak seminggu kat umah.  Sementelah cuti deepavali dan awal muharam berselang aku dgn dia pi jenjalan ke kl tinggalkan bdak yg bersunat tu kat umah. Sampai ke KWC kami merayap. Indah kabar dari rupa, idakla murah mana pun kat sana. Pulak tu nak tercabut kaki menapak dari stesen hang tuah ke sana,..tudung pun x berapa menarik pun..Aku langsung tak beli apa kat sana..kami pi bertiga dgn anak dara aku tu..alih2 si kakak yg borong beg dan baju.

Lepas KWC yg ntah hape2..lif pulak sgt menyeramkan tu..ish tak mau lagi la aku pi sana..nak solat kat level 17, pastu lif nya bergerak macam nak jatuh. Imagine kalau jatuh mati katak le kami bertiga u olls.. ssudahnya ke jalan TAR dan masjid india juga kami lepas tu..byk pulak aku borong tdung kat situ..at least..

Awal december gak kami balik ke Keluang, umah kakak SP untuk majlis pernikahan dan kenduri anaknya. Since takde cuti, kami bergerak dari kl pada jumaat malam. Imajin travel malam2 buta kat area kluang yg penuh berkabus tebal mcm cerita hantu omputih tu..hisshs ingat2 balik seram gile. Mana tak at satu lokasi mujur SP drive pelan sbb berkabus ttba melintas sekeluarga khinzi u olls, anak beranak..Mujur tak terlanggar...kalau tak satu keje menyamak ..padanlah ada tanda hati2 haiwan melintas, idak pulak dinyatakan apa haiwan rupanya......

Majlis berlangsung meriah tapi kami terpaksa balik kl ahad petang tu..MIL yg mmg menanti kat sana ikut kami sekali..sampai la hari ni masih ada kat umah.  Ada 3 org anak dia kat KL ni tapi dia tetap nak berlama2 kat rumah aku . Tu satu penghormatan mgkin sbb SP rajin melayan or aku ni tak banyak songeh dan byk ckp mcm yg lelain?..entahlah, kalu dia nak duduk berapa lama pun terpulang kepada dia..afterall umah anak dia juga kan..Aku malas nak memikirkan sgt kedatangan dia .  Yg bestnya sejak dia ada, balik umah jer makanan2 suma dah tersiap. Best apa ..hehe.

Dah lama sgt kami tak bercuti tahun ni..sbb kakak bz dgn periksa pastu aku dapat keje baru dan tak bole nak cuti. Jadi buat pertama kalinya weekend ni kami akan bercuti ke Cherating, of kos bersama MIL sekali kan.  Tak kisahlah terpaksa amik extra room janji dia rasa selesa, ada lah jugak kami bawak dia berjalan2 kan...mmg charge kat Ccard aku kan tapi SP bagi duit dia untuk bayar balik..ok pe...

Facebook pun aku jarang dapat online skg..kalau ada pun aku curi2 la tu.  Nk online selalu bz dan tak sesuai sgt..cubicle aku seblah boss dan aku share satu cubicle dgn sorang engineer..sbb tu nak gossip on the phone dan fb mmg jarang2 dapt peluang..ni pun sbb bos takde..hikhik..

Pejam celik dah nak abes taun kan..mereka2 kat sini excited menunggu bonus sbelulm xmas ni..aku? menempel bonus SP cukuplah..tahniah pada mereka..dan pada staff gomen jugak...enjoy wisely ya..





November 9, 2012

Seminggu Sudah

Assalamualaikum, semoga korang semua baik2 belaka. Aku Alhamdulillah. Sedar tak sedar sekejap jer dah seminggu aku kat tmpat baru ni. Masih baru, masih hijau dan masih banyk perkara nak kena belajar nk catch up. Sementelah byk aku x leh access lagi , mcm kat server and work folder aku buat training online yg bukan main banyak tu. Alhamdulillah, dah abes pun. Banyak masa terluang aku browse company products, tgk gambar camne rupanya products kat sini. Hampir2 byk kesamaan dgn co lama tu Cuma of course label dan jenama yg beza kan.



Bole dikatakan hehari nak pergi keje aku bangun dgn mudah dan penuh semangat. Fikiran yg tenang, hati yg senang sbb tak perlu nak memikir pasal jenab tak perlu nak risau ngadap muka jenab..dan sakit hati dgn perangainya. Semuanya smooth and peace jer bagi aku sekarang. Less stress less hassle dan hidup dgn tenteram tak macam dulu masa kat company lama.



Itulah hikmah atas semuanya. Betapa bila kita sabar dan redha insyaAllah ada ganjarannya. Kat tmpat baru aku ni sbb co ni sgt besar dgn staff hampir dua ratus org jadi mcm2 org kita akan jumpe. Mcm2 bangsa, mcm2 perangai. Tapi since aku freshies dan baru kat sini aku buat bodo buat tatau . Ramai jugak yg ramah dah tidak sombong nak bertegur sapa dan berkenalan, tetapi ada jugak yg set2 sombong nak mampus tahap dewa. Yg ada berlagak sbb dah lama keje kat sini. Ye, most of them keje sini more that 5 years dah…ramai dah more 10 years pun termasuk bos aku. Bos aku org nya muda, kacak lagi tu. Berbangsa cina tapi sangat fasih berbahasa melayu. AKu dgr dia bermula keje kat sini sebaik lepas abes belajar sampai sekarang dia jadi business unit manager. Products kat department aku might 10x lagi banyak kot dari tmpat lama. Tapi tak pe, benda baru, more instresting kan. Yg penting semangat tu.



Melihat dari hari pertama aku orientasi dgn induction training, aku dah nampak hala tuju kat company ni. Semua tersusun teratur dan bersistematik. Bukan caca marba kat tmpat lama tu..kat sini suma follow the procedure. Takde diskriminasi sbb benda tu tercatat dalam policy dan bole diambil tindakan. Jadi org perangai cam jenab tu harap maklum tidak ada dalam list kat sini. Bab hasut menghasut, hina menghina, kutuk mengutuk suma tercatat jelas dalam company policy. Takde perbezaan agama, kaum maupun warna kulit. Semua akan dilayan sama rata..seadilnya.



Hari pertama kat sini kami dah dibawak rounding. Masa tu aku dah tau surau kat mana, tapi bila aku dah stat duduk kat workstation aku, bos aku dgn sendiri tunjuk kat aku kat mana bilik solat!!. Syukran, tak terhingga. Kat tmpat lama merempat merata nak solat kan, kat sini Alhamdulillah suma senang. Bahkan tiap toilet ada disedikan bilik air untuk tukar pakaian dan mandi.



Kat pantry pulak, segala hantu refreshment ada. Ckap jer. Peti ais sentiasa penuh dgn soft drink dan fresh milk. Sapa2 pun bole amik tanpa halangan. Dulu kat tmpat lama jenab berkira sgt..soft drink suma tuk mat saleh jer…(walaupun aku jarang or tak penah amik pun). Biskut pun jenab berkira sgt....kat sini?? Biskut pulak bermacam2 jenis..kita pilih jer apa nak. Sentiasa balang2 tu suma penuh.



Kopi, teh, milo segala hantu minuman suma pun ada. Peti ais pun besar siap ada ice cube kalau nak. Berbanding kat tmpat lama ya Allah, kat sini 100x lebih baik cara syarikat melayan semua pekerja dgn segala kemudahan. Pantry lengkap dgn beberapa dining table. Duduk aja kat situ makan…takde org nak marah.



Sebelah pantry pulak ada bilik release stress. Ada PS 2, dart games, snooker dan macam2 lagi..siap ada tv besar untuk bersantai. Jujurnya aku tak pernah merasa ini semua kat mana2 company yg aku dah keje sejak berbelas tahun yg lepas. Jadik agak mcm jakun hahaha. Aku pernah dgr ada kwn2 aku kat syarikat besar oil and gas cerita betapa bagusnya co dorang treat the staff . Selama ni aku dgr nya, now aku sendiri dapat merasa keadaan itu..justeru, aku bersyukur sgt2 tak terhingga dari berkat dan limpahan rezeki Allah pada aku.



Department aku pulak tak berapa ramai..ada la dalam 10 org tapi tak semua mereka salu ada kat office. Selalu mereka ada keje di pelantar minyak yg ada sedang berkursus kat US/ UK ataupun Abu Dhabi. Cuma aku dan sorang application engineer jer pempuan kat sini..yg lain suma lelaki..which way better dan aku suka sbb tak byk mulut or cerita.



Waktu lunch pulak kat sini satu jam. Padanlah dalam offer letter tak mentioned pukul bape lunch time. Kalau kita kuar kul 12 kita kena balik kul 1 yg penting 1 jam…tak kisah kita nak kuar pukul berapa. Flexible sungguh. Kalau jenab dulu berkira mcm org gile. Tapi bab dia balik lunch lewat tak pe..org lain suma tak bole dasar kuku besi kan.



Tiap2 workstation ada telephone canggih yg lengkap dgn msg. Jadi kalau kita tak de kat tmpat akan ada msg keluar blinking2 so that kita tau ada missed call or msg. Sbb itu dorang kat sini bole kuar breakfast suka hati pukul berapa..balik lunch kul berapa. Apa2 ada jer phone yg kita leh tgk ada msg ke dak..Bukan mcm kat tmpat lama kan..aku kena jadi operator angkat telefon bagai..sini tak payah, mmg byk sgt senangnya!!.



Semalam meena kol aku, wah bkan main dia mengadu domba, meroyan segala. Terutama kat si jenab. Berbakul2 caci dan maki dia pada jenab dan dia merungut2 sbb byk keje , byk sgt benda nak kena buat tapi gaji ciput katanya..(padahal masa dia transfer kat dept lama aku tu dapat increment). Tau jer la meena tu. Bekira sgt2 pasal keje tak mcm aku dulu..byk ke sikit ke…buat jer tanpa byk soal..dia?? sampai luar dalam dimakinya..itu lah beza antara aku dgn dia..aku tak berkira..dlam suma perkara, dia? Sgtlah kedekut lagi berkira bukan je dari segi kerja, tenaga apatah lagi wang ringgit u olls. Hehari katanya dia meroyan kat jenab kata banyak keje blab la bla. Bole pulak mintak tolong aku carikkan dia keje..pelisss.



Usahala sendiri, carik kat tenet ke hape. AKu pun dulu berates application aku antara, tak henti2 usaha mencarik. Tak henti usaha doa. Akhirnya dgn izin Allah dapat gak. Ni harap org nak carikkan, nak rekemen kan..tidak sama sekali…pandai2 la ko nak idup kan.



Dan aku sengaja biar dia sakit hati…aku kata gaji aku lebih byk lagi dari kat sana..dgn cuti tahun lagi bnyak dari sana…ada kemudahan gym freee..(ye u olls building ni ada gym, leh masuk percumaaaa!!). Aku sengaja racun lebih2..kata how good this company..tak mcm sana..mcm hampeh…tak pro kat sini mmg heybaaad..which aku over2 la cerita..sajaaa kasik panas…menambah sakit hati dia lagi, aku kata gaji aku 3x ganda gaji dia,,.wakakaka, padahal tak de pun u olls..aku dapat lebih bebrapa ratus jer dari tmpat lama..ALhamdullillah la kan. Org lain takde peluang mcm aku..dapat duit compensation,dapat keje baru..gaji lebih company bagus..besar, tapi aku dapat…aku bersyukur sgt..tu lah rezeki namanya.



Ya cuti tahunan aku kat sini 18 hari…probation 3 bulan jer..insya Allah by Feb kalau aku confirmed leh amik cuti dah..walaupun dental ada sikit jer 400rm setahun..takde optical…tapi tak kesah, sbb medical NO LIMIT..belasah la sebanyak mana kita nak. Nak pi klinik? Guna jer kad insurans ING swipe jer, tak payah bayar…tak payah susah2 nak kuar duit nak bawak anak2 g klinik kalau sakit…pi jer beribu panel ING bole je dapat rawatan..kat sg besar ada.,kat BP Pun ada…



Jadi apa lagi yg aku nak?? Syukurlah semuanya dah ada disini..Dan aku berdoa dan berharap agar aku akan kekal disini smpai pencen…biarlah ini menjadi pekerjaan terakhir aku sampai tua..ada staf development program yg takde limit kita bole dapat. If kita bagus in 2 years with good performance company will willingly to sponsor for study sampai peringkat paling tinggi. Peluang meningkatkan kerjaya kat sini sentiasa terbuka luas..ramai dah yg dapat. Dari clerk biasa sampai jadi regional administrator…



Yg paling aku suka sgt kat sini ramai melayu…ramai beragama Islam..jadi semua pasti mudah kalau bab2 solat kan..bukan macam kat tmpat lama tu….tak kesah langsung terutama si jenab tu..



Mlam tadi gak kak N (co dia supply car rental kat off lama) telefon aku dan lama sgt kami borak2. Katanya jenab tgh gelabah skg cari org nak jadi admin..nak buat invoicing..so kak n perli la..meena ka nada??..katanya meena tak leh cope, sbb byk sgt..eleh, bukan tak leh cope sbb byk komplen sgt kan, jenab pun pening…jenab cam terasa dah skg ketiadaan aku..dulu masa aku ada invoicing , payment suma tip top..now suma tersangkut..wahaha padan muka depa u olls. Now baru tau langit tinggi ke rendah kan..rasaain lorh. Kak n ketawakan je si jenab ..baru tau eh…



Kat sini nak makan pun senang, kat tabung haji ada, ampang park ada…kat foodcourt pun ada. Cuma kalau ke ampang park tu , tak kuat iman abesss…terjebak suma sbb suma ada..mak bapak jer takde jual, u name it, u got it..



Dan, aku berpeluang dan bole nak sambung amalan bersolat dhuha kat sini u olls..sbb senang sgt ..mudah sgt. Tak lama mana pun kan..mudah2an dgn amalan aku tu rezeki aku sentiasa murah, kesihatan aku sentiasa baik dan aku sentiasa diberi kesenangan hati dan akal fikiran kan, Insya Allah..



Tu je lah, yg aku nak kongsi dgn u olls..walaupun FB dan sewaktu dgnnya x leh masuk, aku masih jer bole masuk blog. Cumanya tak leh la masuk selalu kan..time2 lunch gini bole la..ataupun time2 lepas kul 5 tu baru ok..



Oh, office hour kami kul 8-5, tapi aku salu balik lewat, maklum sp pun kul 545 baru kuar office. Lepas solat asar dalam 530 baru aku jalan terkedek2 ke ampang park tu tunggu SP..tpi yg pasti skg kami salu sampai umah awal. Kul 630 or 645 dah sampai..Kakak pulak mmg dah stat cuti sek dari awal November hari tu, so bdak2 mmg tak pi bby sitter, suma balik ke rumah jer. Keje umah pun beres, umah pun bersih dan tip top..sbb aku suruh kakak uruskan dan byar gaji kat dia jer..dia pun happy…how much aku bagi??..sbb baby sitter tak bayar (RM450) aku suruh sp beri kat kaka separuh dari amount tu sebagai gaji..RM250..happy giler minah tu…Disamping jaga umah, dia juga masak tuk adik2nya., . Mmg dia boleeh la bab masak2 ni…well tgk la sapa sifunya kan..



Takat masak nasik buat lauk simple, goring kewtiaw, buat spaghetti bole jer..dia pun dah pandai buat sambal tumis..ada aku cuba rasa ari tu…not too bad..kadang2 siap buat pancake lagi tu.



So, aku gembira sungguh dgn semua ni..dgn apa yg dah berlaku..semua berjalan dgn lancar..semoga segalanya Allah beri kemudahan kan..Cuma aku agak debar sikit ni sbb selasa depan si Amal nak bersunat…since aku baru keje mana leh cuti, SP akan cuti 2 minggu tuk jaga dia..tu lagi satu aku risau maklum amal…manja terlebih kan…tapi harap2 semuanya baik2 jer..



Ok u olls, selamat berhujung minggu ya. Aku nak balik rehat2 ke kg ku di sgbesar..lgpun ada jemputan kawin sabtu dan ahad..till next time..daaaaaaaaaaaaa












Assalamualaikum, semoga korang semua baik2 belaka. Aku Alhamdulillah. Sedar tak sedar sekejap jer dah seminggu aku kat tmpat baru ni. Masih baru, masih hijau dan masih banyk perkara nak kena belajar nk catch up. Sementelah byk aku x leh access lagi , mcm kat server and work folder aku buat training online yg bukan main banyak tu. Alhamdulillah, dah abes pun. Banyak masa terluang aku browse company products, tgk gambar camne rupanya products kat sini. Hampir2 byk kesamaan dgn co lama tu Cuma of course label dan jenama yg beza kan.



Bole dikatakan hehari nak pergi keje aku bangun dgn mudah dan penuh semangat. Fikiran yg tenang, hati yg senang sbb tak perlu nak memikir pasal jenab tak perlu nak risau ngadap muka jenab..dan sakit hati dgn perangainya. Semuanya smooth and peace jer bagi aku sekarang. Less stress less hassle dan hidup dgn tenteram tak macam dulu masa kat company lama.



Itulah hikmah atas semuanya. Betapa bila kita sabar dan redha insyaAllah ada ganjarannya. Kat tmpat baru aku ni sbb co ni sgt besar dgn staff hampir dua ratus org jadi mcm2 org kita akan jumpe. Mcm2 bangsa, mcm2 perangai. Tapi since aku freshies dan baru kat sini aku buat bodo buat tatau . Ramai jugak yg ramah dah tidak sombong nak bertegur sapa dan berkenalan, tetapi ada jugak yg set2 sombong nak mampus tahap dewa. Yg ada berlagak sbb dah lama keje kat sini. Ye, most of them keje sini more that 5 years dah…ramai dah more 10 years pun termasuk bos aku. Bos aku org nya muda, kacak lagi tu. Berbangsa cina tapi sangat fasih berbahasa melayu. AKu dgr dia bermula keje kat sini sebaik lepas abes belajar sampai sekarang dia jadi business unit manager. Products kat department aku might 10x lagi banyak kot dari tmpat lama. Tapi tak pe, benda baru, more instresting kan. Yg penting semangat tu.



Melihat dari hari pertama aku orientasi dgn induction training, aku dah Nampak hala tuju kat company ni. Semua tersusun teratur dan bersistematik. Bukan caca marba kat tmpat lama tu..kat sini suma follow the procedure. Takde diskriminasi sbb benda tu tercatat dalam policy dan bole diambil tindakan. Jadi org perangai cam jenab tu harap maklum tidak ada dalam list kat sini. Bab hasut menghasut, hina menghina, kutuk mengutuk suma tercatat jelas dalam company policy. Takde perbezaan agama, kaum maupun warna kulit. Semua akan dilayan sama rata..seadilnya.



Hari pertama kat sini kami dah dibawak rounding. Masa tu aku dah tau surau kat mana, tapi bila aku dah stat duduk kat workstation aku, bos aku dgn sendiri tunjuk kat aku kat mana bilik solat!!. Syukran, tak terhingga. Kat tmpat lama merempat merata nak solat kan, kat sini Alhamdulillah suma senang. Bahkan tiap toilet ada disedikan bilik air untuk tukar pakaian dan mandi.



Kat pantry pulak, segala hantu refreshment ada. Ckap jer. Peti ais sentiasa penuh dgn soft drink dan fresh milk. Sapa2 pun bole amik tanpa halangan. Dulu kat tmpat lama jenab berkira sgt..soft drink suma tuk mat saleh jer…(walaupun aku jarang or tak penah amik pun). Biskut pulak bermacam2 jenis..kita pilih jer apa nak. Sentiasa balang2 tu suma penuh.



Kopi, teh, milo segala hantu minuman suma pun ada. Peti ais pun besar siap ada ice cube kalau nak. Berbanding kat tmpat lama ya Allah, kat sini 100x lebih baik cara syarikat melayan semua pekerja dgn segala kemudahan. Pantry lengkap dgn beberapa dining table. Duduk aja kat situ makan…takde org nak marah.



Sebelah pantry pulak ada bilik release stress. Ada PS 2, dart games, snooker dan macam2 lagi..siap ada tv besar untuk bersantai. Jujurnya aku tak pernah merasa ini semua kat mana2 company yg aku dah keje sejak berbelas tahun yg lepas. Jadik agak mcm jakun hahaha. AKu pernah dgr ada kwn2 aku kat syarikat besar oil and gas cerita betapa bagusnya co dorang treat the staff . Selama ni aku dgr nya, now aku sendiri dapat merasa keadaan itu..justeru, aku bersyukur sgt2 tak terhingga dari berkat dan limpahan rezeki Allah pada aku.



Department aku pulak tak berapa ramai..ada la dalam 10 org tapi tak semua mereka salu ada kat office. Selalu mereka ada keje di pelantar minyak yg ada sedang berkursus kat US/ UK ataupun Abu Dhabi. Cuma aku dan sorang application engineer jer pempuan kat sini..yg lain suma lelaki..which way better dan aku suka sbb tak byk mulut or cerita.



Waktu lunch pulak kat sini satu jam. Padanlah dalam offer letter tak mentioned pukul bape lunch time. Kalau kita kuar kul 12 kita kena balik kul 1 yg penting 1 jam…tak kisah kita nak kuar pukul berapa. Flexible sungguh. Kalau jenab dulu berkira mcm org gile. Tapi bab dia balik lunch lewat tak pe..org lain suma tak bole dasar kuku besi kan.



Tiap2 workstation ada telephone canggih yg lengkap dgn msg. Jadi kalau kita tak de kat tmpat akan ada msg keluar blinking2 so that kita tau ada missed call or msg. Sbb itu dorang kat sini bole kuar breakfast suka hati pukul berapa..balik lunch kul berapa. Apa2 ada jer phone yg kita leh tgk ada msg ke dak..Bukan mcm kat tmpat lama kan..aku kena jadi operator angkat telefon bagai..sini tak payah, mmg byk sgt senangnya!!.



Semalam meena kol aku, wah bkan main dia mengadu domba, meroyan segala. Terutama kat si jenab. Berbakul2 caci dan maki dia pada jenab dan dia merungut2 sbb byk keje , byk sgt benda nak kena buat tapi gaji ciput katanya..(padahal masa dia transfer kat dept lama aku tu dapat increment). Tau jer la meena tu. Bekira sgt2 pasal keje tak mcm aku dulu..byk ke sikit ke…buat jer tanpa byk soal..dia?? sampai luar dalam dimakinya..itu lah beza antara aku dgn dia..aku tak berkira..dlam suma perkara, dia? Sgtlah kedekut lagi berkira bukan je dari segi kerja, tenaga apatah lagi wang ringgit u olls. Hehari katanya dia meroyan kat jenab kata banyak keje blab la bla. Bole pulak mintak tolong aku carikkan dia keje..pelisss.



Usahala sendiri, carik kat tenet ke hape. AKu pun dulu berates application aku antara, tak henti2 usaha mencarik. Tak henti usaha doa. Akhirnya dgn izin Allah dapat gak. Ni harap org nak carikkan, nak rekemen kan..tidak sama sekali…pandai2 la ko nak idup kan.



Dan aku sengaja biar dia sakit hati…aku kata gaji aku lebih byk lagi dari kat sana..dgn cuti tahun lagi bnyak dari sana…ada kemudahan gym freee..(ye u olls building ni ada gym, leh masuk percumaaaa!!). Aku sengaja racun lebih2..kata how good this company..tak mcm sana..mcm hampeh…tak pro kat sini mmg heybaaad..which aku over2 la cerita..sajaaa kasik panas…menambah sakit hati dia lagi, aku kata gaji aku 3x ganda gaji dia,,.wakakaka, padahal tak de pun u olls..aku dapat lebih bebrapa ratus jer dari tmpat lama..ALhamdullillah la kan. Org lain takde peluang mcm aku..dapat duit compensation,dapat keje baru..gaji lebih company bagus..besar, tapi aku dapat…aku bersyukur sgt..tu lah rezeki namanya.



Ya cuti tahunan aku kat sini 18 hari…probation 3 bulan jer..insya Allah by Feb kalau aku confirmed leh amik cuti dah..walaupun dental ada sikit jer 400rm setahun..takde optical…tapi tak kesah, sbb medical NO LIMIT..belasah la sebanyak mana kita nak. Nak pi klinik? Guna jer kad insurans ING swipe jer, tak payah bayar…tak payah susah2 nak kuar duit nak bawak anak2 g klinik kalau sakit…pi jer beribu panel ING bole je dapat rawatan..kat sg besar ada.,kat BP Pun ada…



Jadi apa lagi yg aku nak?? Syukurlah semuanya dah ada disini..Dan aku berdoa dan berharap agar aku akan kekal disini smpai pencen…biarlah ini menjadi pekerjaan terakhir aku sampai tua..ada staf development program yg takde limit kita bole dapat. If kita bagus in 2 years with good performance company will willingly to sponsor for study sampai peringkat paling tinggi. Peluang meningkatkan kerjaya kat sini sentiasa terbuka luas..ramai dah yg dapat. Dari clerk biasa sampai jadi regional administrator…



Yg paling aku suka sgt kat sini ramai melayu…ramai beragama Islam..jadi semua pasti mudah kalau bab2 solat kan..bukan macam kat tmpat lama tu….tak kesah langsung terutama si jenab tu..



Mlam tadi gak kak N (co dia supply car rental kat off lama) telefon aku dan lama sgt kami borak2. Katanya jenab tgh gelabah skg cari org nak jadi admin..nak buat invoicing..so kak n perli la..meena ka nada??..katanya meena tak leh cope, sbb byk sgt..eleh, bukan tak leh cope sbb byk komplen sgt kan, jenab pun pening…jenab cam terasa dah skg ketiadaan aku..dulu masa aku ada invoicing , payment suma tip top..now suma tersangkut..wahaha padan muka depa u olls. Now baru tau langit tinggi ke rendah kan..rasaain lorh. Kak n ketawakan je si jenab ..baru tau eh…



Kat sini nak makan pun senang, kat tabung haji ada, ampang park ada…kat foodcourt pun ada. Cuma kalau ke ampang park tu , tak kuat iman abesss…terjebak suma sbb suma ada..mak bapak jer takde jual, u name it, u got it..



Dan, aku berpeluang dan bole nak sambung amalan bersolat dhuha kat sini u olls..sbb senang sgt ..mudah sgt. Tak lama mana pun kan..mudah2an dgn amalan aku tu rezeki aku sentiasa murah, kesihatan aku sentiasa baik dan aku sentiasa diberi kesenangan hati dan akal fikiran kan, Insya Allah..



Tu je lah, yg aku nak kongsi dgn u olls..walaupun FB dan sewaktu dgnnya x leh masuk, aku masih jer bole masuk blog. Cumanya tak leh la masuk selalu kan..time2 lunch gini bole la..ataupun time2 lepas kul 5 tu baru ok..



Oh, office hour kami kul 8-5, tapi aku salu balik lewat, maklum sp pun kul 545 baru kuar office. Lepas solat asar dalam 530 baru aku jalan terkedek2 ke ampang park tu tunggu SP..tpi yg pasti skg kami salu sampai umah awal. Kul 630 or 645 dah sampai..Kakak pulak mmg dah stat cuti sek dari awal November hari tu, so bdak2 mmg tak pi bby sitter, suma balik ke rumah jer. Keje umah pun beres, umah pun bersih dan tip top..sbb aku suruh kakak uruskan dan byar gaji kat dia jer..dia pun happy…how much aku bagi??..sbb baby sitter tak bayar (RM450) aku suruh sp beri kat kaka separuh dari amount tu sebagai gaji..RM250..happy giler minah tu…Disamping jaga umah, dia juga masak tuk adik2nya., . Mmg dia boleeh la bab masak2 ni…well tgk la sapa sifunya kan..



Takat masak nasik buat lauk simple, goring kewtiaw, buat spaghetti bole jer..dia pun dah pandai buat sambal tumis..ada aku cuba rasa ari tu…not too bad..kadang2 siap buat pancake lagi tu.



So, aku gembira sungguh dgn semua ni..dgn apa yg dah berlaku..semua berjalan dgn lancar..semoga segalanya Allah beri kemudahan kan..Cuma aku agak debar sikit ni sbb selasa depan si Amal nak bersunat…since aku baru keje mana leh cuti, SP akan cuti 2 minggu tuk jaga dia..tu lagi satu aku risau maklum amal…manja terlebih kan…tapi harap2 semuanya baik2 jer..



Ok u olls, selamat berhujung minggu ya. Aku nak balik rehat2 ke kg ku di sgbesar..lgpun ada jemputan kawin sabtu dan ahad..till next time..daaaaaaaaaaaaa






















November 5, 2012

Hikmah dan Berkat Kesabaran

Hari ni 5hb Nov, hari pertama aku melapor diri bertugas kat company baru.  Jauh sikit dari company lama, kat sebelah menara tabung haji..lebih tepat lagi kat jalan tun razak.

First day, ada introduction training which whole day.  Ada dalam 5 orang yg join sama dgn aku hari ni.  Manakala 7 orang lagi join dari bulan Oktober hari tu so dorang buat induction training sekali dalam same classroom.  Like i said oil and gas ni sgt kecil pusing2 kat situ jugak. Mmg akan jumpa org yg kita kenal. True enuff ramai yg aku kenal gitu!!.

Dalam risau nak start work on first day, nak makan kat mana, nak solat kat mana semuanya smooth jer.  Makanan dari pagi sampai ke lunch sampai ke tea break disediakan..senang jer tak yah keluar2 pun.  Bila ada sessi rounding dan berkenalan serata office, ditunjukkan surau yg masya Allah, amat selesa bersih siap dgn bilik air utk mandi..yg paling best beberapa langkah jer dari cubicle workstation aku..Alhamdulillah, syukur aku pada rahmat Allah menyenangkan dan memurahkan segala rezeki aku kat tmpat baru ni.

Bayangkan selama 5.6 tahun masa kat company lama aku merempat solat merata2 sana sini, tapi belum pernah sekali pun aku tertinggal solat. Syukur kan walaupun segala dugaan dan aku sabar, redha dan berdoa moga2 satu hari nanti aku diberi kemudahan nak bersolat..Nah, sekarang Allah beri rezeki melimpah ruah dan mudah segalanya bagi aku..apa lagi aku nak kata selain mengucap syukur berulang2 kali dalam hati. Allah maha mengetahui dan memakbulkan segala doa aku...

Betapa selama ni mcm2 dah berlaku, macam dugaan aku tempuhi rupanya Allah nak beri kemudahan dan rahmatnya pada ku..ramai kawan2 bertanya, murah nya rezeki ko. Duit pampasan dapat, keja baru dapat, tempat terbaek dgn gaji lebih dari hari tu apa rashianya??...sebenarnya rashianya ialah solat dhuha..ya, solat dhuha yg aku mula amalkan sejak ramadhan ari tu.

Sementelah ada peluang aku kerjakan solat dua rakaat tu. Tak lama mana pun, mudah ajer nak mengerjakan janji kita buat dgn ikhlas. Dah banyak kali aku terbaca, rashia murah rezeki ni tapi aku tak pernah amik port. Cuma sejak ramadhan hari tu aku stat amalkan pelan2.  Selama sebulan dok umah aku kerjakan setiap hari tanpa ada rasa jemu...hasilnya Alhamdulillah..aku sendiri rasa terkejut dgn segala rezeki yg Allah limpahkan sehingga aku tak terhitung nikmat2 yg dia beri.

Seandainya korang ada peluang cuba lah kerjakan...insya Allah.

Tempat baru mmg cantik, ramai staff melayu dan kat deparment aku mostly engineer lelaki melayu dan sorang engineer perempuan..bos cina yg lemah lembut dan santun....

Introduction first day adalah HR stuff yg dorang explain, pasal safety dll. Sungguh pun takde optical (mujur sempat lenjan buat spek baru kat opis lama tuh) tapi medical claim mereka takde limitation.  Kalau nak pi specialist kena recommend by panel. Every family member cover by insurans.  Semua tu bagi aku dah kira lebih dari bagus.  Cuti tahun pun 18hari, kalau sabtu public holiday, friday off..mcm biasa oil n gas industry pnye standard..i suka, i suka..

Aku pun tatau aku dapat lap top ke PC ker...sbb belum set up lagi. Petang tadi pun dapat pi cubicle aku kejap jer seblum balik.  Petang2 pulak hujan manjang so pukul 5 suma cabut..ooh, working hours aku kul 8-5pm..so kena kuar umah awal dan bole balik awal gituuu

Since off building tu part of hotels, kami ada facilities untuk guna gym kat tower tu with freee!!  wah berkobar2 memasing yg baru masuk nak join u olls..nak sihat katanya..buleh la time lunch ke, balik ke pi gym kan..jgn jeles kalau i selim melim u olls..hahaha

This is the best oil and gas company yg aku join.  Pantry je sebesar alam ada ala2 bar lounge yg lengkap dgn segalam amenities, kopi, teh hantu segala..biskut berkodi2. Fridge sebesar alam yg buleh kuar ice dari dalam tu...fresh milk subsidise by the company..penuh satu fridge!!

Company encourage a healthy living so byk benda2 healthy u olls kat pantry.  Kat seblah pantry pulak ada satu bilik khas utk lepak2. lengkap dgn snooker, games, dart ada pSP, ada tibi dan ada bean bag kalau ko nak duduk sambil santai2..this is what we call the best employer yg jaga kebajikan staff ..bila break bole pilih apa nak buat..tak best ke gitu??

Alhamdulillah...itu jer yg mampu aku lafazkan dari hati.  Tak tergambar gembira akan nikmat yg Allah beri pada ku ni...walaupun aku terpaksa lupakan fb dan sewaktu dgnnya time keje, aku tak kisah..sbb malam2 hari leh jer online dari rumah..tak apa2 tu kan.....

My probation will be 3 bulan dari sekarang..means 4hb Feb baru ler leh confirm insya Allah..melihat kepada plan development yg HR explain tadi aku rasa gembira sbb sekurang2nya ada hala tuju dalam kareer. Company tak menyekat pun malah menggalakan.  Byk program training and development plan dorang..paling penting dorang leh sponsor to further studies tu..there u go...apa lagi nak??

Tu jer lah u olls buat masa ni...tak leh nak tulis pepanjang sbb byk kerjaan rumah nak kena buat dah ni...sampai kita jumpa di lain kali.....terima kasih semua atas kata2 dorongan kalian, doa kalian selama ini....Allah sentiasa bersama2 org yg sabar dan redha..ingat tu selalu...wassalm


October 31, 2012

Things Happen for Reason

Alhamdulillah. Dapat gak bersiaran lagi.  Kali ni dari PC kat umah pulak.  Mmg betul murah rezeki sgat2 kami sekeluarga tahun ni. Bermacam perkara berlaku tapi suma ada hikmah yg sangat manis yg aku sendiri tak pernah tergambar.

Bermula dengan kisah sedih, tapi berakhir dgn kisah yg sangat menyenangkan dan menggembirakan. Bahkan Allah SWT gandakan dan makbulkan segala apa juga yang aku mintak selama ini. Syukur.

Beberapa hari lepas masa aku ada kat kg SP beraya qurban, aku saje2 check maybank 2u account aku tu. Tak ku sangka pada 28hb aku hampir terkejut beruk tgk jumlah begitu byk.  Ingatkan compensation dorang bayar pakai cek ke hapa kan, mana tau dia credit terus dalam akaun tu.  Alhamdulillah byak, banyak juga potongan2 yg ditolak. Tapi masih aku bersyukur, sapa nak beri bnyak gitu weh. Honestly, banyak juga aku dah gunakan untuk selesaikan hutang piutang yg patut. All i could say, aku bole menarik nafas lega sebb beban liabiliti dah bekurang walaupun tak habis terus kan..at least!.

Dua hari lepas aku dapat courier dari company lama aku tu pasal pembayaran dan surat tu kan.  Dasar kan, cuti aku ada balance 4 hari lagi kalau tak silap, by right bayar je lah..byk tak bnyak dekat seribu gak tu. Tapi apakan daya dorang kata aku tak layak nak dapat sbb kira prorated services cuti tu dah burn begitu saja..what ever lah kan, tak kuasa aku nak gaduh2 pasal duit..malas.

Since rezeki ni rezeki ahli keluarga jugak kan, so aku beri peluang tiap sorang ahli rumah untuk choose beli satu barang wish list dorang. Semua dah hampir dapat, cuma kakak nak samseng hp yg canggih manggih, aku suruh dia tunggu december for result pmr sekali.  

Urusan pendaftaran berkhatan amal gak dah siap. Since 5hb aku dah stat keje kan, tak bole lah nak cuti santai2 gitu.  Sp akan bercuti seminggu di awal cuti sekolah untuk jaga dia..hmmm ngeri aku nk memikir jaga anak jantan manja sorang ni..belum apa2 dah demand psp  bagai..

Urusan medical check up dgn company baru  pun dah selesai.  Surat offer pun dah ambik. Skg tinggal nak stat keje kan.  Aku usahakan beli baju keje baru juga untuk mendapat semangat baru. Baju2 lama yg aku salu pakai kat company lama tu ada yg aku dah pack dan ada juga yg aku dah beri kat orang. Malas nak imbau sejarah silam dgn company tu . Just move on jer lah..thats the better way.

Macam aku kata being surirumah mmg memerlukan dua perkara penting. Pertama lesen memandu dan kedua ongkos.  Sbb bila dah terperap kat umah aku jadi sangat bosan giler.  Ada masa aku nak keluar just tgk dunia luar jer bukan nak beli apa2 pun. Tetapi kalau ada duit tentu lebih menarik kan?.

Ada masa aku kol kawan2 suri rumah untuk lepak dan makan2.  Ada masa aku just jenjalan kat JJ ke kat pasar ke..byk masa aku kat umah je mengurus umah tangga. Penat  toksah nak citer. keje umah mana pernah habis weh. yg best umah kemas, kain baju terurus..cuma aku risau sbb aku ni sejak menganggur ada masalah nak tido malam..susah amat.  Jadi aku risau bila stat keje sok, mlm tak leh tido..dah ler masuk off  bermula kul 8am..aduhh

I am at the final stage nak settlekan baju keje. Adalah beli beberapa tapi rega kat JJ tu bukan lah murah sgt pun kan. Justeru sehari dua yg tinggal ni aku kena gak turun KL dan borong beberapa helai lagi seluar, baju tudung.  Kasut dah selesai pun..infact despite nak beli sepasang aku borong 3 pasang sekali..haaa kau.

Dan bila jadi surirumah yg takde pendapatan ni kan, rasa rendah diri sgt2.  Kwn2 yg bekerja yg selalu dok kol gayut dgn kita kat off time kita keje tu pun kan mcm menjauh diri..kita whassap pun mcm nak taknak je jwp. Tkut aku mintak duit ke hape ntah..pelisss.

Akan tetapi masa ni lah kita kenal sapa kawan sapa sahabat kan.  Jadi lepas ni aku dah keje, jgn lah harap ko nak kol aku ngadu kat aku pasal masalah ko..pasal masalah laki ko yg tak sudah2 tu..aku tak sudi hokay..

Since balik dari kg SP ari tu, aku rasa letih sgt2. Sampai ke hari ni, mana tak keja aku asik masak masak masak..pagi petang siang malam asik masak sampai aku dah bohsan.  Dah beberapa hari kat umah ni pun aku tak masak..takde mood, takde idea...pnya la ramai ahli kuarga sp yg nak di served makanan kan, belum amik kira lagi lepas adik sp kurban sekor lembu ari tu..suma tulang2...daging2..aku ni bukan sombong tak nak amik ke apa..MIL pulak mcm paksa2 suruh bawak balik kl suma..aku ni sdg menjaga diet..maklum ada hbp ni tak leh pulun daging bnyk2. aku masa kat sana pun makan semangkuk sup tulang jer, tak berani nak lebih2..takut pengsan.  kat umah ni pun aku jarang sekali beli daging, jadi aku pun tak nak amik bawak balik..balik pun dah hari isnin kan..tapi MIL tu biasalah org tua, mana paham..paksa gak...

Jadi ni minggu2 akhir aku santai kat umah. Bila dah start keje sok, aku tatau ada masa nak update blog ke tak..maybe ada masa kat umah malam or weekend je la kot..fb pun sama...maybe time malam or cuti baru la leh jenguk..tmpat baru, kena jaga kan.

Jadi , terima kasih atas doa korang, kata2 semangat korang buat aku bangkit semula.  Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa tersurat dan tersirat, moga semuanya baik2 saja..amin

October 24, 2012

Hampir Sebulan Sudah

Diam tak diam dah hampir sebulan aku jadi house manager..aka pengurus rumah tangga.  Not too bad.  For me kalau betul2 nak jadi surirumah tangga dua perkara pokok perlu ada ..Pertama, lesen memandu dan keberanian nak memandu..Kedua..ofkos Wang...aka duit.  Nnti aku terangkan kenapa ye.

Aku nak share kegembiraan aku dgn korang nih..Duit? oh no, belum lagi dapat duit pampasan yg di janjikan tuh. Fed up gak aku jadi macam pengemis nk mintak duit sendri. Terpaksa aku nyalak2 kat x boss aku.  Finally lepas maki hamun sana sini, ada dapat kepastian yg pembayaran akan dibuat sebulan bulan oktober berakhir..sempat lagi u olls .

Kegembiraan kedua dan tak terhingga ialah...jeng jeng, ya u olls, aku dah dapat keja baru..Yess!!!.  Kat oil and gas company gak. US company lebih kurang kompeni lama..tapi lagi better aku rasa, more professional dan peri penting dorang offer aku gaji few hundred lebih dari hari tu. Alhamdulillah syukur tak terhingga.  Rezeki Allah nak beri.  Dgn position way much better, better pay, more annual leave, maybe takde optical, ada sikit dental. Cukuplah dari takde langsung ye dak.  Dan bberapa hari sudah aku dah selesai buat pre empolyment medical check up dan amik offer letter kat co mereka.

Office baru aku kat building baru. G Tower, bersebelahan tabung haji tu.  Benarnya aku berterima kasih dgn kawan lama aku yg tolong promote kaw kaw sampai aku dapat kat sana. Syukran.

Dan ari tu aku gak pi interview kat company lain. Offce seblah jer off lama aku.  Yg tu pun offer aku gak keje dgn dorang, tapi since co yg kat Gtower tu dah offer aku dulu kan. Lgpun aku tak berapa keen nak keje kat sbelah office lama. Nnti terjumpa muka jenab yg aku benci tu..tak sanggup.

Ok, secured dah keje baru aku. Insya Allah 5hb Nov nanti aku stat keje kat sana. So aku ada masa lebih kurang 2minggu lagi kan. Sementelah tunggu duit pampasan tu. Aku plan nak bayar hutang2 dulu dan shopping sikit2 baju keje.  Dan aku dah janji dan seisi rumah untuk beri setiap sorang satu barang idaman mereka sebagai tanda kesyukuran aku . Dapat keje baru dan dapat durian runtuh.  Tu pun rezeki mereka jugak kan..

Kehidupan sebagai suri rumah sgt mencabar benarnya.  Sgt memenatkan i would say.  Maklumlah, keje2 umah yg tak pernah abis.  Seblum ni aku takde PC maupun lappy nak update blog. Tgk FB or email pun kat HP or kat android cap ayam bebudak jer.  Now aku berjaya begger PC yg lama ni..bole ler mengupdate blog sekadarnya kan.


Rutin2 pagi2 mcm biasa, sebok siapkan anak nak kesekolah. Kena gak bangun seawal pagi cam g keje tu.  Lepas dorang suma dah pi sekolah, SP dah pi keje, bermula la segala tugasan aku. Hehari aku arrange jadual aku apa  aku nak buat.  Tapi sejak aku kat umah ni bangga aku katakan, umah terurus, kain2 berlipat..takde laundry tak berbasuh...makan?? ofkos, hehari dapat makan sesedap anak2 lepas dorang balik dari sekolah. Gembira sgt mereka..terutama si Amal dgn Delin..sampai siap kata, kalau hehari mama x keje teros kan best..hmm best maybe lah..tapi aku x leh lor, stress mak dok umah nak..

Spt aku harapkan dan doa2..dapat aku ambik kakak setiap hari masa dia periksa PMR ari tu.  Dan aku dapat pastikan dia bersarapan kat umah sblom pi pereksa. Kalau aku bekerja, aku tak rasa aku dapat melaksanakan tugas2 tu semua kan. Allah memakbulkan segala keinginan dan doa aku Alhamdulillah.

Byk masa terluang di rumah, kadang aku tgk tv lah, kemas bilik, kemas dapur.  Dapat berpeluang solat sunat jugak. Maklum lah byk masa.  Gaknya Allah mmg nak beri aku rehat cukup2 nya  kan.


Syukran..nikmat tak terhingga...cukup buat masa ni, nnti ada masa aku update  blog lagi ya.  Terima kasih atas doa kalian...
 



October 1, 2012

Aku Penganggur Terhormat

Ya, hari ini 1hb October dgn rasminya aku memegang title..si pemetik anggur..gituu.  Hal aku selesai dgn begitu cepat dan pantas. Aku pun sungguh tak sangka.

Rentetan aku jumpa bos aku si Keris last week tu kan, spt yg dia janji mmg dia tolong aku sort out kemelut yg melanda. Hari Khamis lepas tu dia panggil aku sbb nak adakan meeting dgn HR yg ari tu tuh.  Kebetulan masa tu dalam kul 4 lebih kot, time2 santai2. Menunggu waktu nak balik. Aku ler kan. Org lain aku tatau ler.  

Aku, Keris, Duan dan si HR Judy tu. Mmg dasar putar belit tau si Judy tu. Dia tak terangkan aku in details kalau aku berenti apa dia bagi. Means the packages. So masa ari Khamis tu jelas dan nyata, dorang offer aku the package bersama kira2 nya. Aku kira tu adalah adil berdasarkan undang2 buruh di Malaysia ni. Cuma aku berbulu sgt dgn si Judy tu. Dasar lidah biawak bercabang kan, masa jumpa aku ckp lain, dpan bos cakap lain. Tapi spt yg Keris janji mmg dia defend aku. Dan pastikan aku mendapat bayaran seadilnya.  Things sort out dekat kul 5 gitu. Aku diberikan nota kira2 tu.  Dalam hati aku rasa nak antar surat berenti sebagai perturkaran pada hari Senin..kunun2 nak handover bagai..Ceh, i should not think about it sebenarnya. Lantak ler dorang guling galik kan. Tapi tak pe lah.

Esoknya, pagi jumaat yg hening. 28hb Sept, pepagi lagi Keris dah panggil aku masuk bilik.  Since pengiraan tu sampai end Sept, aku kena antar surat cinta dan perletakan jawatan kadar segera. Keris beri jaminan, kalau dorang tak issue payment dalam masa seminggu soh aku datang bgtau dia. Dia kata akan makesure they settle everything.  Best part was, Khamis malam tu aku sempat buat spek baru u olls cost RM500.  Alang2 nak blah gitu kan. Lantak. So pagi jumaat tu aku sua claim tu kat Keris dan dia sign. Lepas tu aku cmpak kat si Jenab..

Aku bgtau Keris, let me settle benda2. Dan tnya dia kat sapa aku nak humban segala tugasan aku?. Dah la month end kena submit revenue report bagai kan.  Guess who lah jadi mangsa kalau bukan si meena.  Nah!!! ambik kau.  Aku ajar sikit2 jer. Lebih2 tu , sendiri mau ingat. Tapi aku dah tinggalkan suma in good order and manner, lepas ni kalau nak kutuk2 aku bagai, sendiri mau ingat. Aku tak kesah!!

Lepas kau meena dan Keris abis berbincang, meena jumpa Keris sendiri. Mesti nak mintak naik gaji ler tuh!! wahahaha, mintaklah kalau dapat meena oi.  Dan aku ajar dia sket2 lepas tu dump suma !!. Lepas abis tu aku kemas2 tempat aku seblum buat surat cinta aka surat berenti keje.  Aku dah ada confirmation dari mulut2 bos aku dan email si Judy pasal dorang pnye agreement nak byar tu, infact aku scan calculation tu and attached kat email sebagai bukti. Walaupun dorang kata tak akan sama sekali tipu aku kan, tapi aku kena amik langkah berjaga2 gitu.

Aku draft email goodbye kat kawan2 . Kat rakan2 sekerja di merata dunia. Sedih mmg sedih masa menaip draft email tu. Aku pulak pilih2 jer org yg aku nak antar email tu, tak semua org aku bagi termasuk si Jenab. Sejak awal minggu jenab mmg takde masuk office pun. Hari Senin tu cermin bilik dia tak semena2 pecah.  Tu lah, byk sgt dosa kan. Ambik.  Jenab langsung tak tau menahu hal aku dgn bos2 tu. Selama ni dia selalu jadi batu api dan penghalang, which dua bulan terdiam tu sbb dia lah!. Bos omputih aku sorang tu geleng kepala bila aku kata dah dua bulan aku menganga jer kat off ni takde org nak peduli settlekan. Mujur Keris tolong kan. Lau tak sampai sudah.

So the moment aku email surat berenti aku tu , aku antar email good bye. Tak sampai seminit berpuluh2 email balik aku dapat, betapa dorang terkejut sgt sbb sgt out of sudden. Yg paling  best, finance controller kat UK bagi aku email yg buat aku sgt terharu. Katanya dah lima tahun kita berurusan tapi tak pernah bersua muka, dia sedih aku leaving. Sbb byk kerja2 revenue dan report yg mmg aku salu berurusan dgn dia. Kata2 pujian dia mengatakan aku telah menjalankan tugas dgn amat baik, kerjasama dan teamwork sgt bagus sungguh buat aku terharu. At least penghargaan tu kan.

Yg sorang lagi accounts kat UK juga siap kata, company ni gila lepaskan aku, dan company lain kalau tak nak amik aku keje mmg gila!!!..haahah, lucu mmg lucu tpi buat aku rasa sgt dihargai. Terima kasih byk.

Selain dari UK, Australia, Vietnam, US dan byk lagi kawan2 dari negara2 lain di dunia ni menyatakan terkejut sbb aku nak blah. Aku x ckp sbb apa blah lah kan, cuma aku bgtau. I m leaving. tu jer.

Lepas settle tu suma, aku pass kad access aku kat keris, surat berenti original kat dia gak. Pas tu aku jumpe kawan2 to say goodbye. Last but no least, aku jumpa jenab to say good bye..bermuka2 sungguh makcik tu. Tapi life goes on, aku pergi dgn aman dan takde rasa dendam dalam hati tu yg penting kan?.

So, aku blah meninggalkan seribu kenangan pahit manis kat company ni. 5 tahun 6 bulan bukan masa yg singkat, tapi cukup memberi seribu pengalaman dan kenangan.  Meena sedih sgt masa aku salam dia tu. Past is past, aku pun x simpan dendam dgn dia..tu yg penting.

Buat masa ni aku x dapat keje kat mana2 lagi. Tapi ada lah 2-3 interview lagi nak kena attend. Aku tak menaruh harapan tinggi sgt, takut kecewa. Ada rezeki ada. Kalau tak, aku nak rilek2 dulu lah. Sampai bila?, taktau lah. Maybe seminggu dua. Mana tahan lama2 dok umah..pening wa nanti.

Tu jer lah update buat masa ni. Ni pun aku update kat off SP sbb baru sudah interview pagi tadi.  Tunggulah dapat payment nanti, bole la rembat laptop satu.  Buat masa ni aku cuma fikir once dpat payment tu nak setel utang2 dulu, dapat keje dulu baru leh fikir nak beli apa2 kan. Takut aku nak beli apa2..mana tau tak dapat keje kan, mati mak.

Yg pasti selama 4 tahun aku bersabar takde increment apa, alih2 Allah nak beri aku rezeki segedubuk berpuluh kali ganda dari tu. Syukur Alhamdulillah, ada hikmah atas segala kesabaran. Cuma korang doakan aku dapat keje baru cepat, supaya aku tak boring dan meroyan ye.

Payment? Alhamdulillah, ada lah sikit. Yg pasti setaka 2-3 bulan tak keje masih ok lagi, tapi aku tetap nak carik keja lain jugak walaupun gaji maybe kurang sikit kan, sekurangnya aku tak bosan.....

Doakan aku ya, moga dapat rezeki perkerjaan lain. Benarnya, tak seronok langsung tau jadi penganggur ni...

September 19, 2012

Moga Semuanya Berakhir dgn Baik

Semlam, ketika jam menunjukkan kul 5.30pm, aku tgh get ready nak balik u olls, ttba bos baru aku panggil plak.   Bos baru aku ganti bos lama dah pencen tu..meh aku namakan dia as Keris jer lah..sbb nama omputih dia Chris, walaupun dia tu bukan mat salleh, kerana dia adalah Indonesia jati berbangsa cina.

Aku dah keje dgn Keris dah lama. Selama aku kat company ni. Dulu masa Keris mula ditugaskan kat Vietnam, dia one man show kat sana.  Aku lah kena tolong in sense of documentation, contract, invoicing, billing dan segala mala bersangkutan operasi kat Vietnam. Mmg hassle giler u olss sbb mamat ni bukan well organised orgnya..personally..agak selebet dan selekeh sket mamat ni.. pastu agak kurang ajar sikit..biasalah kan.  Masa aku dgn bos lama dulu, keris sgt2 berbaik dgn aku. Sbb ada satu kali tu aku x tahan cara dia mengarah buat keja mcm aku kuli dia. So aku tak puashati aku report..masak dia kena basuh dgn boss cukup masa tu.  Pastu, kalau ada apa2 dia siap ckp dgn aku, jgn lah ngadu kat boss..apa2 carik dia dulu..gitew, times flies dia now dah country manager for malaysia dan vietnam. Vietnam pun dah ada org..dah ramai pun..so mmg they are thier own. 

Masa dia panggil aku smlm, dia sebenarnya nak bagi tau aku kena tukar tmpat..pindah kat belakang sana..tolong manager omputih yg sekor lagi tu..tp sbelum dia ckp further, aku amik peluang tanya..apa position aku kat company ni skg?.  Ko tau ke cerita aku?..dan dia jwp pelahan jer..ye, aku tau tapi mgkin dari versi berbeza. So now tell me, whats happening.

Bila dah bagi peluang gituew, mak pun apalagi nak, cerita segala2 dari mula sampai abes. Abess suma aku luahkan.  Abis semua aku bongkarkan dan keluarkan.  Aku cerita in detail apa berlaku..tp tidak sekali mentioned nama. Wlalaupun aku ni nak sgt sebut nama Jenab Jahanam tu. Tapi somehow aku berjaya elakkan. 

Mcm2 aku bongkarkan. Pasal dorang buat aku gini.  Pasal aku tertekan, seksa dan macam2 lagi.  Dia tnya aku nak keje sini lagi tak?.  Jujur aku kata, lepas apa berlaku ni..mmg aku takde hati langsung.  Jadi dia jwp..tell me what u want.??..

Bagai mengantuk disorong bantalkan aku pun bantai lah. Korang kalau dah tak nak aku for what ever reason, business teruk lah, itu lah ini lah..position redundant lah..aku bole terima. Takde hal org kata. TAPI treat as sepatutnya kan?.  Bayar pampasan mengikut undang2 yg telah termaktub. Bukan susah sgt pun..aku pun x miintak lebih2.  4 tahun takde kenaikan gaji aku still dendiam, takde ppun bebising cam org lain, sbb apa?..sbb dulu boss layan aku baik..aku suka buat keje aku..but now i dont see reason kenapa i should stay kan?

Aku juga sebut pasal double standard yg dorang ada skg in sense treating admin support cam kitaorang.  Korang sales buat jual jual, tpi tak tau sapa yg clearkan invoicing..ensure PO dpat..payment masuk..sapa buat tu suma?? Aku..org2 cam aku.  Aku yg clear suma. Dah dekat 6 taun suma cantik jer..sapa buat tu?. Aku sorang2 tau buat. Revenue submit kat top management US/UK..aku gak tiap bulan yg buat. So, kalau ko ckp benda tu transparent aku bole paham. Business not doing well, betul aku tau dan aku paham. Tapi tahan dan sekat aku begini bukan caranya.

Let me go peacefully dan let me move on aku kata..terpulang kat aku lepas ni nak carik keje lain ka, nak jadi surirumah tangga ka...tpi ko kena buat dgn cara yg paling adil..win win situation. Bukan menyeksa aku gini. Dah dua bulan tau aku makan gaji buta. Ingat aku suke?, aku suffer tau..tak adil utk aku..tak adil tuk company jugak bukan?.

Pjg butir2 perbualan kami tu..termasuk isu HR approach aku hari tu. Tapi aku x mo drag lelama sbb dah kul 6 u olls..SP dah tunggu aku kat bawah..mujur dia tak marah tu.  Jelasnya, aku mintak kat dia untuk diberikan apa yg patut aku dapat, dan aku dgn rela hati akan pergi lepas tu..

Dia janji nak selesaikan masalah ni cepat. Dia juga janji akan pastikan aku dapat apa aku nak..fair enough kan?.  Lepas perbualan tu aku rasa lega sgt2..bukan apa, mcm ada batu atas kepala aku ni dah teralih. Rasa cam benda ni akan settle soon. Dan aku dapat pergi dgn tenang kan?.

GItulah, jadinya skg ni aku tunggu jer. Meena bgtau aku omputih sekor tu suruh Kerry prepare the package yg nak offer kat aku tu.  Kerry pun dah nak blah...mggu ni last lah dia..keja kat company besar gah, terkenal dan ternama tapi suma mcm katoon...kan?.  Pe lagi dgn si jenab celaka tu..kepala mastermind. Kepala batu api paling besar..biar lah, satu hari nnti ko terima balasan.  For the time now, tunggu jerlah...aku betul2 harap dapat keja dalam masa terdekat ni or paling tak aku akan tggu smpai kakak abis PMR mid Oct nnti barulah fikir , tapi kalau dalam masa terdekat ni dapat keje baru pun tak pe, gaji kurang pun takpe..yg penting..life goes on kan.

Korang doakan yg baik2 untk aku ye, semoga segalanya dipermudahkan..Insya Allah.

September 18, 2012

ALONG MODEN

At this time, dorang tgh buat dept meeting, tapi haraaam nak ajak aku join. So ada aku kesah dorang nak panggil ke idak kan..afterall, aku bukan taksub sgt nak keje mati2 for the company now..sori naik lorry.  Dari layan dorang tu meh aku citer pengalaman aku yg agak  melucukan.

Ya, aku masih mencari2 kerja. Tak pernah berenti pun actually. Tapi rezeki belum menyebelahi agaknya. Sama ada mmg tak dapat, or mmg dapat hati pulak tak berkenan atas sebab tertentu. Gitulah adanya. Mana yg panggil for interview tu aku pegi.



Minggu lepas aku dapat panggilan for interview. Tapi very fishy sangat cara panggilan itu dibuat. Iaitu melalui panggilan HP. Setakat pengalaman aku kan, tak pernah ada org call suh datang interbiu call guna HP. Officially mesti guna off no or ground number org kata. Lepas dapat panggilan tu la kan, aku tau ler company apa. Mcm biasa lah, pertama kena buat research pasal company dulu. Carik website segala. Mmg takde..or rather tak jumpe. Nama akan2 sama ada, tapi bisness lain pulak. So tak mungkin lah kan. Tapi sbb suh datang time lunch hour kul 12.30pm. Hari jumaat. Tempat nya tak jauh langsung dari off aku ni. Tp tak jauh pun x bermakna jalan kaki sampai..so aku mintak SP antar kan kul 12noon. Tak yah sesusah amik coti..Jimat!.



Pertama kali masuk bangunan tu..mak aaih, gelap gila. Scary gitu, ala2 citer hantu Ju On haha..sampai kat tingkat 4, jenuh carik. Mana taknya company takde sign board or label boleh?..yg ada Cuma tulis Suite 4.06 ..tu pun bertampal kat depan pintu..isssh, lagi fishy gitu ..dalam hati dup dap gak..takut apa company neh??.



Last2 berani kan diri ketuk pintu..dan dijemput masuk dek wanita yg menelefon aku tuh..kelakar tgk office dia. Aku disuruh masuk satu bilik, isi boring. Bilik tu kosong..Cuma ada meja panjang dan byk telefon. Kat dinding bertampal2 mcm2. Masa tu aku dah dapat idea company apa dorang ni. Company offer loan . Aku rasa.



Sambil aku isi borang tu aku Nampak 3 cina termasuk pempuan tu. Dua lagi lelaki tu besembang dalam bahasa cina..tak paham. Lepas tu minah tu masuk bilik tu balik dan bawak kertas2. True enuff, company tu offer personal loan untuk kakitangan kerajaan. Alah ala2 pinjaman koperasi gitu.



Gedebak gedebuk, dia explain apa keje nak kena buat..kena talipon org offer personal loan. Aduh!!, ni aku lemah ni. Dah ler aku menci sgt org2 kol offer itu ni, dan now nak suh aku jadik tukang kol, tukang pujuk ..Ampun!!. Aku Tanya la mana listing dorang dapat?, dia kata melalui directory kat jabatan kerajaan..



Cerita punya cerita, dia explain..gaji basic is RM600 hengget. Tapi ada komisen, which kalau satu bulan dapat customer ada ler calculation dia. Dan dia tnjuk kat aku spreadsheet contoh pendapatan org yg dah keje kat situ. Tak hagak2…ada 3k sebulan, 6k..ada yg dapat 10k sebulan. Perggh!!. Kalau gelap mata mmg la. Tapi adekah boleh kita secured 5 prsonal loan sebulan??? Kalau tak dapat? Mampus makan gaji 6 ratus tu…nk bayar keta pun tak lepas u oolss.



Bila dah sembang itu ni, dia tnya aku konfiden tak?..aku jujur jwap…belum lagi..wakaka. Dia ckp pasal basic aku kat company ni skg sgt tinggi. Dia kata kat luar susah nk la nak dapat kecuali buat sales cam compeni dorang buat.



Aku tnye berapa ramai pekerja dia?..ramai u olls..berbelas. Tapi mostly suma melayu!!!. Tpi tak tokeh are cina u olls!!!. Company dorang tu dapat lesen koperasi utk menawarkan personal loan tu. Setakat ni katanya swasta belum bole lagi..but soon under Kuwait finance akan bole dpat!.



Bukan apa, aku ni tak percaya figures2 tak actual ni. Setakat ckp ribu riban tu suma org bole ckp kan. For me biarlah basic aku rendah sket dari apa aku dapat sekarang, jnji bukan mcm ni. Buatnya tak dapat customer mati mak nak!



Lagipun, its just no my soul nak buat keje2 begini..so natijahnya, dia kata akan panggil balik for 2nd interview which I wish never happened. Sbb kalau dorang panggil pun aku tak rasa aku nak..well, at least for now. Dari aku keje situ baik aku dok dendiam jerk at sini ye dak?.



Tell me berapa ramai org nak ambik personal loan hehari?. Pulak tu bukan mcm makan nasik..hehari org makan. Ni, kes kalau sorang dah amik loan, mana boleh nak amik balik.Tak ke parah? Bila aku tnya paling lama bape tahun dorang kat sini keje?..dia jawapp laaaaaaaamaaa..tp setahun boleh?? Ish ish..Yg aku rasa tak suke ialah, tokeh company tu sumanya cina...tpi yg jadi kuli dok pujuk melayu2 ni menambah hutang ialah melayu..pathetic sgt aku rasa. Cina2 tu memanipulasi org melayu mcm aku utk menjerat bangsa aku sendiri utk menambah beban hutang..sedangkan bangsa dorang sendri?? jgn harap nak terlibat dalam pinjaman2 peribadi begini.  As for now aku rasa kakitangan kerajaan pun cuba sedaya upaya mengelak pinjaman pribadi ni, kita pulak nak memujuk mereka untuk menambah hutang..sungguh tak patut.


Hati aku sakit sgt memikirkan tu suma.So lepas habis tu aku keluar cecepat, amik cab balik office on time..before 1.30pm ..haha.



September 12, 2012

Hari Hari ku Yg maha Bosan

Kalau nak ditanya hari2 yg ku lalui kat office..jawapannya ialah sangat2 menyakitkan. Bukan sahaja minda malahan emosi. Bak kata orang berendam airmata, tp org tak Nampak. Sumanya terlindung di dalam sudut hati. Kalaulah korang bole tgk isi hati aku ni, nescaya korang pun akan merasa beban yg sama. Sangat2 menyakitkan. Entahlah aku pun taktau, kenapa susah sgt untuk dorang to let me go in peace. Dan aku juga merasakan, kenapa lepas suma ni berlaku susah betul untuk aku dapat kerjaan lain. Walhal seblum2 ni, ada 2-3 kerjaan lain datang..dan hampir2 dapat. Tpi hati pulak tidak redha untuk menerima lantas ku tolak mentah2.



Terfikir dek aku, apa gaknya yg menghalang aku untuk dpat pekerjaan lain kat company lain?. Salah sorang teman baikku bilang, Allah masih nak kamu berada di sini. Dia hendak melewatkan sikit untuk menguji. Dan mgkin hakikatnya rezeki kamu mmg masih di sini?..ntahlah, susah aku nak mentafsir. Hikmah dan hikmat atas segala yg tersembunyi ni hanya Allah je yg tahu apekah dia..Dan, jujur aku hampir2 tumbang dek kekecewaan dan tekanan emosi sudah..Hanya sekelumit sabar dan doa tak putus2 agar diberi ketabahan hati agar terus berada di sini. Tu jer yg tinggal sekarang.



Minggu lepas, diadakan lunch farewell utk si JLO. Kat double tree. Biasalah tekak si jenab mesti pilih apa yg tembolok dia nak makan. Gitulah adanya. Memula aku sengaja belakon kunun2 x mo pegi lah kan. Mcm eksaited muka si jenab. Tp si meena membatu apikan aku supaya pegi, aku pegi jugak. Hamboi majlis, siap ada ucapan melambung tinggi dek pujian kat si JLO sampai menitiskan air mata. Bukan apa la, aku agak terasa gak sbb seolah2 JLO sorang jer contribute kat company?. Abes org2 lain ni tak buat keje? Takde contribution langsung sampai nak kena julang2 bagai. Support staff bodoh cam kami ni tak sumbang apa2? Its all about teamwork..bukan pasal dia sorang jer. I can tell u ool,sales man ni kalau nak tau jual jual jual. Bukan peduli dokumen nak invoice, nak claimed for payment. Tu suma taik2 yg perlu di cuci dan setelkan oleh orang2 mcm aku ni..tp takde org Nampak kan. Takde org perasan. All org2 suma fikir kita Cuma clerk yg bengong yg tak sumbang apa2 pun!.



Sbb itulah aku kata, dari hati jahat aku mendoakan kontrak tu mereka x dapat. Biar suma berputih mata dan tau tinggi rendah langitnya. Dorang ingat suma keja akan selesai kalau takde teamwork?? Regardless la kalau nak puji pun agak2 lah..ni tak ibarat kalau nak bukak baju tu bukak suma sampai bogel. Jlo terharu, nangis u ols. Kebetulan masa aku pandang JLO, sijenab yg dok seblah nya terpandang aku..so aku pandang sekali, aku renung dgn perasaan menyampah sampai dia tunduk!. Wooha..



Entah kenapa, kebencian aku kat jenab makin menjadi2 tahap dewa. Mgkin sbb dia tu prempuan hipokrit paling gila aku pernah jumpa. Ikut panas hati ni , mau jer aku santau ..tpi aku ni ada sikit iman lagi ..jadi biarkan jer. Berapa lama dia bole menjadi dewata..



Yg lucunya aku dgr, lepas beberapa bulan JLO berkemungkinan akan keja balik. WTF?...gitulah ucapan yg diberi oleh bos baru aku tu. Cerita sama jer cam kat company lama dulu.Kan masa lewat tahun 2000 aku dgn JLO keje kat same company. Tpi different division. Yg aku tau masa dia nak berenti beria dorang sharing2 beli pendant..white gold lagi..bershare2 la dorang duit beli benda tu..beratus2 jugak aku dgr..siap buat farewell makan bagai…mana tau tak sampai 3 bulan minah tu masuk keje baliK!!!...mcm hareeem kan? LOL.



Aku akui, in terms of keje mmg JLO bagus. Terlampau details. Kadang2 menyusahkan org lain. Tp mmg bab2 keje dia superb. Sampai terlebih gabra gitu kan..tp usahlah memuji tinggi melangit gitu, seolah2 org lain tak bernilai langsung kat company. Tp tulah yg terjadi dalam majlis tu. Aku tak peduli Jenab or anyone else lah..sbb aku dgn meena makan jer..Cuma Meena jer la kena tegur boss baru sbb makan banyak!!..waahaha, terasa dia.

 

Hehari now, meena merungut2 dgn aku pasal keja taw. Psal dorang suma expect dia ingat everything..aku lain..aku dulu Alhamdulillah, ingatan aku mmg kuat. Jadi apa dorang ckp jer sekali aku dah ingat dah. Meena lain..dah la dia jenis tak leh ckp2 byk2 dia terus blur..wahaha. Dah la dgn peraturan2 baru yg mmg buat pening..Mujur aku dah tak buat lagi…mmg rilek giler la aku skg ni..buat keje time2 ujung bulan jer..selebihnya..rilek

New bos, new resolution and almost new team. Caca marba. Tu je aku leh katakan. Dulu bos lama aku yg tua tu sgt baik hati, jadi suma org respect each other. Now?? team sendiri tak de rasa respect kat boss sbb bos sendiri tak respect kat org.  Orgnya muda, kasar , selekeh dan ckap besar sgt. Benci jugak kadang2 tgk gaya dia berckp sombong. Dia ingt ni Vietnam suma org bole digulakan. Ni Malaysia la hallooooo....ckp besar saja tak cukup. Ko deal dgn ramai melayu kat customer sana...Ko tu dah la bukan melayu..Cina Indon plak tu..org dgr nama ko pun dah menyampah.

Dulu bos lama buat sales gak. Buat quote jaga customer. Idak la dia menyuruh org jer. Now? suma keje2 dia x mo buat. Dia kata keje dia entertain client jer...masak lah ko.

Dah la gitu, bos baik dgn sekor mamat cina budak hingusan kat sini. Alah freshies engineer.  Mmg la bagus, pandai buat keje, tp sejak bos baru datang aduh makin menyerlah kebelagakkan dia. Mentang bos baru dgn dia kamceng..dia pun dah pandai marah2 arah2 org cam bos jugak..tak sedar diri langsung dulu dgn bos  lama menikus!!..Meena pun salu kena marah dgn bdak berlagak pandai tu tau. Aku dia x berani kata apa..mgkin sbb aku super senior kan. Dgn org lain amboi.  Suma benda dia nk masuk cmpur. Hal2 gudang, hal2 logistic nak interprame..menci aku tgk. Pastu menyusahkan org.

Kesian gak aku kat meena. Hehari balik lambat. Keje ntah hape2. Dah suma org nak jadi bos, satu benda 3-4 org nak minta report ikut suka hati mak bapak dorang. Isssh, Syukurlah aku dah tak buat uolls. lau tak makan hati.


Now i could see. Infact Manager cina yg dah keje lama dari China move kat sini..dah 22 tahun pun ari tu sembang dgn aku. Tanya aku pnye kes apa citer...like i said nothing..so dia kata u dok dendiam. Dia pun skg terasa mcm disisih gak..ye lah suma keje lambak kat dia buat..,mcm tak suka dia kata kat dia.  Apa2 mesti bos suruh budk baru suruhan dia tu buat. Mcm ada skandal gay pulak aku rasa..wakakka.

Bos baru pulak belum kawin dan jenis gatal.  Ada saleswoman baru bukan main menggatal..isssh sakit mata aku tgk drama hehari. Yg minah tu pulak melayan gedik adududu pitam.

Now aku rasa tak lama lagi lingkup la office ni..tak caya tgk lah..hopefully by the time aku dah tak ada.  Dulu masa bos aku yg tua tu takde pun jadi menda2 begini. Antara teammate sendiri pun makan hati, tak puashati ...camne nak kje. Bos baru tau nya nak suh jual jual jual..figure nak  byk2...mcm P*nD*k dorang kata ...kesian.

Aku yg dah takde buat apa ni...lepaking setiap hari. Gossip kat whass app...kadang chat kat FB..kadang gayut kat tepon. Sengaja aku nak biar jenab sakit hati..biar cepat sikit dia nyah aku kan...

All i can say I m enjoying my leisure live at this company with gaji buta ofcourse..jangan mrah!!..padan la muka depa tu kan.