February 16, 2012

Addeelyn

Sejak dah tukar sekolah pendidikan khas ni, dah hampir 2 minggu. Syukur Alhamdulillah. Tu je bole aku katakan. Sbbnya, Delin tak lagi refused dan memberontak nak pi sekolah macam selalu.  Takde dah soklan hehari 'Ma, sok sekolah ker?".  All we could said dia sangat gembira dan bersemangat nak pi sekolah.

Masa mood2 dia tengah baik, aku korek rashia sikit2. Tanya camne kat sekolah. Camne kawan2. Camne cikgu suma. Apa aktiviti...apa cikgu ajar..those kind of common questions. Overall tak lagi kedengaran kes2 pembulian dek kawan. Takde lagi org ejek dia bodoh, lembap...dan macam2 lagi.

Saya suka pegi sekolah. Kawan suma baik2. Cikgu pun baik. Kalau saya tak tau, cikgu tunjuk. Cikgu ajar sampai pandai.  Hari Selasa pulak ada sukan, macam2 cikgu ajak main.  Hari rabu ada puteri Islam. Ramai kawan2 pun suma pakai baju pink.  Gitulah komen dia.

Dah takde lagi benda2 pelik dia beli kat kedai buku.  Kalau tak, pemadam lah, pensil lah..buku nota kecik2 ada gambar katun bagai.  Cuma yg ada dlam beg dia buku2 tulis, kotak pensil dgn pensil2 dan kaler yg tak pernah hilang dah. Dah takde org curi atau amik suka2 stationery dia.

Sejak bersekolah khas ni, nampak banyak sgt perubahan ketara pada dia.  Dia lebih mendengar kata berbanding selalu.  Lebih byk bercerita pasal sekolah, pasal kawan pasal cikgu. Kalau tak, payah nak korek citer sbb ada mood je dia bercerita. Mcm dia tak gembira langsung dan tak enjoy langsung pi sekolah biasa tu. 

Dia lebih banyak berkomunikasi dgn seisi rumah.  Walaupun mmg salu jadik mangsa buli Amal, tapi dah nampak protes dan melawan. Kalau tak asik menangis jer, asyik terjerit jer.  Sekarang kalau kena cuit amal atau kena usik..dia pantas melawan. Mempertahankan diri tak kira dgn apa. Nampak dah daya juang membela nasib sendiri berbanding masa dulu, menyerah bulat2.

Sekolah Pendidikan Khas ni pun ada macam2 aktiviti dorang. Perkhemahan lah, melawat sana lah, melawat sini lah.  Masa persekolah pun dorang buat aktiiviti melawat jugak. 2-3 hari lepas Delin mengadu kawan2 suma pi Kelang, melawat apa ntah. Tapi dia tak ikut, mgkin sbb borang kebenaran tu dorang dah pass lama kan, Delin baru join so takde kebenaran parents, tinggallah dia sensorang kat dalam kelas dgn cikgu katanya.

Semlm dia bawak balik borang. Borang perkhemahan katanya.  Eventnya bulan April nanti. Ada la sikit bayaran utk makan. Dia dgn excited kata nak ikut, nak join kawan2 camping.  Wah, nampak dah ada peningkatan kan. Klau tak hapah lantak persatuan apa kat sek biasa tu haram dia nak amik port.

Baguslah, satu perkembangan yg sgt bagus untuk dia meniti masa depan. Semoga lepas ni dia akan lebih berdikari lepas bergaul dengan golongan sebaya nya.  Ada juga dia cerita ada kawan2 yg cacat pendengaran. Down syndrome dan macam2 lagi. Tapi mereka tu kat kelas lain. Cuma sesekali cikgu akan kumpulkan mereka. The best is Delin pandai berbahasa isyarat tangan. Cikgunya ajar untuk berkomunikasi dgn kawan2 cacat pendengaran katanya. Lucu tgk dia menggayakan.  Aku berkali2 pesan baik2 dgn dia, utk tidak memandang hina pada kawan2 yg cacat pada fizikal rupa dan gaya.  Aku pesan padanya, mereka tu Allah jadikan istimewa macam dia juga. Jadi tak bole hina dan pandang rendah pada mereka. Kena hormat dan kawan mereka mcm kawan2 yg lain juga..Ya, mama saya tau. Cikgu pun selalu pesan gitu....wah, bagusnya anak mama yg sorang ini. Dah pandai dan paham. Mungkin sbb itu dia merasa selesa,seronok dan tenang di sekolah pendidikan khas ini.

Dkat sekolah tu pun ada kedai buku, bermacam2 ada jual kat sana. Aku dah tgk masa pi photostat ari tu. Tapi takde satu pun dia beli!.  Hari tu SP kata masa dia amik delin dari sekolah ganti ari Sabtu delin ada kata, kat kedai buku tu Ayah macam2 ada jual. Pensil, buku..bnyk gambar angry bird. Tapi saya tak beli pun. Saya tengok ajer. Cikgu kata kalau nak beli kena tanya mama atau ayah dulu...Kalau masa tu Delin ckp dgn aku, mesti aku dah peluk dia kuat2.. Dan kata, wah anak mama sangat pandai sekarang ni.

Sekarang ni, pagi2 masa nak pakai baju sekolah pun aku akan pakaikan sambil pesan macam2 dgn dia.  Sambil2 sikat rambut, boh bedak ckp menda2 yg elok dan puji dia.  Dulu dia susah sgt nak minum air. Sampai kering merekah bibirnya tu, skg tak lagi.  Hari tu aku ckp, kalau awak minum air bynk nanti bibir awak cantik tak kering. Hari2 aku akan bekalkan ari teh untuk dia. Bila balik aku tgk abes, bila aku tnya dia kata dia minum suma abes. Dan aku akan puji dia..pandai, kan bibir dah tak kering lagi sekarang.

Gitulah adanya, walaupun nak kejut pagi2 tu kadang ada liat sikit, tapi semangat dia nak pegi sekolah sangat membanggakan. Sbb dia tak lagi merengek maupun buat perangai bila nak pi sekolah.

Semoga semuanya ni berkekalan sampai bila2..dan moga Allah terangkan hatinya, bukakan mindanya untuk menerima pelajaran kat situ kan.  Takde lain doa aku selain mau tengok dia belajar, membesar dan hidup dgn gembira.  Biarlah lambat pun IQ pun..Delin tetap bintang hati mama... :)


2 comments:

SyuQ said...

puteri islaammmm??? fitaaammmm. hehehehe

satu perkembangan yg menakjubkan. semoga delin membesar menjadi anak yg soleh

Irfa said...

alhamdulillah,,.kadang2 anak2 ni lebih di puji dr kena marah