March 15, 2012

Home Sweet Home

I m bit depressed skg ni dgn org2 yg suma nak jadik boss kat opis ni kan..so take a break dulu..buat citer2 menghiburkan hati kanss.


Dolu-dolu masa mak and bapak ada, tiap kali bepergian ke umah anak2 kan, terutama umah aku la kan mana betahnya nak dok lama. Paling lama semalam dua. Pastu mule gelisah nak balik.  Paling lama pun dok dalam seminggu. Masa aku dalam pantang bersalin tu. Pas tu mak mesti ajak balik kg sudah.  Tak selesa katanya. Nak jugak balik umah sendiri. Bapak pun sama. Nak je pergi kemana2 tapi nak balik cepat ke rumah sendiri.  Masa tu aku cam pelik napanya ada kat kampung tu ha.. ayam itik? ala pandai jer haiwan2 tu carik makan sendiri keliling umah tu. Anak kecik? confirm takde. Anak kucing ada lah kan.

Lepas bapak dah takde, kerap juga aku bawak mak datang KL dok umah aku barang seminggu dua. Tu pun mak cam gelisah jer tak selesa.  Padahal bukan suh buat keje apa pun. Pepagi aku masak siap2. Balik keje aku beli je apa2 yg mak suka. Goreng pisang ke, burger ke. Apa2 jer. Mak suka makan Kepci,so kerap jugak balik keje ada bawak kepci. Mesti ada je makanan tapau for mak. Hari2 keje mak rilek je kat umah . Makan, tido..rehat, tgk tibi. Tapi tu tak bole menghilang kebosanan mak. Ye lah, kat kampung tu pepagi mak dah merayap ke mana2 ntah.  Kadang tanam serai, merumput, bakar sampah. Ada je aktibiti dia. Tak pun jalan ke depan umah mak cik Mas. Gebang2.  Pendek kata mcm2 aktibiti mak compared kalau dok kat KL ni.  Aku suh gak mak ajak bdak2 jalan2 ke kedai ke ke taman ke. Tapi mak salu kata tak best lah nak jalan2...so ada takde abiskan masa kat umah jer. Malam kalau mak rajin kami ajak mengeteh roti canai ke..satay ke. Sama juga kes mak SP. Pun gitu. Paling lama seminggu mula dia gelisah nak balik dah. Pdahal takde apa yg dia nak risaukan kat kampung. Tapi org tua..gitulah kekdahya. Baik arwah mak or mak mertua pun aktibiti kat kampung dorang hampir sama jer.  Ada jer benda nak buat.

Lepas dah bekeluarga sendiri , berumah sendiri dan maybe dah semakin umur banyak ni, aku mula terasa apa yg arwah mak rasa..apa yg mak2 kita rasa. Tak betah nak berlama2 meninggalkan rumah.  Ternyata apa yg mak salu rungutan dan cerita dulu now happen to me.

Tiap kali berpergian, tak kira berholiday ka, balik kampung ka...aku mmg pastikan dapur2 ku bersih. Mean takde pinggan mangkuk dalam sink. Takde makanan atas meja dibawah tudung saji. Lantai dapur bersapu bersih, barang2 berkemas.  Baju kotor pun kalau tak basuh lagi dalam bakul laundry kering.  Bilik air yg penting dah bersih.

Paling peri pentingnya, hall. Kena bersih dan kemas.  Pantang aku balik masuk umah tgk umah cam kapal karam. Serabut otak. Kalau hari kerja tu biasalah kan, cant help it. Dgn beg sekolah suma sedia maklum. So bila balik berpergian bercuti, aku nak masuk umah je tgk hall kemas..baru lah senang hati kan.  Gitula.

Ada DUA perkara penting yg salu jer membuat aku nak pulang ke rumah sendiri cepat. Terutama kalau balik kampung. Tak kira kampung aku ke, kampung SP ker. 

Pertamanya, pasal tandas.  Ya, aku ni sgt cerewet pasal jamban. Terutama kalau nak bisness besar.  Ye, nak berak. Masalah besar tau. Walaupun jamban tu bersih mana pun kalau bukan di rumah, bukan jugak di off ala2 tak jadi gitu. Aku pulak mmg prefer tandas duduk pnye, lepas bersalin lama dulu aku dah tak guna tandas yg bawah tu kecuali KECEMASAN.

Tandas kat opis aku ni, sbb ada bberapa org jer guna (less than 4 org) so aku rasa mcm bersih la sikit.  Kat umah ofkos lah kan, dan sendiri sental kaw kaw harus lah. Anak2 pun nak guna jamban kat dalam bilik aku MESTI minta izin. Sampai gitu sekali.  Yg pasti aku tak suka share jambans.. haha.

Jamban kat umah mak kat kampung ku tu mmg arwah pak buat purposely yg duduk pnye. Sbb dulu arwah bapak lepas accident kaki dia x leh lipat.  So dia usahakan buat toilet kedua jenis duduk pnye.  Kebetulan pulak aku bersalin ketiga2 operate. Dalam pantang mmg dok kat kampung jer, senang sikit nak kecing ke berak ke kan.

Kat umah mak mertua pulak jamban jenis cangkung tu. Mmg sangat sangat bersih jambannya u olls, tapi entah napa tiap kali balik sana perasaan nak berak tu selalu jer tertahan.  Sbb jamban ke, sbb apa ke taktau lah, cuma kalau dah tak tahan sgt tu terpaksa la kan. Yelah buatnya 4 hari kat sana takkan tak berak2 u olls. Tapi umah mak mertua jambans suma dalam rumah. So takde hal nak bangun kul bape pun kalau nak terkencing ka...terbeeerr ka.

Kat umah mak kat kampung pulak paling haru!!. Sbb jamban bilik air segala kat luar rumah.  Dah la aku ni penakut.  Tak kira la, hantu ka, org ka, haiwan ka.  Selalu tau, tgh2 malam time syok2 tido tu nak terkencing bagai.  Bila dah jadi cam tu, org tido sebelah aka SP aku kejut dan gugah suh temankan. Time2 berbaik2 no hal la kan. Time2 berperang or bergaduh ka..tak ke naya aku??. Nak kejut pun mcm tak sesuai. Org yg tido pun takkan nye nak bangun kalau tgh bengang dgn aku kan?.  So, seboleh2 aku cuba untuk tidak berperang dgn SP time2 balik kg aku tu. Karang tgh malam nak kecing berak, sapa nak teman aku?.  Kadang2 sampai sakit perut tau tahan nak buang air kecik.

Dan baru2 ni, akak cerita ada sepasang ular sembur (cobra) kat jamban belakang umah (jenis duduk tu) dibunuh dek abang ipar aku tika cuba2 nak masuk dapur lagi lah...sampai ke sudah aku tak pi ke jamban tu tau.  Terseksa batin mak nak kejamban cangkung kat sebelah kanan umah tu..tapi dah desperate..aku terpaksa!!!.oh, pasal ular tu mmg standard la kat swah. Tikus banyak ular pun banyak. Bberapa kali juga masuk rumah. Byk kali jugak dibunuh.  Tapi setakat ni alhmadulillah, takde pun apa2 kecelekaan bersangkut ular ni. 

Yg baru abang ipar aku bunuh baru ni mmg besar akak kata. Dia sendiri tak berani nak tgk.  Mmg biasa, kalau bunuh sekor, datang lagi sekor.  Jantan dgn betina org kata. Tu sbb dilarang bunuh ular dalam umah, kalu bole la. Kalau tak bole belasah jer la.  Paling penting kena guna buluh.  Tu petua org tua2 lah kan, apa tujuan dia taktau lau.  Belerang kuning pun ditabur keliling umah utk elak ular masuk.  Tapi tau jer lah kat kampung...mmg ada jer masuk dalam umah.

Perkara ke 2 yg menggangu aku ialah time nak menidurkan diri di malam hari.  Maklumlah kat kampung, mana ada katil tilam empuk bagai dirumah. Paling koman pun tilam nipis. Tak pun toto kan buat alas.  Arrgh, terpaksa la tanggung 2-3 malam sakit belakang baring kat toto nipis kan.  Kalau kat kg aku, kena pasang kelambu bagai sbb nyamuk banyak. Nyamuk bendang pulak jenis tak makan saman dgn ubat nyamuk u ols.  Jadik penyelesaiannya, pasang je kelambu. Kat umah mak ada 4-5 lai kot kelambu.  Taim2 nak raya meriah tau dgn kelambu2 berpasang kat umah mak. Sbb umah kampung kan ada jer tempat nak gantung talinya. Cuba kat bandar tgk?..haram nak sangkut susah giler. semalam dua tahan lagi tido kat kampung. Masuk malam ke 3 mula dah ase gelisah. Ase tak sedap nak baring. Rasa tak empuk bantal cam kat umah.  Paling malas nak mengemas kelambu bagai kan..adooi.

kat umah mak mertua pulak jenis tak pakai kelambu bagai. So kena pakai ubat nyamuk. Tapi benci tau, pakai ubat nyamuk pun, nyamuk tetap nging nging kat telinga. Besar2 pulak tu. Banyak tok sah citer.. Tapi apakan daya, mana bole komplen lebih2 gitu kan..kang terasa pulak hehe. So, telan jer lah. Tahan je la. Kg SP pulak jenis dusun yg nyamuk tak kira masa ada jeer. Dok depan umah kejap pun berpuluh nyamuk datang.  Antara anak2 dan aku, taktau nape nyamuk suka kat aku jer.  Kat SP?? langsung tak de u ol. langsung taknak gigit. Selalu aku perasan, mesti daarah aku sedap dan lazat kanss...hahaa


So, bila dah berpergian berhari2 dari umah sendiri, ada satu perasaan datang. Aku kira ni lah perasaan mak2 tu. Rindu pada umah sendiri. Terbayang nak baring2 depan tibi sambil tido siang..(kat kampung confirm takde terlayan der tibi bagai).  Kalau ase nak berak ke kencing ke tgh2 malam tu bangun jer dari katil dah bilik air. Anytime jer. Takde nak fikir ada hantu ker..ada ulor ke..paling penting tak payah kejut org seblah yg sedap berdengkur tu kans. Anak2 pun nak kencing ke hape, depan tu beberapa langkah dah sampai. Senang.

Dapat baring kat katil sendiri pulak walaupun tilam tak sehebat tilam Vono ZZ iklankan tu kan, tetap rasa lega. Dengan bantal kekabu yg kadang2 dah kepek u oll tetap rasa nikmat tak terhingga.  Dapat pi dapur dan buat air apa jer nak at anytime sungguh heaven. Maklumlah dapur aku kan cam 7-11..macam2 ada. Ckp jer nak air apa..suma ada. Kat umah org?? walaupun umah mak sendiri mana bole nak lebih2. Nama pun umah org nak demand lebih2 cam ada org tu melampau lah kan.

Pendek kata, now aku paham. Kenapa dulu mak salu kata, nak balik umah sendiri. Walaupun buruk mak cakap, makan nasik lauk ikan kering...home sweet  home..rumah sendiri tetap di hati. Begitula yg aku rasa sekarang ni. Anak2 pun sama, lebih dari 2 malam jer meninggalkan umah sendiri mula gelisah tnya, bila nak balik bila nk balik.

I guess, ni maksud umah ku syurga ku..tak kira jauh mana kita pergi, hebat mana tempat tu..rumah sendiri tetap di hati kan...sbb, di rumah kita sendiri kita betah dan terbiasa  untuk berbuat apa2 pun tanpa ada halangan. Tanpa perlu fikir apa org lain rasa..tanpa risau nak berbuat apa2..kerana...rumahku, adalah syurga ku...kan..Korang? setuju tak apa aku cerita ni?..sila angkat kaki..hehehe



















2 comments:

Irfa said...

setuju ;)
home sweet home

bab toilet tu aku pun memilih.aku lebih selesa toilet duduk.sib baik umah aku @ umah mak kt kg @ umah mil sume toilet duduk.semua pun toilet dalam umah je

bab tido pun aku selesa je mana2
senang bela kot tp biasala biar umah aku kecik,tpi tetap selesa bagi aku

Anna said...

Umah kita sendiri, walau kecik, sempit..buruk..tetap dihati kita..tulah namanya..Our Home..where our hearts is..kan?