March 23, 2012

Niat nak berhijrah

Aku mengaku aku ni bukanlah alim sangat. Ye, mmg Alhamdullillah aku bertudung kalau nak keluar dari umah, tak kira nak bekerja ke, nak pi kedai ke hatta nak pi tgk lori sayur datang jalan depan umah. Tapi dalam umah aku tak bertudung. Dalam rumah bermaksud tak kira umah aku, umah mak..mak mertua.  Walaupun dalam rumah tu ada ramai bukan mahram dan ajnabi. Ada adik ipar lelaki, abang ipar, biras segala.  Since dah biasa sekian lama rasa cam selesa tak bertudung dalam rumah walaupun ada org lain.  Kalau kat rumah sendiri tu, org datang  ziarah ke apa mmg aku bertudung lah. Tapi kalau ada ipar duai datang umah aku, pun aku tak bertudung jugak.  Sebenarnya, hati tau tu suma aurat tapi setan gondol hasut2 kata tak payah..tak payah. Aku pun terpengaruh. Lemah sungguh iman aku kan.

Semenjak dua menjak (setahun dua ni) mgkin juga keinsafan dah datang, or rather rasa diri sudah sangat kertu, niat nak bertudung dalam rumah tu tertanam kuat dah. Cuma pelaksanaannya idak ler 100% lagi kan dan aku masih berusaha nak menetapkan hati dan menguatkan iman.  Buat pelahan2.  Alhamdulillah, sikit demi sedikit ada perubahan dah.  Cumanya aku takle bermini telekung, cuma pakai skaf jer dalam umah. Which kadang2 pun terlupa, dok syok2 masak kat dapur rasa panas, terbang gak skaf tu tau.

So, dah di tahun 2012 ni insya Allah beberapa bulan lagi genap usia kertu ku memasuki 4series ni aku rasa nak serius 100% melaksanakannya.  Segan rasa kat biras aku kat umah MIL yg sentiasa bermini telekung dalam rumah walaupun usianya lagi muda dari ku. Tapi sbb dah balik haji gaknya mmg dia x pernah tanggalkan kalau ada lelaki bukan mahram dalam rumah.

Malam ni, kami sekeluarga insya Allah akan gerak balik kampung SP kat Batu Pahat.  Few days ago aku ada gak suarakan pada SP tentang niat aku nak bertudung kat umah mak dia kali ni.  Cuma aku rasa cam janggal takut2 disalah ertikan dek adik beradiknya dgn perasan alim padahal sebelum2 ni tak de pun kan.  Aku takmau jadi cam biras aku yg sorang lagi tu..umur dah 50 lebih tapi free hair jer selamba.  Dah nampak uban putih pun tapi cam takde apa jer berfree hair begitu..Insya Allah aku x mau jadi macam tu.  SP cadangkan aku pakai skaf jer dlam rumah, tapi aku kata kalau bole aku nak bermini telekung terus. Ala2 tudung pendek fareeda pnye saiz tu..idak la yg labuh tu kan.

Jadi, kepulangan ku ke kampung mak mertua kali ni membawa seribu harapan dan penghijrahan insya Allah.  Usia dah meningkat ni terasa nak jaga sikit aurat walaupun tak la sealim mana, janji niat utama nak menutup aurat insya Allah.  Aku mula pakai tudung ketika di darjah dua, sampai lah sekarang.  Justeru, aku mengharapkan semua tu kekal smpai ujung nafasku kan.  Kalau dulu kadang aku bertudung dgn tshirt lengan pendek...pi pasar malam kadang pi pasar..skg ni Alhamdulillah tak lagi.  Mmg aku pastikan bertshirt lengan panjang kalau nak keluar rumah. Biarpun berseluar jeans pun, aku pastikan baju labuh sikit dan berlengan panjang. Bila dah biasa berpakaian begini, rasa janggal dah nak kuar ber tshirt lengan pendek.  Aku xtau org lain, tapi aku mmg x suka dan x gemar ber tshirt lengan pendek pastu ada baju lengan panjang ketat kat dalam..(ala mcm trend2 sekarang tu).  Daripada berfesyen begitu aku lebih selesa ber tshirt lengan panjang je teros. Kalau aku bertshirt lengan pendek dan bertudung pun mgkin ketika sapu2 sampah kat halaman umah mak, or ketika menengok anak2 bermain kat halaman umah mak.  Kalau nak keluar dah tak lagi Alhamdulillah..Syukur jugak sbb anak ku yg sulung pun sama, x pernah dah x bertudung kalau keluar. Kalau remaja seusianya suka fesyen bdk2 skg yg ber tshirt lengan pendek dan ada baju dalam lengan panjang, dia pun tak suka. Like me, dia pun prefer berbaju lengan panjang terus, rimas katanya nak pakai dua lapis. Kecuali kalau terpaksa. Mgkin dia sendiri tgk cara aku berpakaian secara tak langsung dia pun terikut2 sama...Alhamdulillah, harap2 kekal sampai ke dia tua esok kan.

Bukan senang nak berubah dan berhijrah...ye aku tau. Mesti macam2 tanggapan, sangkaan dari ipar duai sedara mara bagai tapi sejak usia makin kertu ni, aku rasa dah stop nak memikir apa org fikir pasal kita. Yg penting pada aku ialah hati kita sendiri. Kalau benda tu baik dan dituntut oleh Allah dan agama, tak perlu nak peduli hal hal lain..lantok ler kan.

Moga2 semuanya yg aku niatkan dalam hati ni jadi mudah..Insya Allah..Selamat berhujung minggu u olls, semoga korang mendapat rehat secukupnya.  Semoga berkemas rumah secukupnya ya. Aku dah selesai layan kain baju malam tadi. Dari pada melipat, membasuh dan menyidai (mujur ada laki sedia membantu) suma dah beres malam tadi.  Cuma tinggal nak mengemas ruang tamu jer balik keje nanti seblom gerak balik ke Batu Pahat lepas maghrib nanti.  Kat dapur tu, pinggan mangkuk segala aku dah mintak tolong kakak to kemas lepas dia balik sekolah tengahari nanti....Aktiviti menggosok gayanya kena buat Ahad malam sebaik sampai dari kg nanti insya Allah.. Selamat berehat u ools...

1 comment:

Irfa said...

ye.. :(
aku pun sama.
balik umah mil ada biras pun aku x pakai tudung.tahu dosa tapi entahlah..cam ko kata setan gondol punya pasal.malu kat anak dara aku,dalam rumah pun pakai tudung