August 14, 2012

Ramadhan yg bakal pergi, raya datang kembali

Kurang dari beberapa hari lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.  Entah sempat lagi ke dak kita bertemu Ramadhan tahun depan. Mudahan segala amalan kita di bulan yg mulia ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Sesungguhnya ramadhan tahun ni membawa seribu macam dugaan dan cabaran bukan untuk aku seorang je tapi untuk seluruh keluarga aku yg tercinta.

Awal beberapa hari ramadhan aku dikejutkan dgn berita bahawa jawatan aku akan menjadi redundant, therefore aku takkan diperlukan lagi di syarikat ini.  Tak pasti dari mana kekuatan yg aku dapat menerima berita ini seterusnya menempuhi hari2 yg penuh mencabar di syarikat ini hinggalah ke hari ni.  Aku dgn sabarnya menempuh semua ni dgn tenang, sabar dan redha walhal masa depan kerjaya aku di pertaruhkan periuk nasik ku menjadi taruhan.

Benar, aku pasti sesungguhnya Allah tidak akan  menguji hambanya kalau dia tau mereka tak mampu  nak hadapi.  I guess, akulah insan terpilih itu.  Allah tau aku bole bersabar, bertenang menerima berita tu. Atas sbb itu jugalah aku yg terpilih.   Aku percaya kepada rezeki.  Rezeki kita Allah yg tentukan, bukan sapa2 . Itu juga beri aku kekuatan walaupun aku x pasti bgaimana sukarnya nak mencarik kerja lain sementelah dgn gaji aku yg aku dapat skg. Tapi aku berusaha, berikhtiar memohon dimana2 jer ada peluang. Dapat ke tidak itu perkara kedua sbb pada aku pantang menyerah kalah seblum berjuang..dan sekarang ya, aku sdg berjuang. Mempertahankan hak2 yg sepatutnya menjadi milik aku..Insya Allah

Menempuhi hari2 dipejabat selepas apa yg berlaku memerlukan sejuta kekuatan dalaman.  Menghadapi tekanan2 yg sengaja dibuat supaya aku segera menghantar surat berenti dan melupakan pampasan mungkin menjadi agenda dorang.  Jujur aku katakan, adakalanya aku sgt sedih, down dan merasa sangat di permainkan.  Setelah 5 tahun lbih berkhidmat dgn jujur, cekap dan amanah ini balasan yg dorang beri pada aku.  Ada masa juga aku rasa ingin bangkit membalas dendam atas semua perbuatan jahat org yg benar  benci sampai menganiaya aku sebegitu rupa.  Tapi, aku masih ingat akan Allah, syukurlah.  Dengan segala kepayahan aku cuba untuk tidak menyimpan sakit hati dan dendam bahkan berdoa moga org tersebut akan mendapat balasan yg setimpal.

Hingga ke hari ni, saat ini urusan tu masih belum selesai lagi. Sementelah, jenab beria2 nak sgt aku keluar tpi tak mau nak bayar. Jadik, aku akan terus berada di sini, berdiam diri tanpa berkata apa pun dgn dia, dan cuba sedaya upaya mengelak bertembung muka dgnnya. Bukan benci, tapi hati ku betul2 terluka dan aku tak mau menambah luka dgn melihat mukanya lagi.

Mmg doa aku setiap kali solat, untuk dipermudahkan segala urusan. Agar aku dapat keluar dgn tenang, dan seharusnya atas segala perbuatan ini ada nilainya. Kerana mereka yg memulakan, mereka yg harus mengakhirkannya dgn $$$$.

Justeru dgn silentnya aku sekarang, aku berharap jenab menjadi sgt tertekan dan meroyan..jadik biar cepat dia rasa meluat pada aku dan biar aku cepat2 pergi...

Bulan Ramadhan kali ni jugak, begitu berdisiplin kami mengerjakan solat terawekh di masjid. Mendengar tazkirah dan melaksanakan sampai abes sesungguhnya memberi kemanisan yg tak tergambar dek kata2.  Biarpun selalu kekurangan tido, tp Alhamdulillah baik aku maupun SP kami ok jer. Kesihatan sgt sempurna. Bersyukur dgn Allah, kerana disebalik dugaan nafsu malas nak ke masjid kami berjaya juga mengatasinya.  Now, aku bole merasa alangkah ruginya kalau tidak menafaatkan solat taraweh yg peluangnya cuma datang di bulan Ramadhan.... Alhamdulillah.

Like i said dalam pervious entry, aku merasakan begitu ketaranya titik perubahan dalan diri aku sekarang.  Bertapa aku sendiri kagum dgn kegigihan aku melawan hawa nafsu amarah yg membuak2 didalam hati.  Bila ada masa aku merasa begitu, cepat2 aku amik air sembahyang..istighfar byk2..reda sikit...Mungkin ini berkat punya anak istimewa spt delin. Mengajar aku bersabar dan menerima apa juga dugaan dgn redha. Allah tau, aku bole menempuhinya, sbb itu dia beri pada aku..Pada aku seorang!!.

Ya Allah, disebalik kesedihan kami meraikan raya tahun ni tanpa mak, dan berbagai ujian ko berikan masih lagi kami mampu bersabar dan menghadapi dgn tenang dan redha, terima kasih ya Allah.  Raya tahun ni pasti takkan sama spt seblumnya.

Petang seblum raya kami adik beradik akan berkumpul dirumah pusaka mak. Aku akan balik awal sedikit.  Kesian kakak ku yg jadi tuan rumah sbb Jumaat dia masih kena berkerja lagi.  Sebagai penjaga umah pusaka mak, akak akan jadi tuan rumah.  Dan semestinya secara tak langsung urusan2 dapor suma akan pasti aku dan dia yg uruskan. Dari urusan kepasar, memikirkan menu2 sampai lah masak memasak.  Ptg seblum raya juga kami akan ke kubur mak dan bapak.  Dah dua tahun abang ngah tak beraya kat kampung, tahun ni dia akan balik raya dgn kami sama2.  Pasti bila dah ramai dalam rumah mak nanti meriah dan riuh dgn gelagak2 anak2 ku, anak2 buah.  Pasti agenda utama dorang ialah makan makan makan....

Pagi raya pertama juga, rumah kami jadi rumah kedua dikunjungi org kampung utnk baraan. Kami baru bercadang2 nak buat soto dan mgkin sedikit kuih muih.

Jika tanya persiapan raya aku mmg tak seberapa. Aku cuma dah selesai siapkan baju anak2 dan SP seminggu lepas puasa ari tu, manakala baju aku masih di tukang jahit lagi kat sg besar. Belum siap katanya..kalau tak siap adalah yg beraya berkain batik dan berbaju tshirt buruk u ools.

Kuih2 pun ada aku tempat sedikit kat bff aku kak salmi. Akak juga dah siap beli kudapan2 sebagai tambahan.  Kalau tahun lepas ramai org datang smpai tak cukup kuih, mgkin sbb masa tu mak terlantar sakit dan ramai org datang ziarah...tp tahun ini, pasti berlainan.  Kami pun tak pasti ada ke sedara mara nak datang.  Yg pasti kami akan pi ziarah umah adik arwah mak, dan adik2 arwah bapak.

Raya kedua mlm kami dah nak kena balik ke rawang. Dan subuh pagi raya ke 3 kami kena gerak balik ke batu pahat pulak. Rumah SP. Masa SP kol MIL smlm, sayu jer hati org tua tu sbb tahun ni kami beraya kat sg besar dulu. Siapalah gaknya nak meriahkan rumah, nak masak2 dgn lauk2 yg sedap2 mak kata...sayu aku dgr, tapi sbb tahun ni kali pertama mak takde, kali ni juga lah aku raya kat sg besar, sekurangnya akak tak sunyi sgt beraya 3 beranak. Mana tak, kata akak lepas jer kami cabut balik ke BP dia anak beranak pun nak cabut beraya ke perak umah sedara mara belah suami..sbb dia kata tak mau sedih dek kesunyian dirumah mak.

Jadi di kesempatan ni, aku ucapkan selamat hari raya  maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa semasa menulis dan singgung perasaan korang.....ada umur kita jumpa lagi lepas raya.  Dan tahun ni aku nak beraya sakan 10 hari.  Sebaik saja kembali ke office, aku nak beperang abis2 san..menuntut hak aku sewarjarnya..doakan aku ya..insya Allah..




4 comments:

NenetPenne (NP) said...


my fren dulu penah duduk dgn her mum.. pastu bila adik2 balik rumah tu, wahhhh buat mak dia mcm orang gaji..bila balik, tak kemas pun rumah, main blah mcm tu jer... mak dia lah yang kemas bilik, kutip tuala2 semua dan basuh mana2 pakaian yang tingal.. akhirnya my fren pindah dari rumah tu sebab lakinya tak sanggup tengok bininya jadi hamba adik beradik..

i tak boleh imagine kalau adik beradik i buat mcm tu..tu pasal bila kami nak pulang semula ke KL, kami akan pastikan rumah mak sentiasa kemas seperti keadaan asal...

lari topik pulak i komen..ha ha ha...

i hrapkan lepas raya ni depa lembut hati untuk bayar u sepertimana yang wajib diorang bayar...

Anna said...

Net, dulu masa arwah mak ada..sblom balik mmg tlong dia basuh apa yg patut..selimut segala..umah mak mertua pun gitu gak..cuma sbb ada biras dok kat umah tu, ada mesin basuh segala..aku tolong campak dalam mesin jer..haha, kesian org tua kan kalau tinggal gitu je..penat dorang nak kemas segala...

tu lah net, benarnya aku tatau apa punca jenab menci dan sakit hati sgt dgn aku walhal 3 tahun sblom meena datang, she was not like that..kadang2 aku terpikir meena punca suma ni..tp takpe lah,kalau benda gini tak berlaku sampai mati aku tatau..so aku pandang sudut positif...suma ada hikmah..jadi mmg aku hrapkan suma nya setel pas raya nnti..senang aku nk move on...

Irfa said...

anna
selamat hari raya ye ;)
moga raya ni happy-happy hendaknya

Anna said...

Irfa,
selamat hari raya to u n family too....kita enjoy..moga2 lepas raya dapat durian runtuh dari langit...