March 14, 2012

Keseronokan di Kampung ku

Sesungguhnya anak2 kami sangat beruntung. Sbb apa?..sbb ada dua kampung yg berbeza. Kampungku yg dikelilingi sawah padi dan bendang, manakala kampung SP yg dikelilingi dusun durian, rambutan dan macam2 buah2 han lagi.

Pendek kata, sekurang2nya mereka menikmati zaman kanak2 mereka dgn gembira di kampung . Dan walaupun hidup di bandar mereka masih berpeluang berbasikal, main lumpur dan selut kat kat sawah, dan juga merasa memancing sendiri ikan2 sawah.

Hari Isnin tu, kami tak kemana2.  Saje rehat2 kan diri je di rumah mak.  Kakak  keje, so tinggal lah aku anak beranak jer kat umah dgn anak kakak si Yen. Pepagi lagi lepas sarapan, SP sebok dah merumput di keliling umah. Bakar2 sampah dan menanam semula betik lah, aloe vera lah. Macam2 lagi aku tgk dia tanam. Mmg hobi dia berkebun dan tangan ajaib dia tu kalau tanam apa pun hidup taw.

Pepagi tu aku dah tgk dia mula pasang pancing. Alah kat parit kecik jer tepi halaman umah mak tu.  Hari ahad tu mmg aku dah get ready beli udang kecik2 kat pasar.









Anak2 ada yg sebok main dgn arnab ada yg sebok jadi papa razi kehulu hilir bawak kamera sbb nak snap gambar2 ktanya.  Lihat sajalah kesungguhan mereka memancing u olls.

Aku dah takde mende nak buat, join semangkuk dgn dorang.  Mula2 dapat la ikan puyu kecik sekor..pastu dapat ikan haruan . Tak sangka besar sampai melendut pancing aku dibuatnya. Kali kedua pulak lagi tarikan yg kuat..rupanya, belut u olls..mmg aku ase nak melompat lari, tapi dah dapat tu kan. Rugi la nak lari bagai.

Ni lah belut yg aku dapat. Mak ai berat amat sungguh.  Tak larat nak angkatnya.  Teringat aku citer jelajah joran tu . Katanya masa rembatan pancing tu rasa sgt teruja. Ye,sesungguhnya u olls. Masa tarikannya tu rasa mcm excitement yg tak le cerita ..


Selain belut, dapat juga ikan haruan dan puyu.  SP la jadi mangsa cabut ikan dari mata kailnya. Mak malas nak pegang u. Tak kossser hehe.

 Apa ntah difikir budak tu..
 Kat sawah sebelah umah mak tgh dibajak seblum ditabur benih padi. Jadi ketika bajak berjalan, banyak sgt burung2 bangau kat belakangnya. Ku kira makan cacing maupun ikan gaknya. Tp mmg akhir2 ni bnyk sungguh kat sawah. Sedangkan seingat aku masa kecik2 dulu tak pernah pun tgk burung ni kat sawah.

Hero sorang ni, boring kat tepi umah pi kat jambatan pulak. Tak puas hati sbb pancing dia tak dapat2 lagi. Sedangkan delin pun dah dapat ikan masa tu. Ofkos hati ase dengki sket gaknya..haha


 Ni ikan puyu  yg delin dapat....

 Ni pulak ikan haruan dari pancing ku..
Tgk to..kejap tukar port, kejap tukar..tapi masih tak dapat2..

Menjelang tghari, harus di siang ikannya. Mak ni kan malas nak siang2 bagai ..jadik SP ler yg beria2 nak menyiangnya. Dulu kalau arwah mak ada, dia lah yg bersusah payah siang tau. Anak2 dara masing2 malas ...susah nak siang ikan tu..dah le licin, melompat2 pulak tu.

Tadaaaaa...ni yg dah siap di siang.  Basuh dgn limau nipis, gaul kunyit dan garam goreng rangup.sedap!!.

Apa?? belut??..hmm, SP pun nampak gayanya tak berani nak menyiang belut yg dua ekor dapat tu. Sudahnya dimasukkan dalam tempat kurungan dalam kolah lama tepi umah tu...


Gitulah kami abiskan masa masa cuti sekolah. Sungguhpun singkat tapi sgt berkualiti..baru sampai rumah sendiri anak2 dah tnya..bila nak balik sg besar lagi??..hmmmm....

2 comments:

Irfa said...

seronoknya
aku asal dr kampung tapi xde pengalaman bab mancing2 ni

Anna said...

Irfa,
SP giler mancing...aku x benarnya..tapi terikut2 dah. Lgpun seronok bila mendapat ikan...selalu je aku pnye rezeki murah..dapat saja