March 29, 2012

Mara oh Mara part II


Weekend lepas kami balik kampung SP. Ada kenduri kat umah sedara belah MIL.  Sebab tak cuti sekolah or hape harap cuti weekend jer, kami cam agak rushing. Sedeh, sbb tak sempat pi jalan jalan carik makan nasik beriani gam Md Shah kat Peserai. Sbb masa sgt suntuk.

Kami bertolak jumaat malam dan tiba kat kg SP lebih kurang pukul 1 lebih pagi kot.  Sbb anak sedara SP si mila ikut bersama dua anaknya, kereta agak pack.  Amal terpaksa duduk kat depan dgn aku.  Kesian kat Mila sbb teringin nak ikut tapi suaminya sebok keje.  Since bdak2 pun suka melayan anak2 mila biarlah dorang meriah sikit ada bdak lain.

Aku mmg tak sangka sungguh yg abang SP yg sorang tu balik. Of kos la kalau dia balik kan bini dia ikut sekali. Ala, bini dia yg biras aku kata aku dok paneh hati pasal pinjaman mara tu kan.  Since hari sabtu tu sangat damai dan tenang, aku sungguh x tau bahawasanya dia akan balik hari ahad tu just to attend the kenduri.  Masa hari sabtu tu, aku seronok lagi meriah sbb parents mila ada..ada adik2 pempuan mila gak datang pagi tu.Alhamdulillah, aku berjaya jugak bertudung dalam umah MIL masa balik tu, walaupun bukan bermini telekung lagi. Setakat tutup kepala dgn skaf. Yg pasti, sentiasa aku berskaf kalau nak kuar bilik apa. Alhamdulilah. Pelan-pelan kan?.

Hari Ahad tu, suma pun berpakat nak pi kenduri tu lewat sikit.  Agak dalam kul tengahari . Maklum memasing anak sedara beranak kecik. Mana kan bole dok berlama2 kat situ kan. Sedang sbok bersiap dalam kul 11 kot, terpacul la abang SP tu. Hisssh.

Sbb hati aku sgt panas dgn dia kan, idaklah aku bermuka2 beramas mesra sama dia.  Hati sangat sakit dan menyampah tau nak melayan org yg sememangnya menyakitkan hati ku sampai ke sudah. Seboleh2 aku mengelak nak dok berdua dgn dia.  Lepas suma sedang bersiap aku yg mmg dah siap tolong dukung si Adiib anak adik mila yg umur baru 7 bulan tu. Sambil dukung2 adiib kat luar umah MIL aku nampak biras aku tu bersms ke ntah berfb ke kat hall utama.  Tak hingin aku weh nak dok situ.

Tapi dia panggil jugak. Nak tak nak kena la pi dekat dia. Dia suh duduk lagi, tapi aku x nak. Aku selesa berdiri. Then i said, cakaplah apa dia.

Kononnya, dia dah buat payment kat Mara. Which 1/8 dari total loan dia tu supaya dapat keluarkan nama aku dari penjamin katanya..(mcm lah aku nak pecaya dakwaan dia tu kan, takpe..i m listening). So dia kata nak buat bayaran..(read me NAK, mean belum lagi). sebanyak 18k ke hape ntah.  Aku tak amik port sgt. Then dia kata lagi if dia settle tu..(read me IF) automatik keluarkan nama aku sebagai penjamin kedua tu..Ada such thing ke?..Puan Halia, if you read this kan, please komen.

As far as aku yg tak belajar tinggi ni kan, apa jua pinjaman, tak kira la koperasi ka, loan keta ka..umah ka,..along ka...selagi  peminjam utama tak buat settlement JGN HARAP penjamin pun bole bersih kan nama. I am right?. Ye, sbb aku bukan tak biasa buat loan ke hape. All i know begitu. SP keje kat Bank, dia lagi bol tau suma rules and regulation peminjam. Kalau peminjam x leh bayar, dorang akan buru penjamin..betul tak??

So, segala yg dia cakap tu..sorry to say malas nak percaya dan tak percaya langsung.  Dalam hati, aku nak tunggu dah lihat jer statement Mara yg mmg dorang akan antar lagi nanti. Tungguuuuuuuu.  Pastu dia buka cerita lain pulak pasal hal hutang jugak. Hutang dgn Income tax katanya, x pernah declare berjumlah 60k. That mean tak pernah declare langsung bisness dia kat LHDN.  So kes sudah disebut di mahkamah dah sekarang ni dah di pass kat jabatan Insolevensi.  Kalau tak setel, dia kena declared muflis dan benkrap dan segala harta2 (ada ker harta ntah) akan di rampas. Dia kata dia risau pasal tu sbb rumah kat Ampang tu nama dia . (??? mcm aku x tau umah tu sudah dijual pada org)..lucu sungguh. Nak menipu pun agak2 la. Yg aku tau umah dia kat Puncak alam tu je la .Mana ada harta lain pun.

Sungguhpun aku mula diam, aku kata nnti x bole pergi over sea (maksud aku pi mekah nak buat haji umrah or apa saja).  Dia kata gini..pi luar negara tu x kesah. X penting pun..dgr begitu?? aku diam la...malas nak layan..

Dalam bengang gitu, akhirnya dapat jugak aku escape dari dia. Melarikan diri dari dia bila adiib merengek nak bawak dia jalan..haiish..mujur.  Gitula ceritanya, aku benarnya malas nak dgr apa2 pun dari dia.  Yg aku nak satu jer, surat pengesahan dari Mara tentang apa juga yg dia ckp tu. Air liur tak men..I x percya dah Sori naik lori.

Masa kat umah MIL tu aku notis semacam jer dia mesra dgn laki dia (abg ipar aku yg expressless tu).  Aiik, aku pun pelik la..mesti dah ok ni aku kata. Bukan main lagi, carik towel tnya laki..nak balik kul bape tanya laki..tak pe lah kan..nak tunjuk manja katanya.  Padahal tu suma lakonan semata. Abg ipar aku tu mmg tiap kali balik kampung or MIL dtg umah dia berlakon cam takde apa2. Layan mesra bini depan adik badik dan mak padahal...hakikatnya??..

Mana aku tau??..hahahah, aku skodeng fesbok biras aku tu..2-3 hari lepas (ofkos guna account fb SP kan, kan aku dah block dia ...ahah).  Kat wall dia ada dia tulis gini..tarikhnya, hari ahad 25hb masa dia on the way balik johor tu.  "sepanjang jalan hiway, diam seribu bahasa tanpa sepatah kata....mcm takde org di sebelah katanya"..Hah, dari situ aku tau dah yg semua kemesraan dorang kat kampung tu lakonan semata...Hebat dua dua berlakon depan MIL kan..bagus sesgt.

Skg ni aku malas nak cakap apa2..malas nak ckp banyak. Biar masa menentukan. Takkan nye selamat dan senang la hidup korang sbb menganiaya aku sebegini rupa.

Sekarang ni aku x mo peduli or amik tau dah pasal dia. Tak berminat langsung. Maaflah, hati aku ni takkan bersedia memaafkan selagi hutang tu tak selesai...biar la sampai mati pun, dia kena tanggung..

No comments: