July 5, 2012

Allah Kasihkan Mu...


Hari Selasa lepas aku bosan tahap cipan..takde kerjaan, tatau nak buat apa..jadik aku dgn dia meroyan seharian kat chatting..entah hape2 kami sembangkan. Kat bawah ni antara nya....sapa tau, mmg dia nak bersara...dan tukar buku baru. Buku di alam barzakh!!!. :'(  byk lagi komen2 post dia kat wall yg mmg beri petanda dia akan meninggalkan dunia buat selama2nya cuma kita yg hidup ni jer tak perasan..bila dia dah takde baru la kita perasan...


Adi Selalu Begitu ye nak tukar buku dah ni..
Anna Kirana bersara FB..haha..Biar betik@!!!!
  • Adi Selalu Begitu BERSARA FB MANA BOLEH
  •  
     
    Dia aku kenal kat fanpage sgbesar dihatiku.  Memula aku komen2 kat sana.  Dia admin yg buat page tu..dari situ kami berkenalan dan sering berjumpa. Maklumlah sekampung. Bila aku balik kampung ada masa dan kelapangan, kami akan berjumpa. Aku salu beri dia tshirt yg company aku bg kat client. Dia suka sgt..Kalau tak sempat jumpa aku tinggalkan je kat akak kat office akak ..Gigih lah nanti dia datang amik kat akak. Smpai akak pun dah kenal sgt dgn dia.
     
    Dia mmg tak pernah berkira dgn kawan2.  Tak kisah nak drive jauh semata2 memenuhi permintaan kawan2.  Aku pernah mintak tolong dia belikan sepasang arnab. On de way balik umah mak aku kata aku singgah amik. Tapi dia antarkan smpai ke rumah.
     
    Masa raya haji, aku kata kat dia..since dia jwatankuasa korban. Aku nak kaki lembu buat sup.  Nah, petang raya haji dia drive kancil macam drift formula one, antar daging berkilo2 kat umah arwah mak..antar 3 kaki lembu tuk buat sup. Sebulan lebih aku ngabiskan daging yg dia bagi. Byk sungguh!.
     
    Gitulah arwah..orgnya sgt menyenangkan hati, tak pernah berkira dgn kawan2. Biarpun kenal kat fesbuk, aku dgn dia rapat mcam adik beradik.  Kalau ada apa dia marah or sakit hati, or nak meluah perasaan aku lah yg dicarinya.  Kalau tak chatting kat FB, dia sanggup kol, kalau tak SMS. Gitulah.
     
    Selasa malam tu, dia masih keje lagi. Aku bukak FB kat umah, dia post something pasal org begaduh harta pusaka..dan aku pun komen..suruh dia dok jejauh..takut2 tak memasal dia pulak kena pelangkung...pastu komen tu aku tutup FB. Layan tv....
     
    Masa tgk syok tgk CSI, aku dapat phone kol dari HP..aku tgk no malas nak angkat. Memalam buta kol aku imajin tak penting la..so aku biarkan..aku concentrate kat CSI.  Sat tu sms masuk. Bila aku baca tu aku terkedu...CikenRool one of fb geng jugak bgtau adi dah takde..Aku pe lagi terus kol ciken....dia pun tak pasti betul ke tak..sbb dia kata dia kol HP adi ada org angkat bgtau adi dah takde!!.
     
    Aku kata kat ciken..ok nnti akak kol Obeng. Org paling rapat dan dekat dgn arwah. Pembekal jambu kat sg besar, tmpat aku salu amik jmbu ...org yg adi rekmen to be my fren list..gigil tangan dok carik no tel obeng dalam hp, tak jumpa!!!.  Dalam gitu, ttba kol masuk Obeng yg kol.. dalam sedu obeng bgatau mmg betul ADI DAH TAKDE....kul 9.30pm dia dah meninggal!!..
     
    Lepas dapat kol obeng aku terus bukak lappy. Sambil tu carik2 no hp Syuqri Fantasi. Tak jumpa pulak..padahal aku dah save no syuk masa dia sms ketika aku jaga arwah mak masa kat hspital dulu...tak jumpa gak..bila bukak Fb aku nmpak syuk online..terus je aku bgtau. Mcm aku gak, syuk tak percaya...bila aku kata adi dah takde..dia bole tnya apa yg takde??..Bila dia pun tak percaya, aku suruh dia kol obeng sendiri.....
     
    There you go..Kebenaran yg sgt pahit nak diterima but ia adalah kenyataan.  Gigihlah aku kol, sms kawan2 rpat yg lain..zilah,ida dan lelain..bila dah tau tak putus2 sms2 masuk kat hp aku. Suma pun nak kepastian!!. Sbb mereka suma tau aku sgt rapat dgn dia...
     
    Mlm tu aku plan dah dgn syuk nak ziarah jenazah esoknya..tapi malangnya esok paginya syuk tak sihat..mgkin mmg dah tak sihat ditambah terkejut pulak, syuk sakit..dia tak dapat nak join.
     
    Pagi2 lagi aku dgn SP dan siap kol office memasing amik cuti. SP sgt understanding faham apa aku rasa, dia sanggup teman aku balik kg kejap, amik EL semata nak ziarah jenazah.  Sbb dia tau mmg aku rapat sgt2 dgn arwah. Persahabatan yg tulus dan ikhlas ibarat kakak dan adik, justeru dia tak pernah rasa cemburu biarpun kadang malam, pagi, petang arwah sms, kol chatting dgn aku...tak pernah pun dia soalkan sbb aku pun rasa SP tau, arwah org yg ikhlas.
     
    Pepagi kami gerak. Aku janji dgn bebrapa org lagi nak jumpa kat simpang masuk ke kampung arwah tu. Aku tak pernah sampai lagi umah arwah..tapi aku tau kg nya kat mana.
     
    Kul 8 lebih kami suma dah berjumpa dan terus ke rumah arwah..sayu dan pilu sgt. Bila melihat sebujur tubuh kaku. Dikelilingi anak2 sedara nya yg sedang membaca yasin. Aku tgh uzur jadik aku takdapat nak baca .
     
    Sempat juga menatap wajahnya buat kali akhir. Tenang, bersih dan ada senyuman terukir dia wajahnya...masa nak keluar dari rumah arwah, terserempak dgn obeng. Obeng beritau kwn baik arwah Cikgu Isma nak jumpa aku...Cikgu isma lah kawan rapat arwah. Kemana2 dgn dia jer. Cikgu isma org terakhir melihat arwah pegi.

    Cikgu Isma kata, lepas balik keje kul 8.30pm (right after aku abis komen2 fb dgn dia) dia balik umah dulu..mandi dan pi umah cikgu isma. Konon nak pi kuar minum2 dan pi carik baju raya.  Ttiba dia kata penat dan berbaring kat sofa....terus mcm kena kekejangan, dipanggil2 namanay tak menyahut..mata masih terbuka tpi dah tak bole berkata...tak sampai lima minit..dia pergi..dgn  mudah dan tenang,,Masya Allah...mudahnya...
     
    Ramai jugak rakan2 fb yg aku jumpa kat rumah arwah.  Mak bapak arwah nampak tenang sgt...cuma aku teperanjat bila tgk abang arwah..rupanya saling tak tumpah...sebijik.
     
    Ramai yg kenal arwah hanya di alam maya..di fesbuk tapi suma mereka mengakui dia sgt menyenangkan...sangat happening orgnya..walaupun tak pernah bersua muka mereka rasa demikian..apatah lagi aku ni..org yg sering jumpa dia bila balik kg...sering berchatting, bersms dan kol......
     
    Allah lebih kasihkan dia...
     
    Jenazahnya selamat dikebumikan jam 11am..mendung mengiringi seolah tau kesedihan kami....kawan rapatnya...gambar ni dia post kat fb ketika menghantar salah sorang rakan ke umrah baru baru ni...aku usik dgn komen..wah, ko nampak mcm lelaki beriman ooi....dia jwap..Harusslah, lelaki lindungan kaabah.....
     

    Akak akan sentiasa merindui mu dik, gelak tawa, gurau senda, meroyan, kekwats dan segalamala tagged kat fb...lepas ni dah tak serupa bila ko takde..sunyi dan sepi.....takde lagi org nak kol kejut akak di pagi minggu semata2 nak tnya jalan camne nak pegi serendah..nak pegi selayang mall dan segala...terlampau byk kenangan manis dan indah dgn kamu...kamu seorang yg baik hati, tak pernah berkira dan tak pernah menyakiti hati org lain...sedia memaafkan org yg telah menyakitkan hati mu.....ada takde kau meluah meroyan aja...ko tak pernah simpan suma dalam hati...kata2 akhir mu.."aku dah maafkan semua org kak'...sgn meruntun kalbu

    Alfatihah, adikku Adi selalu begitu / Allahyarham Hairul Nizam Abd Latib. Semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 beriman...Kami pasti merindui kamu
     
     
     

    2 comments:

    NenetPenne (NP) said...

    sedih pulak baca
    alfatihah untuk dia..
    handsome jugak yer...

    Irfa said...

    alfatihah
    kalau org yg dekat dgn kita 'pergi' mmg terasa sgt.aku yg kenal kat blog pun aku dah sedih.inikan pula yg dekat dihati