June 18, 2012

Musim tak sihat

Wah, betul genap sebulan tau aku tak sihat.  Badan rasa tak sedap jer. Batuk selsema yg tak berkesudahan. Ditambah lagi dgn keadaan  jerebu, makin teruk. Dr kata sbb aku ada history asthma tu sbb take longer time to baik dan worst dgn keadaan cuaca.

Sebulan ni kalau perut aku leh bersuara pasti dia kan kata, apalagi lah ubat tuan aku telan ni weh. Tak abes2. Ye, aku rasa cam bahan eksperimen sbb bermacam2 ubat Dr bagi dan suh terai. Belum campur 2x injection, berkali2 nebuliser buat kat klinik, buat kat umah. Tapi masih belum baik betul. Redha jer lah, moga2 ni bole hapuskan dosa2 silam kan.

Cuma rasa tak selesa. Nak tido, nak makan nak apapun tak bleh.  Bila malam tido salu terjaga kalau dah start batuk.  Siang pulak makan tanpa deria rasa. Taktau rasa masin ke pedas ke sedap ke tak ke. Ase numb je deria aku ni. Yg sedap pun jadik tak sedap. Tekak tgh mogok katanya.  Ntah bape kgs gaknya bole hilang..huuu.

Hari sabtu lepas, sebab ada jemputan kenduri kat umah abg SP, aku tak masak. So amik peluang kemas umah sepenuh2nya. Buang segala mala habuk yg dah berkati kilo.  Anak2 pun aku kerah tolong sekali.  Siap pakai mask bagai masa membersihkan . Mujo ada vacuum lega sikit tugasan.

By kul 1 tghari siap baru kami mandi dan bersiap2 pi kenduri.  Kat kenduri tu pulak cuaca teruk. Jerebu tebal sgt membuat aku sukar nak bernafas. Makanan bukan maen banyak lagi biras aku sediakan, tpi sbb deria rasa nan ado makan smbal belacan pun cam takde kesan jer...tak berasa.

Abes majlis dalam kul 6 lebih gitu, rush pulak pi keramat. Antar sikit lauk kat mila anak buah SP yg tak dapat nakjoin.  Pas maghrib baru kami gerak balik umah.

Dah bdak2 merengek2 ajak tgk Madagascar, lgpun aku dah janji sbb dorang tolong kemas umah kan. Sampai umah dalam kul 8 lebih gitu aku terus kol TGV, tanya show kol bape ada kat JJ depan umah kami tu.  Niat nak tgk 3D terpksa di batal sbb mahal giler u olls tiketnya. Amik jer yg biasa.

Lepas mandi, solat isyak kul 9 gitu kami gerak. Alah dekat dgn umah, 5 min jer sampai.  Ramai giler org nak beli tiket maklum baru seminggu panggung tu bukak..sure org kat situ suma excited terlebih la.  Show kkul 10pm.

Sementara 30 min nk tunggu kami lepak minum2 teh tarik sambil makan roti jer.  Sbb aircond sejuk kot dalam tu, makin galak dan menjadi2 batuk aku.  Ceritanya kelakar. Ramai yg tgk suma bawak anak2 jer. Imagine yg gelak lebih2 adalah org2 tua jer.  Si delin terutamanya excited giler. Ketawa kuat mcm panggung umah dia jer..enjoy sgt2.

Dkat kul 12 baru kami balik umah..suma fengsan tahap dewa, tapi dalam kul 2 lebih aku dgn amal terjaga dek batuk2 non stop sampai la ke pagi.

Ahad pagi aku dgn SP pi NSK carik bekalan barang dapo. Sbb ada anak buah SP nak datang kena masak special sikit lah kan. Mana tau, ahad turn SP pulak demam..tumbang.

Dengan aku masih semput, amal pun sama..Jumaat mlm tu pun aku dgn amal dua beranak pi  klinik amik nebuliser dah. Now giliran SP pulak tak sihat. Kakak pun sama. Cirit birit, senggugut bagai. Suma mcm zombie jer dok umah dendiam tak keluar dek jerebu pun teruk sgt Ahad tu.

Lpas lunch dan lepak2 anak buah SP balik kami sambung tido berjemaah...kain menimbun tak berlipat, tapi sbb tak larat, tak kuasa aku nak layan. Tunggu ada mood sok la.

Today, masih batuk lagi....aku rasa tak bole bernapas dgn selesa dek gangguan semput ni taw...Moga2 cepat lah abes semput ni..Moga2 juga ujan turun kasik clear jerebu ni kan..

No comments: