January 13, 2012

Mari kenal apa itu Kekwat

Aku tatau perkataan kekwat tu berasal dari mana.  Kek aku tau la..Wat tu apa ntah.  Tapi menurut pakar bahasa prof adi kekwats..kekwats itu adalah ala2 berlagak, eksyen sombong sket gitu...kan Adi??..Aku pulak belajar guna pakai perkataan kekwats ni dari fesbuk lah.

Ada satu golongan lagi kat Fesbuk (antara frens2 list aku lah kan) ialah golongan kekwat.  Kekwat pulak ada dua. Kekwat lawak -jadik kekwat semata2 nak buat happening, Kekwat Berlagak giler- Haa, ni betul2 bodoh sombong dan berlagak bagus pnye kekwat neh.

Biasanya kekwats nak buat happening ni berlaku dikalangan yg rapat2 sahaja. Yang bole bertepuk tampar dalam fesbuk tanpa meninggalkan kesan emosi dan spiritual dalam diri memasing. Pendek kata kalau dia kekwats sikit kita tak terasa, sbb kita kenal hati budinya, kita kenal rupa parasnya di luar alam fesbuk (base jumpa huhahuha la kan) jadi kalau dia nak ala2 menyombong dgn stement berlagak dia tu kita pun tak heran dah. Pendek kata, takkan sentap punyalah.

Well, aku ni bukan la jenis cepat sentap. Tapi aku ni jenis cepat menyampah dgn org yg kekwat tak bertempat ni.  First of all, bukan kita yg mengadd dia kan.  Dia yg sebok2 terjoin group kekwats happening ni. Dia add kita pun sbb thru kawan kita. Pendek kata, datang dia kita tak undang, pergi dia kita tak halau. 

Dalam kategori kekwat happening pun ada juga species2 begini. Gurau tak kena tempat, laser tak kena tempat. Bak kata org hagak2 lah nak menulis apa2 pun.  Ni tak, mende yg dia tulis tu sungguh tak masuk akal langsung.  Ko dah tau org tu mmg keja dia memasak kan, agak2 nak bergurau lah pun. Ni tak buat stetmen 'ko ada kurap, sapa lah nak makan kat kedai ko?'..bukan ke melampau bunyinya gurauan itu.  Kok  ye pun kan. Dah tentu fesbuk si tukang masak tu dibaca dek berjuta org, maybe beribu pelanggan yg pernah datang ke kedai dia tuk makan. Tak ke menimbulkan fitnah di situ??

Lagi satu species kekwat ialah, dia rasa dialah je yg pandai. Mentang dia pangkat boss kan. Suma org cakap suma tak betul. Semua pendapat org dia nak sangkal. Walhal kadangkala org letak tu adalah ayat2 mutiara kata pun.  Mesti dia akan jawap and against the other way round.  Aku mmg pasan dah dari mula lagi, tapi like i said wat bodoh kekwat je. Bo layan.

Aku salu letak mutiara kata kat wall dalam bahasa omputih.  Bukan dari aku pun. Mmg ada satu matsalleh tmpat aku ni mmg tiap hari akan email mutiara kata yg berlainan. Jadi kadangkala aku rsa nak share benda2 tu aku post lah kat wall.  Ada jer species kekwat yg akan jawap.  Dalam bahasa inggeris gak, tapi salu je against apa yg tertulis kat situ..Kekwats kan?.  Nak tunjuk lah yg dia pandai sgt bahasa inggeris ke hape taktau lah aku..most of the time aku ignored je apa yg dia reply tu..huh, tak kuasa u olls.

Yg ada pulak sgt kekwats pasal apa mende makan yg kita cerita kat wall.  Bole pulak tu mengata org try to menipu lak pulak sedangkan kadangkala kita tersilap tulis, terlupa nak boh koma ke apa kan.  Tolonglah, particular sgt sampai mencari setiap inci dan penjuru salah orang so that ko bole hentam ..apa tujuan? nak tunjuk kau tu pandai lah kan, ko tu bagus dan tau segala mala lah kan?.  Hissh, malang betul la tabiat ko ni tau.  Yg paling ketara ialah  bila satu hari aku terlupa letak koma..alkisahnya cerita pasal makan jepun kat one of the hotel.  Yg mana ada main course dan buffet. Main coursenya tu aku choose for lobster (yg stuffed with cheese ntah hape jadah tu) dan aku bantai tempura kaw2..best giler tempuranya tu...masa aku tulis citer kat kwan aku makan lobster tempura....aku terlupa letak koma U ools.....wah bukan men lagi dia bantai aku.  Kata aku kantoi menipu makan kat hotel la kununnya kot. Sbb katanya tak pernah org buat lobster tempura. Cuma org buat udang harimau tempura je katanya..See??. Tau lah dia tu SANGAT PANDAI memasak hokay. ADA KELULUSAN UNI utk bidang masakan nih haa...tapi usahlah bongkak sgt u OOls kan..kita bukan la kokak sgt , bukan lah bodoh sangat..dan yg penting hati tak busuk sgt nak memperbodohkan org yg tak pernah makan kat hotel apalagi makan lobster kan...takde niat langsung ...tapi dia pulak lebih2 ..Siap kata kita kantoi menipu..apa barangg??

Dah tu dia kalau citer makan tempat mahal2 cam bongkak sgt. Mcm dia je mampu makan tempat mahal..cam dia je tau menu2 apa yg best. Org len suma taktau. Padahal, org dah makan dan rasa hampir seluruh hotel berbintang2 kat area KL ni takde ckp apa pun. Yg org nak share cuma sedap ke tak, best ke tak tu je.  Idak lah berniat nak bodoh2kan org kampung gitu kan.

Restoran2 besar2 dan mahal tu cam dia jer tau sgt. Padahal nya kita ni off kat depan KLCC jer. Anytime je nak pegi makan2 memana pun...free lagik bila company belanja kanss. Setelah bertahun2 kerja ni manjang je dpat makan kat tempat best2 free..jadik apa barang nak berlagak sgt2 kan. Kalau harap duit sendiri mmg la tak mampu kan.

Bila org cerita pasal makanan, masakan harus je mencelah. Pastu buat statemen2 maut yg kadangkala memalukan org. Pe bende tu?.  Harus lah bila ada peluang mmg aku basuh cukup2 dgn ayat yg sungguh berhemah gitukan.

Kalau kita ni tak ego, rendah hati kan sudah tentu kita bole je terima pendapat org lain dgn hati dan minda yg terbuka.  Bukan susah sgt pun.  Buang ke tepi kejap ego tu.  Mentang ko boss, ko je la salu betul..gitu?..kuli suma salah. Kuli suma bodoh?.  Mana bole ko treat suma org, kwan2 macam ko treat kuli kau kan.  Kawan2 bukan kuli ko. Pay some respect lah pada kawan. Baru kawan2 respect.  Respect ni org earn tau. Imbal balik dari apa yg ko beri kat org. Bukan kena paksaan.  Dah tentu2 ko sombong, bongkak dgn org, tu pasal org pun treat ko the other way round kans..what you give is what you get u ools..Jadik kalau nak org baik dgn ko, ko kena baik dgn org kan..as simple as that.  Rendah hati dan rendah diri dgn org, org pun akan buat gitu dgn ko..

Kadang2 kekwat sgt, kutuk kerajaan memacam.  Tu salah, ni salah..tapi bila kerajaan bagi  bantuan tu ko pi amik..bahkan ko yg memula tunjuk muka nak kutip bantuan tu kan..dasar. Kutuk Pas memacam lah bagai..bila Pas bagi bantuan kewangan, waaah laju jer amik kanss.  Itu lah masalah org kekwat lagi bodoh sombong ni tau.  Susah sgt nak ckp. 

Org meroyan pasal tgk cinta elyssa, pasal Dhia dia kutuk cukup2. Kata apalah layan citer melayu bla blabla. Bila org layan ombak rindu plak..kutuk lagi, apalah tak men lah citer jiwang karats gitu, cite melayu tipu bodoh2 gitu.  Tak logik bla bla..tapi dendiam2 ko sendiri layan tonton.com sampai abess 28 episod kansss?.  Hipokrit sungguh.  Kutuk lagi, org suka tgk citer melayu ni org yg jiwang2 terlampau, layan perasaan sgt lah kununnya..dendiam ko layan novel melayu..cinte pulak tu....ada ke org kutuk2 kau pun? takde kan, walaupun hakikatnya di luar fesbuk berbakul2 pulak kami membahan ko..kakaka, kasian tau org cam ni.  Pelis lah org kata.

Sbb tu bila dapat peluang nak basuh dia cara berhemah kan, aku bagi cukup2. Bukanlah cacian atau makian, sekadar ayat power yg mmg kalau dia baca dia sentap..sohih lah dia org yg macam kekwats bodoh sombong kan. Nak2 lagi ramai pulak yg me'like' komen aku tu tanda bersetuju, aku kira bertambah2 sentap lah dia u ools.

So dua tiga hari ni aku tak tgk dia komen apa2 kat wall aku. Aku pun tak kuasa nak komen apa2 kat wall dia. Afterall, dia yg datang kat fesbuk  aku kan, add aku, tagged aku dgn gambar memacam yg dia makan, dia beli  bla bla bla. Bila dia tak datang lagi kat wall aku pun..."ada aku kesah'??

Jadik, marilah kita sentiasa berasa rendah diri dan rendah hati.  Bahawasanya kita manusia ni sama jer tak kira kita kaya ka miskin ka..bos ka kuli kaa...suma org berhak dihormati.  Kerana apabila kita berikan yg terbaik pada org pada sekeliling...maka yg terbaik lah akan kita dapat sebagai pulangan nyaa...

Sekian...salam hari jumaat...renung2kanlah..selamat beramal U olllsss


No comments: