February 2, 2012

Addeelyn.

Finally, i have a piece and quite time to write in my belog aah. Smlm tu berkobaran semangat nak update dari umah uolls, maklumlah coti tapi sungguh hampeee belaka.  Idak ler dapat bersenang lenang pun. Rushing like mad, sampai aku rasa kulit muka ku yg halus tu panas terbakar dek sunburn u olls. Dahle serum Safi rania abess stok, nak beli adududu RM33.90 tu..nnti dulu lah. Bulan ni byk sudah belanja, so biar la dulu..tak penting tu..pakai je uV cream safi rania yg 2 tu dulu yeee.

Dalam aku bercadang nak piece in quite dok bersejot2 kat off tghari ni , cina2 + yg half cina mengajak aku pi join dorang yee sang kat KLCC. Best part sendiri bayar, tong tong katanya. Hissh tak kosser aku. Aku bukan cina pehal nak buang duit aku yg tentu2nya 50hengget ke atas for that thing? lenla org banjer kan? so aku sengaja bagi alasan takmo join lah...tak rela u.

Pagi tadi pun masa aku sembang2 sama Jlo, cerita perihal delin..bole ke dia kata gini "...eh, so anak u kategori OKU, lepas ni bole la ko dapat tax release..BESTNYE!!!..WTF?..best ada kad OKU ke best sbb dapat tax relief ke or sbb lain??...dalam hati aku nak je kata kalau ko nak tax relief utk anak2 OKU byk, ko beranak lah anak2 OKU byk2 kan..haaa, pastu bole le ko claim tax relief tiap tahun...dem...bodoh pun ya kan..

Okeh, berbalik pada apa aku buat semlam ye.  Pagi2 tu nak bermalas2 pun xleh la u olls, maklum anak2 sekolah kat selangor..aku dok bumi selangor sekolah pagi plak tu.  Idak la aku tergamak cam kawan aku tu anak pi sekolah, dia terbungkang tido lagi. Hissh, tak patut gitu kan. Sian kat anak2 tu. Nak tido pun agak2 lah. Hormat sikit kat anak tu.  Not me u olls..not us laki bini.  Suma pun bangun cam biasa ari keje tu. Buat la apa patut, buatkan air ke, sarapan ke. Roti pun takpe, janji antar dorang kat muka pintu naek bas sekolah, dapat dorang salam peluk cium tu..kan baik begitu.  Berkat hati anak2 nak belajar kans.

Amal mentang lah ayahnya coti, mintak di antar di ambik. Ye lah kasik chance kat anak2 katanya. Hehari nak bermanja ayah antar x leh, coti wilayah leh amik kesempatan.  Sementara ayah antar amal ke sekolah aku sempat facebooking...basuh kain seround, sidai kain.  Kakak dah lama pi naek bas sekolah tapi siap pesan tghari nanti pun nak ayah amik, petang nanti pi KOKO pun nak ayah antar jugak...ye la nak ooi.

Si Delin mmg kami tak sekolahkan semlm. Sbb pukul 9am ada sessi temuduga kat sekolah khas yg dia nak masuk tu.  So sambil buang2 masa kemas2 apa patut, lepas SP balik antar amal sempat lagi basuh kain 2nd round. Pelik aku dng umah aku ni taw, sehari tak basuh pun penuh laudry basket..apalagi seminggu uolls?? fitaam..lepas golek2 bagai dalam kul 8.15am kami kuar umah. Pi serapan kat mamak seround dulu baru pi ke sekolah tu.

Mmg kami dah di nanti rupanya. Borang2 pun dah siap diisi u ools, Pej pendidikan dah  maklumkan kat Puan Rozita tu.  Lama juga kami kat sana..dekat 1.5 jam gitu.  Assesement for Delin, aku kena isi borang bagai.  Byk perkara kami bincangkan.  Puan Rozita sgt calming orgnya, memahami sgt masalah bdak2 cam delin ni. Maklum org berilmu, berpengalaman hands on dgn bdak2 cam ni kan. Bkan mcm org kat PPD tu men taraaaaaam saja.  Dari perbincangan dan assesement delin dia kata delin ok. Tak la terus sgt. Cuma mgkin kadar IQ je way behind.  Ada juga dia ckp maybe nak tmpat kat delin kat darjah 1 - kelas biasa.  Sbb sekolah tu mmg ada sek biasa dan sek khas. 

Ramai org salah sangka, bila antar anak ke kelas khas anak kita akan dicampur dgn bdak2 down sydrome, autistic, lembam cacat dan sebagainya. Sebenarnya presepsi tu suma SALAH.  For u all tahu, aku pun dulu berfikiran negatif macam tu, so takmo delin masok sek khas. Sbb nanti dia akan tanya byk soklan nape org tu cacat bla bla bla.  Sebenarnya sebelum masuk, tu sebb dorang asses dulu kebolehan dan kemampuan bdak2 tu bukan men hantam lanyak dalam satu kelas.

For Delin pnye kes la contohnya..tak semesti dia kena dok kelas utk bdak yg paling lemah/lembam sbb dia dah pandai menulis, membaca mewarna. Infact, dorang bagi puzzles , bagi manik suruh masuk dalam jarum suruh mewarna dan macam2 lagi. She done it with excell.  Beria cikgu2 tu memuji, pandainya..........

Masa kami datang tu ada satu parents bawak anak dia. Umur aku rasa dalam 7-8 tahun kot. Mengidap Cerebal Palsy..for u ols taktau ni mcm cacat akibat sawan tu, anggota badan jadik bengkok2 tu. Dok atas kerusi roda.  Dorang tu datang takde appointment pun but sek tu still terima.  Utk kes2 begitu dorang kata biasanya akan di hantar ke PDK (Pusat pemulihan dalam komuniti) sbb sek yg situ khusus untuk mereka yg ada masalah pendengaran dan pembelajaran jer.  Melihat tu aku betul2 jadik insaf sgt u olls.  Bdk tu x bole berckp..cuma bole senyum. Bila panggil nama pun kdg respon kadang tak.  Paling sedih, pegang pensil, assesmement suma pun dia x bole buat.

Sbb tu kita kena salu muhasabah diri, dugaan bagi kami delin. Normal jer, takde cacat anggota dan cela, cuma pemikiran jer.  Syukur suma tu kan??.  Idak ler teruk kena pakai kerusi roda, tak bole langsung urus diri sendiri. Lagi sedih u ools. Delin suma2 pun bole. Kena salu tgk benda2 macam ni untuk bagi kita insaf dan sedar bahawa dugaan org lain lebih besar dari kita.  Aku tgk parents budak tu Masya Allah...tenang jer dua2 nya, sabar jer. Muka pun cool jer. Mesti sabar dia beratus kali ganda dari kami kan, tu sbb Allah uji mereka gitu. Allah takkan uji hambanya kalau dia tau kita tak le terima. Kena ingat tu selalu.  Lepas tu kami masuk pejabat bincang dgn Puan Rozita. Dia kata dalam masa seminggu, tunggu surat penempatan. Pastu byk la dokumen kena potostat suma 3 salinan. Nak kena bukak akaun BSN pun tuk delin. Byk lagi lah kena buat.  Sementara tu, Puan Rozita kata antar je sek mcm biasa. Once dapat surat nanti baru dtg sek situ.  Tu lah antara cadangan puan Rozita nak masukkan dia kat darjah satu. Dia kata nak cuba setakat mana kemampuan delin..kalau bole move on akan naek ke darjah dua dan seterusnya.

Dia kata lagi, bdak2 begini akan ada tempoh sampai umur 14thn sblom ujian UPSR. Kalau dorang ase layak sit lah for exam, kalau tak tak payah. Kerajaan kita bagus dia kata, peluang untuk org2 OKU ni terbuka sgt luas. Tak leh excel in akedemik bole carik kemahiran lain. Kerajaan akan bantu. Jalan untuk dorang sangat mudah sbb tak bnyak saingan. Pendek kata, sungguh bermotivasi dan hikmah tau kata2 Pn Rozita tu.  Org macam inilah kita perlukan. Dia sendri kata bdak2 begini bukan bodoh, bukan lembap. Dorang pun tak mintak gitu. Kita yg normal ni perlu bimbing dorang dgn sebaik mungkin.

Delin sgt suka dan teruja kat situ. Sekolahnya seronok katanya. Cikgu2 suma baik2. Cara melayan sangat lemah lembut, sopan.  Bdak2 istimewa begitu mmg la kena treat begitu kan. 

Usai urusan lebihkurang dekat kul 10 lebih.  Mana tau kuar je sekolah tu, ttba keta tak leh start. Sudah!!!. Mmg bateri dah kong. Maklum lah dah 3 tahun sejak beli batrinya tak mati2. SP pun ada ckp ari tu, masa balik kg ari tu dia dah beli spare bateri dah pun.  Mujor la dia pandai nak tukar bagai. Lau tak pangge mekanik ntah berapa hengget ratus dia charge.  Panas bedengkang pulak tu smlm  u ools..

Dah siap tu rushing ke kedai pulak. Kakak nak tudung kale itam on last minit request.  Nak ke pekan rawang takut tak smpat sbb kul 11am amal balik sek KAFA. Meredah bebrapa kedai kat Country Homes tu, tak de jual u olls tudung itam..apebender ler.. Dan 3 kedai pi give up lah, kami lepak kedai mamak lagi sekali minum sementara tunggu amal balik. Aku pg2 tu dah kuarkan daging, ikan  bagai nak masak kununya lah kan..mana tau tak dan.

Kul 11am ambik amal balik KAFA dah mengadu hero sorang tu lapar. Mana sempat nak masak lagi kan. Kul 12 lebih nak gi sekolah SK pulak.  So singgah kedai kejap.  Beri dia makan nasik baru balik umah.  Masa balik tu laundry semesin lom sidai. Aku sbok nak masak. Karang kakak balik tghari nak makan.  SP tolong sidai kain sementara amal dgn delim men game kat lappy.

Kul 12.45 pm SP pi antar amal gi sekolah kebangsaan.  Pastu amik kakak yg abes sekolah kul 1tghari.  Masa tu aku dah siap masak pun. Goreng ikan, goreng sayur dan buat dendeng daging. Pukul 1 lebih kakak tiba umah.   Rehat kejap, pastu kena get ready nak pi Ko KO kul 2 lebih. Aku, delin pun ikut sama sbb nak ke BSN bukak akuan for delin pnye elaun OKU nanti.

So, lepas antar kakak pi sekolah kami tros pi pekan Rawang. Selangor keje semlm so urusan banking bole jer. Jenuh u ols, ai menunggu dari kul 3pm kul 4.45 baru dapat giliran. Ramai giler org2 nak amik duit bantuan satu Malaysia tu. Yg tua ramai. Merungut2 dorang, sampai ada yg terlena.  Pukul 5 lebih aku selesai urusan suma2 tu, masih ramai lagi yg nak amik duit bantuan tu. Aku ingat mesti sampai kul 6 lebih kot smlm kaunter bsn baru slesai suma. Selow giler dowwh.

Dari situ teros nak balik . Kena gi sekolah amik kakak yg balik kul 6. Perut aku lapar sungguh. Mana tak makan nasik pun masa kul 11am menyuapkan amal tu. Delin pun merengek lapar.  Dah la dari pekan rawang ke rumah jammeddd hazaaaaaaaaab u ols.

Sementara SP isi minyak kat Petronas, aku amik kesempatan tapau nasi goreng kat kedai sebelah dia tu..sama air. Dah lapar u olls gigil tu.  Dalam jammed gitu sempat gak aku makan, suap delin..dan suap drebar jugak yg kelaparan.  Dalam perjalanan kakak dah kol kata dah bole balik.  Pukul 6.15pm baru kami sampai amik dia, rushing ke masjid jap for Asar.  Pastu lepas Asar pi sek keb amal pulak jemput dia.  Sudah2 suma tu kami pi kedai gambar pulak, nak kena amik gambar delim 4 keping. Sementara nak tunggu siap tu, kedai mamak lagi..(smlm baru aku sedar 3x pi mamak uolls) haha.  Setengah jam siap katanya. So kul 7 dah sudah makan baru lah amik gambar dan balik..


Phewwww.....penat giler u olls. Muka ku ase terbakar panas.  Badan rasa letih dan melekit2 u olls. Tak padan dgn urusan2 tak padan dgn cuti.  Dalam sejarah aku pi urusan kat bank sebgtu lama u oolss.betul2 dalam sejarah.

Apapun sumanya dah selesai.  Tunggu surat penempatan for Delin jer. Seblum get ready dokumen2 yg sekolah tu perlukan dan nak kena ntar.....

What a day!!!


3 comments:

NenetPenne (NP) said...

i baca pun penat dengan urusan yang u kena buat tu...

ada ke patut cakap best dapat tax release untuk OKU..eee tak faham laa orang mcm tu..agak2 laa buat statement..segal

Anna said...

Alah Net, JLO tau jer la ..mulut xdak insurans..manjang komplen2...bila benda freee lajuuuuu...

Irfa said...

bengom la makhluk yg cakap tak pakai otak tu..dia nak ke anak OKU?duit punya pasal sanggup mintak bukan2..

apa2pun korang mmg ibubapa yang terbaik untuk Delin.