January 16, 2012

Dugaan Hidup kita Tak Sama

Minggu lepas, aku ada besesembang dgn kawan baik aku on the phone. Topiknya ialah anak.  Kawan aku tu anak bongsu dia berumur 2 tahun baru je doktor konpem kan punya masalah autisme.  Korang google la carik maksud autisme tu ye. Malas aku nak citer pepanjang dalam sini.  Dia tak tau anak dia ada masalah tu. Cumanya anaknya tak bercakap langsung. Ma, pa langsung tak kuar dari mulut dia. Nak apa2 dia tunjuk je. Org mengamuk je.  Susah nak pay attention specially on eye contact.

Dalam sembang2 tu, aku share lah pengalaman aku. Ye lah kan Delin pun bermasalah cuma masalahnya laen skit. Dyslexia, tapi still ada kurang lebih persamaan sama autisme. Cuma bezanya, delin bole berckap dan paham sikit apa org ckp.  Anak kawan aku tu langsung.

Since dia dah start terapi dgn pakar kat SJMC kan, dia kena pi session sebulan lebih kurang 2x.  Dr nasihatkan lagi kerap dia pegi lagi bagus.  After a year, baru ada eye contact katanya dgn anak dia tu. Lau tak, langsung takde.  Yg aku kesian kat kawan aku tu ialah, suami dia tak berapa nak bagi support sgt2 lah kalau hal2 mcm ni. Walaupun suami dia tu berjawatan engineer kat Syarikat minyak gergasi kat Msia ni.  In terms of sokongan mmg aku tau dan kenal sgt laki dia tu. Mmg kureng.  Laki jenis sbok dgn men bola dia, sebok dgn aktitiviti internet dia, mmg kadang2 tak amik port langsung pasal anak2 apatah lagi pasal umah.  Pendek kata dari dok umah hari minggu tolong bini jaga anak kan, dia rela spent masa bermain bola sepak dgn kawan2 dia sampai ke malam.

So, akhir2 ni kata kawan aku laki dia dah menunjukkan perubahan sedikit. Dah mula amik berat pasal anak2. Ye lah anak2 dah 3 org kan. Dua dah sekolah takkan la suma bini nak uruskan. Dengan keje, dgn anak kecik yg bermasalah..naya lah kan. Dulu kawan aku salu nangis2 mengadu, bercerita dan meluah perasaan akan sikap dan perangai laki dia tu. Pendek kata, jenis tak bole di ajak berbincang dan jenis panas baran dgn gunakan kuasa veto dia jer sebagai suami.

Maybe umor dah masuk 40an gaknya, kawan aku kata adalah perubahan tu sket.  Syukurlah, gaknya laki dia dah perasan kot yg anak dia bermasalah tu tak leh dibiarkan sgt. Ye lah bdak tu kadang2 katanya gelak sorang2. Senyum sorang2. Kalau skg ni ok lah masih kecik sok2 buatnya sampai ke besar gitu tak ke org kata tak betul pulak kan?.

Since kami pun ada masalah dgn delin, kawan aku tanya lah camne SP punya feel towards delin.  Well, aku bersyukur sgt2 lah, walaupun SP tu bukan lah pekerjaannya dari kolar biru pnye kategori cam laki kawan aku tu at least dia sgt byk membantu samada di segi, masa, sokongan...segala2nya lah.  Bahkan kadang2 kalau ada appoinment delin dgn pakar petuturan yg aku x leh nak pegi, dia ok jer bawak delin sendiri.   Dan SP pulak bukan lah IT savvy cam laki kawan aku tu, maka aku kena usaha lebih sikit lah. Carik artikel kat internet pasal masalah delin tu, print dan cerita dgn dia. Kadang2 kena explain kat dia.  Yelah maklum dia kan tau teknikal jer, mende2 gini makanya aku lah yg kena keje keras sikit.   Even kalau ada perbincangan dgn doktor ke, pakar apa2 kat hspital, dia lebih suka dan selesa biar aku yg handle. Dia kata aku  lebih paham terms dalam bahasa inggeris yg doktor cerita tu. Afterall, aku mmg suka membaca berbanding dia kan.

Semua nya tak menjadi masalah kalau kita saling bantu membantu kan.  Pada kami, delin bukanlah sebagai beban bahkan sebgai ujian dari Allah pada kami sekeluarga.  Pendek kata, Allah takkan beri ujian pada hambanya kalau Dia tau hambanya tak leh terima. Gitulah jugak kawan aku tu kata.  Mesti ada hikmahnya kenapa kita jadik insan terpilih gini.

Since aku ni rajin carik sana sini maklumat, baca sana sini..tanya sana sini, aku jugak suggest kawan aku to do the same.  Autisme ada persatuan dia jugak cam dyslexia.  Bole join the persatuan dan berkenalan dgn parents2 yg pnya masalah yg sama. Boleh bertukar fikiran dan juga menambah ilmu. Skg ni zaman dah maju dgn HP pun leh chat..leh google leh serve.

SP dah daftar delin pun kat kebajikan untuk mendapatkan kad OKU (org kelainan upaya) supaya dia bole masuk sekolah khas.  Disamping tu  banyak keistimewaan yg kerajaan bagi pada golongan OKU.  Aku pun ckp benda yg sama kat kawan aku tu.  Moga2 dgn itu di masa depan anak kita tu senang nak buat apa2 pun kan. Nak berdikari. Kawan aku tu ada gak kata, kalau dia confirm accept dr diagnois anaknya as autisme, makanya insurans tak cover. Bermaksud kalau dia nak teruskan sessi kat SJMC harus lah kuarkan duit poket sendiri gitu.  So dia agak bimbang lah kan.  SJMC tu harus bill bnyak giler. One thing kawan aku ni cepat sgt menyerah nya tau.

Aku kata SJMC tu private hspital.  Kenapa nak pergi private dgn kos yg mahal sedangkan kat hspital kerajaan pun ada pakar jugak. Bayaran jugak minimal jer.  RM5 per visit dgn pakar.  Mcm2 alasan kawan aku tu, katanya kat hspital kerajaan lama menunggu bla bla bla..well, tu lah harga yg kita bayar kan. U gain some U lose some org putih kata.  For me aku dont mind nak pi Hsptal kerajaan pun. Tunggu lama sikit, tapi hasilnya tetap memberangsangkan jugak.  Kalau pi hspital berbayar pun bukan terus terusan bdak tu bole ckp kan?. Delin took 1 year untuk perbetulkan pertuturan dia. Now masih on going lagi. Like i said, we never give up!!.

Lantakla tunggu lama ke apa kan.  Yg penting kita kena berusaha.  Kalau kita tak bersusah payah korban masa tenaga, wang ringgit untuk dia siapa lagi?? and as parents dua2 pun kena kuat, kena tabah. Saling sokong menyokong utk kebaikan anak tu jugak.  Pada aku hendak seribu daya, tak hendak seribu lah dalihnya.

As a friend aku suggest kat dia to discuss dgn dr tu. Pasti doktor tu bole rujukkan ke mana2 hospital kerajaan. Kwan aku tu kata off dia susah nak time off, dtg lewat for appointment kehape, jadiknya kena amik cuti, again kat sini dua2 org kena memain peranan. Kenalah bergilir2 .Kenalah tak turn amik cuti kan kalau tak boleh. Even kami pun salu gak SP amik cuti.  Mcm opis aku tak berapa kesah sgt, sbb dorang tau masalah aku, masalah delin mmg kena pi therapi sebulan sekali or dua kali, so datang lewat skit dorang tak kesah. Lgpun bukan kita menipu pun kan. Aku pasti majikan akan bertolak ansur jer.  Aku beruntung sgt sbb majikan aku sgt prihatin. Tak pernah persoalkan pun kalau aku dtg lewat sbb appointment. Dengan syarat aku maklumla dorang dulu.  Ada masa kami mintak je time chit kat Dr tu as a proved kan.  Ada masa amik jer cuti pun. Takde hal.

Bila Allah beri dugaan pada kita, maka kita adalah insan terpilih dari yg ramai kan.  Justeru kita kena salu berlapang dada dan berdoa.  Semoga segalanya di permudahkan urusan dunia dan akhirat.  Kalau kita as parents tak bersusah payah untuk anak2 begini sapa lagi??.  Mesti ada hikmahnya Allah beri pada kita. Mana kita tau ntah2 anak2 istimewa ni lah yg satu hari esok jga kita sampai ke akhir hayat kan.

I dont mind mengaku ada ada mcm delin. Bahkan I m glad kalau bole share pengalaman, ilmu dan segala benda yg dah kami lalui  untuk kawan2 yg lain. Sbb tu selalu je aku made new friends dgn parents2 yg lain tu kalau terjumpa kat sessi therapist. Yg ada tu putus asa dah, taktau nak buat apa.

Aku cukup taksuka org yg mudah putus asa dan menyerah kalah.  Kita mesti kuat, mesti carik jalan berusaha untuk anak2 cam tu. Bukan dorang mintak pun jadik macam tu . Apalah daya dorang kalau kita parents sendiri tak berusaha untuk mereka.

Tak kira apa masalah anak kita, kita kena selalu beringat.  Sekurangnya Allah tak beri anak2 kita cacat fizikal, tak beri cacat mental kan. Cuma sedikit kekurangan je dari kanak2 yg lain. Ada sebb Allah beri keistimewaan tu pada kita kan.

For us, having delin sgt menguji kesabaran dan kasih sayang antara kami suami isteri dan seisi keluarga. Segala urusan delin kami bergilir2 laksanakan ataupun kami bersama2 laksanakan. Well, mmg cabaran besar lah kan, terutama ada anak2 lain yg perlu perhatian yg sama. Sebagai parents kami cuba buat yg terbaik dan tak pernah beza2kan kasih sayang antara mereka. Sapa yg nakal dan  buat salah perlu di pukul mmg akan dipukul. Yg perlu dimarah mmg akan di marah juga.  Takde istilah dia salah..kalau sorang buat hal, tiga2 akan terima akibatnya. Gitulah.

Nasihat ku pada kawan2 dan diri sendiri, usaha dan ikhtiar. Berdoa banyak2.  Mintak dgn Allah byak2.  Beri kanak2 begini makan supplement, makan kismis, minum jus kurma dan apa saja yg kita rasa bole membantu.  Dulu masa mula2 delin bermasalah hyperactive, kami beri dia examo.  Persedian herba.  Alhamdulillah byk mmbantu. Tapi kena juga aware mende yg bole menymbang pada hyper active tu.  Benda2 manis mcm gula2, air berkarbonat, coklat, aiskerim dan sewaktu dgnnya mmg kami elakkan kalau boleh. Bahkan dirumah pun sama. Kami paksa dia minum air kosong bnyak2. Dan elakkan dia makan junk.  Since dah terbiasa agaknya, sampai skg dia terbiasa so dia pun x suka aiskerim cam bdak lain. Tak suka langsung coklat. Cuma tang gula2 tu lemah sket.

Yg penting, kita as parents pun kena sentiasa berdoa untuk dia. Kena explain betul2 kat anak2 yg lain masalah dia so that yg lain aware. Yg lain paham. Kalau bdak2 takde bermasalah pasti dorang akan tau apa yg kita nak dan maksudkan.

Like us, anak2 yg lain sgt alert dan prihatin.  Kalu keluar ke mana2 ke shopping complex masing2 dah aware dan alert dgn delin. Pantang dia gerak, pasti salah sorang akan cepat jerit beritau.  Pengalaman hilang beberapa kali kat pasar mmg beri kami suma pengajaran. Untunglah, sbb anak2 yg lain tu sgt berkerjasama. Terutama kakak yg sulong yg sentiasa jer byk membantu samada di rumah ataupun di luar.  Yg pasti...apa yg penting..kerjasama..Insya Allah

4 comments:

Irfa said...

kagum ngan ko n sp.
delin berdua dapat korang jadi mak ayahnya.kdg2 bila ku rasa 'sempit sesak dada psl apa2 mlsh' aku fikir balik.dah banyak Allah bagi aku..kenapa aku nak sedih hanya satu perkara kecil?huhu

Anna said...

Irfa,
kalau tak sapa lagi??..tu je la pun yg termampu kan..sbb tu apa2 jugak masalah yg mendatang aku salu je pujuk hati..ada hikmah semua ni..sabar, tenang. Kadang2 aku segan dgn SP aku tu sbb dia tu mmg sabar dan tenang sentiasa bkan macam aku ni...kdang2 cepat emosi....

MommyCT said...

www.spectrummum.wordpress.com. I baca she manage to pull her youngest dotter from terus tenggelam due to autism jugak. Both her dotter had autism. Cubalah if ur fren want to read and get some insight, treatment, diet n so on.

MyZsZs NOoR said...

Allah takkan uji kita kalo tau kita tak mampu menghadapinya kak.

Disleksia n autisme Insya Allah boleh dibimbing untuk berjaya macam orang lain. Cuma autisme ni makanan manis memang kalo boleh dielak terus.

Selamat bekerja.