April 30, 2012

Mengukur Jalan TAR

Aku coti hari senin tu.  Sengaja amik cuti kunun nak lepak kampung lama sikit, malangnya kakak ada periksa pulak Senin tu.  So, niat nak suh bbudak ponteng tak kesampaian lah.  Hasil kata sepakat laki bini balik kampung sabtu ahad je la. Ahad malam balik KL balik.  Since akak ku di kg tu beria2 gak amik coti senin tu, aku came out satu cadangan supaya dia ikut aku balik KL.  Plan baeek pnye, nak bersoping baju raya kat Jalan Tar katanya.  So Ahad mlm tu akak dan anaknya Yen (ponteng sek senin) ikut sekali.

Pepagi senin, Amal dgn Kakak pi sekolah. Delin cuti sbb kwnnya pi lawatan ke Singapore dan dia tak ikut. Jadik dok umah jer la.  Lepas siap2 masak gitu dalam kul 10am.  SP dah setuju nak antar ke komuter dan dia dgn delin tinggal kat umah. Tak sesusai bawak lelaki nak meredah jalan TAR u olls.  Si Yen anak akak pulak sebok nak ikut.

First, kami amik Komuter dari Rawang ke KL Sentral. Then from there kami ke KLCC naik lrt. Semata2 nak ajak akak rasa makan nasik ayam penyet yg aku dah citer kat dia tu. Semata2 ayam penyet u olls, kami pi KLCC for lunch.  Done that, kami amik LRT pi Masjid jamek pulak.

Turun kat masjid Jamek, kami mulakan ekspedisi.  Jauh tu jalan..hampir suma kedai kami masuk. Akak ku itu mabuk tgk tudung yg berlambak bermacam2 jenis patern segala.  Ye lak kat tmpat kampung kami tu tak banyak pilihan kan, once tgk kat sini nak fittam katanya.

Meredah dari satu kedai ke satu kedai. Berbondong2 beg bawa kain baju bagai.  Borong 5 pasang sorang kami. Tudung toksah citer la. Akak beli entah berapa helai. Aku beli dua lai je tudung.  Berjalan meredah panas berdengkang..wah cam nak tercabut kaki ku. Ank akak si yen keletihan. Mujo tak bawak delin ikut, lau tak aku yg pitam nak mendukung hissh.

Hampir 2 jam lebih kot, kami decided nak pi solat zuhur kat Sogo.  Ramai sungguh org kat sana ..mana tak sales gila rupanya. Lepas solat tu konon kami nak tgk2 jer kat concierge tu. Mana tau tergoda dan terpedaya sama handbag berjenama giler2 sales. Kasut2 pun ya.  Org pnye ramai cam nak pitam aku tgk. Nak bayar pun berlengkok2 barisannya.

Grabla cepat2 mana dan. Aku dapat sepasang kasut sembonia u olls...harga runtuh. 40hengget jer.  Akak nak rembat, malangnya takdak size. Si yen dok bersila kat tepi tu jaga kain2 .. Hanbag la paling giler2 sekali nak pilih..sembonia mmg from 50-80% diskaun. Dalam berhimpit tu sempat aku rembat backpack polo. With 80% diskaun dapatlah RM98. Akak rembat Carlo Rina reganya RM79.

Pas abis tu kami pi redah kedai beg pulak kat pertama. Anak akak nak carik beg sekolah. Dah dapat beg tu, kami menapak ke stesen komuter kat Bank negara..jauh giler !!.

Kul 4 kot kami naek komuter. Kaki aku rasa nk tercabut u olls. Sakitnya Allah je yg tau. Muka rasa terbakar sbb kepanasan. Badan rasa dihidrated. Giler aku redah hampir suma kedai kat Jalan TAR..tak pernah2 u olls. Sampai Rawang KTM pukul 4 lebih gitu.

Sementara tunggu Amal dgn Kakak balik sekolah, kami lepak2 baring. Penat still tak hilang. Panas terbakar muka aku tak hilang lagi..terbakar amats aku rasa. Makan dalam.

Lepas Isyak, kami dah siap2 pulak. Kali ni nak kuar ke ICity. Dah lama janji dgn bdk2 nak pegi tak terpegi2 kan. So since akak ada kat sini will be the best time la.

Kami sampai dalam kul 10 gitu kot. Ramainya maknusia.   Dgr cerita cam gah dan hebat sgt lah ICity tu. Hakikatnya..hmm. Dgn keadaan tmpat tu nak berjalan tak selesa sbb berbatu2 dan pasir2. Abes kotor kaki suma.  Nak masuk umah salji pun ase tk berbaloi lansung. Dgn RM35/sorang, apa ntah yg ada kat dalam tu. Baik la u olls pi umah salji kat genting tu uolls..lagi berbaloi. dan tentu salji betul. Ni takat snow mean jer..lantai nye pun takde salji. Nak berbaju sejuk bagai sungguh tak sesuwai.  Amal merengek2 nak masuk tapi aku kata x nak. So aku bagi dia main merry go round jer la dgn delin.  Lepas bawak Amal ke rumah salji dan dia tgk sendiri dari dekat,dia sendiri kata..Alah, ini ajer???. Kat Genting lagi best kan ma?...see, sorang nak bayar mahal ntah hape..

Lpas pusing2 bagai kat sana, lampu2 mmg cantik lah. Posing bagai. Kami balik umah. Asenya kul 12 kot baru sampai umah. Menyinggah makan dulu baru balik....


Kul 1 pagi baru suma tido. Sbbnya? layan citer hantu pulak kat astro...kaki aku?? semakin letih dan penat sbb berjalan kat I city pun jauh uoolss...

6 comments:

NenetPenne (NP) said...

tak penah pegi icity walhal dari USJ ke situ, idoklah jauh sangat....

i nak naik komuter?? ampunnn!!!!..ha ha ha..dah lama sangat tak naik menda alah tu...

Anna said...

Net, naek komuter kena ada timingnya Ok..jng tima puncak..fittam sama bangla dan indon. Hari tu sbb bawak anak bujang akk..xleh cilok kat koc wanita...terpaksa koc biasa..tp Ok la..x ramai org sgt time off hour.
Icity tu..hmm, tu la first and last pegi aah, takmo pegi lagi..betul2 indah khabar dari rupa u..

pB said...

boh lar gambar barang barang yang dirembat kat SOGO tu ...

nak gak tengok

MyZsZs NOoR said...

Kak Anna, memang jalan TAR tu berhantu banyak kan. Plan asal nak jalan2 n tengok je tapi bila balik penuh kiri kanan plastik. :)

Anna said...

pB..alamak..yg banyak membeli adalah kakak saya..saya ada lah sikit2..takat sepasang kasut, sebuah bag dan berpasang2 kain buat baju..hehe, K. Nnti i letak gambor on the next entry ya.

Anna said...

MzzyNoor..sesungguhnya..I told my sis..ni bawak sejuta pun tak cukup weh..suma nak beli..I kunun2 nak meneman jer..terjebak jugak..byk x byk 5 pasang kain. 4 helai tudung sepasang kasut dan bag..aduyaaaai. Berbondong2 u ....