October 31, 2012

Things Happen for Reason

Alhamdulillah. Dapat gak bersiaran lagi.  Kali ni dari PC kat umah pulak.  Mmg betul murah rezeki sgat2 kami sekeluarga tahun ni. Bermacam perkara berlaku tapi suma ada hikmah yg sangat manis yg aku sendiri tak pernah tergambar.

Bermula dengan kisah sedih, tapi berakhir dgn kisah yg sangat menyenangkan dan menggembirakan. Bahkan Allah SWT gandakan dan makbulkan segala apa juga yang aku mintak selama ini. Syukur.

Beberapa hari lepas masa aku ada kat kg SP beraya qurban, aku saje2 check maybank 2u account aku tu. Tak ku sangka pada 28hb aku hampir terkejut beruk tgk jumlah begitu byk.  Ingatkan compensation dorang bayar pakai cek ke hapa kan, mana tau dia credit terus dalam akaun tu.  Alhamdulillah byak, banyak juga potongan2 yg ditolak. Tapi masih aku bersyukur, sapa nak beri bnyak gitu weh. Honestly, banyak juga aku dah gunakan untuk selesaikan hutang piutang yg patut. All i could say, aku bole menarik nafas lega sebb beban liabiliti dah bekurang walaupun tak habis terus kan..at least!.

Dua hari lepas aku dapat courier dari company lama aku tu pasal pembayaran dan surat tu kan.  Dasar kan, cuti aku ada balance 4 hari lagi kalau tak silap, by right bayar je lah..byk tak bnyak dekat seribu gak tu. Tapi apakan daya dorang kata aku tak layak nak dapat sbb kira prorated services cuti tu dah burn begitu saja..what ever lah kan, tak kuasa aku nak gaduh2 pasal duit..malas.

Since rezeki ni rezeki ahli keluarga jugak kan, so aku beri peluang tiap sorang ahli rumah untuk choose beli satu barang wish list dorang. Semua dah hampir dapat, cuma kakak nak samseng hp yg canggih manggih, aku suruh dia tunggu december for result pmr sekali.  

Urusan pendaftaran berkhatan amal gak dah siap. Since 5hb aku dah stat keje kan, tak bole lah nak cuti santai2 gitu.  Sp akan bercuti seminggu di awal cuti sekolah untuk jaga dia..hmmm ngeri aku nk memikir jaga anak jantan manja sorang ni..belum apa2 dah demand psp  bagai..

Urusan medical check up dgn company baru  pun dah selesai.  Surat offer pun dah ambik. Skg tinggal nak stat keje kan.  Aku usahakan beli baju keje baru juga untuk mendapat semangat baru. Baju2 lama yg aku salu pakai kat company lama tu ada yg aku dah pack dan ada juga yg aku dah beri kat orang. Malas nak imbau sejarah silam dgn company tu . Just move on jer lah..thats the better way.

Macam aku kata being surirumah mmg memerlukan dua perkara penting. Pertama lesen memandu dan kedua ongkos.  Sbb bila dah terperap kat umah aku jadi sangat bosan giler.  Ada masa aku nak keluar just tgk dunia luar jer bukan nak beli apa2 pun. Tetapi kalau ada duit tentu lebih menarik kan?.

Ada masa aku kol kawan2 suri rumah untuk lepak dan makan2.  Ada masa aku just jenjalan kat JJ ke kat pasar ke..byk masa aku kat umah je mengurus umah tangga. Penat  toksah nak citer. keje umah mana pernah habis weh. yg best umah kemas, kain baju terurus..cuma aku risau sbb aku ni sejak menganggur ada masalah nak tido malam..susah amat.  Jadi aku risau bila stat keje sok, mlm tak leh tido..dah ler masuk off  bermula kul 8am..aduhh

I am at the final stage nak settlekan baju keje. Adalah beli beberapa tapi rega kat JJ tu bukan lah murah sgt pun kan. Justeru sehari dua yg tinggal ni aku kena gak turun KL dan borong beberapa helai lagi seluar, baju tudung.  Kasut dah selesai pun..infact despite nak beli sepasang aku borong 3 pasang sekali..haaa kau.

Dan bila jadi surirumah yg takde pendapatan ni kan, rasa rendah diri sgt2.  Kwn2 yg bekerja yg selalu dok kol gayut dgn kita kat off time kita keje tu pun kan mcm menjauh diri..kita whassap pun mcm nak taknak je jwp. Tkut aku mintak duit ke hape ntah..pelisss.

Akan tetapi masa ni lah kita kenal sapa kawan sapa sahabat kan.  Jadi lepas ni aku dah keje, jgn lah harap ko nak kol aku ngadu kat aku pasal masalah ko..pasal masalah laki ko yg tak sudah2 tu..aku tak sudi hokay..

Since balik dari kg SP ari tu, aku rasa letih sgt2. Sampai ke hari ni, mana tak keja aku asik masak masak masak..pagi petang siang malam asik masak sampai aku dah bohsan.  Dah beberapa hari kat umah ni pun aku tak masak..takde mood, takde idea...pnya la ramai ahli kuarga sp yg nak di served makanan kan, belum amik kira lagi lepas adik sp kurban sekor lembu ari tu..suma tulang2...daging2..aku ni bukan sombong tak nak amik ke apa..MIL pulak mcm paksa2 suruh bawak balik kl suma..aku ni sdg menjaga diet..maklum ada hbp ni tak leh pulun daging bnyk2. aku masa kat sana pun makan semangkuk sup tulang jer, tak berani nak lebih2..takut pengsan.  kat umah ni pun aku jarang sekali beli daging, jadi aku pun tak nak amik bawak balik..balik pun dah hari isnin kan..tapi MIL tu biasalah org tua, mana paham..paksa gak...

Jadi ni minggu2 akhir aku santai kat umah. Bila dah start keje sok, aku tatau ada masa nak update blog ke tak..maybe ada masa kat umah malam or weekend je la kot..fb pun sama...maybe time malam or cuti baru la leh jenguk..tmpat baru, kena jaga kan.

Jadi , terima kasih atas doa korang, kata2 semangat korang buat aku bangkit semula.  Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa tersurat dan tersirat, moga semuanya baik2 saja..amin

October 24, 2012

Hampir Sebulan Sudah

Diam tak diam dah hampir sebulan aku jadi house manager..aka pengurus rumah tangga.  Not too bad.  For me kalau betul2 nak jadi surirumah tangga dua perkara pokok perlu ada ..Pertama, lesen memandu dan keberanian nak memandu..Kedua..ofkos Wang...aka duit.  Nnti aku terangkan kenapa ye.

Aku nak share kegembiraan aku dgn korang nih..Duit? oh no, belum lagi dapat duit pampasan yg di janjikan tuh. Fed up gak aku jadi macam pengemis nk mintak duit sendri. Terpaksa aku nyalak2 kat x boss aku.  Finally lepas maki hamun sana sini, ada dapat kepastian yg pembayaran akan dibuat sebulan bulan oktober berakhir..sempat lagi u olls .

Kegembiraan kedua dan tak terhingga ialah...jeng jeng, ya u olls, aku dah dapat keja baru..Yess!!!.  Kat oil and gas company gak. US company lebih kurang kompeni lama..tapi lagi better aku rasa, more professional dan peri penting dorang offer aku gaji few hundred lebih dari hari tu. Alhamdulillah syukur tak terhingga.  Rezeki Allah nak beri.  Dgn position way much better, better pay, more annual leave, maybe takde optical, ada sikit dental. Cukuplah dari takde langsung ye dak.  Dan bberapa hari sudah aku dah selesai buat pre empolyment medical check up dan amik offer letter kat co mereka.

Office baru aku kat building baru. G Tower, bersebelahan tabung haji tu.  Benarnya aku berterima kasih dgn kawan lama aku yg tolong promote kaw kaw sampai aku dapat kat sana. Syukran.

Dan ari tu aku gak pi interview kat company lain. Offce seblah jer off lama aku.  Yg tu pun offer aku gak keje dgn dorang, tapi since co yg kat Gtower tu dah offer aku dulu kan. Lgpun aku tak berapa keen nak keje kat sbelah office lama. Nnti terjumpa muka jenab yg aku benci tu..tak sanggup.

Ok, secured dah keje baru aku. Insya Allah 5hb Nov nanti aku stat keje kat sana. So aku ada masa lebih kurang 2minggu lagi kan. Sementelah tunggu duit pampasan tu. Aku plan nak bayar hutang2 dulu dan shopping sikit2 baju keje.  Dan aku dah janji dan seisi rumah untuk beri setiap sorang satu barang idaman mereka sebagai tanda kesyukuran aku . Dapat keje baru dan dapat durian runtuh.  Tu pun rezeki mereka jugak kan..

Kehidupan sebagai suri rumah sgt mencabar benarnya.  Sgt memenatkan i would say.  Maklumlah, keje2 umah yg tak pernah abis.  Seblum ni aku takde PC maupun lappy nak update blog. Tgk FB or email pun kat HP or kat android cap ayam bebudak jer.  Now aku berjaya begger PC yg lama ni..bole ler mengupdate blog sekadarnya kan.


Rutin2 pagi2 mcm biasa, sebok siapkan anak nak kesekolah. Kena gak bangun seawal pagi cam g keje tu.  Lepas dorang suma dah pi sekolah, SP dah pi keje, bermula la segala tugasan aku. Hehari aku arrange jadual aku apa  aku nak buat.  Tapi sejak aku kat umah ni bangga aku katakan, umah terurus, kain2 berlipat..takde laundry tak berbasuh...makan?? ofkos, hehari dapat makan sesedap anak2 lepas dorang balik dari sekolah. Gembira sgt mereka..terutama si Amal dgn Delin..sampai siap kata, kalau hehari mama x keje teros kan best..hmm best maybe lah..tapi aku x leh lor, stress mak dok umah nak..

Spt aku harapkan dan doa2..dapat aku ambik kakak setiap hari masa dia periksa PMR ari tu.  Dan aku dapat pastikan dia bersarapan kat umah sblom pi pereksa. Kalau aku bekerja, aku tak rasa aku dapat melaksanakan tugas2 tu semua kan. Allah memakbulkan segala keinginan dan doa aku Alhamdulillah.

Byk masa terluang di rumah, kadang aku tgk tv lah, kemas bilik, kemas dapur.  Dapat berpeluang solat sunat jugak. Maklum lah byk masa.  Gaknya Allah mmg nak beri aku rehat cukup2 nya  kan.


Syukran..nikmat tak terhingga...cukup buat masa ni, nnti ada masa aku update  blog lagi ya.  Terima kasih atas doa kalian...
 



October 1, 2012

Aku Penganggur Terhormat

Ya, hari ini 1hb October dgn rasminya aku memegang title..si pemetik anggur..gituu.  Hal aku selesai dgn begitu cepat dan pantas. Aku pun sungguh tak sangka.

Rentetan aku jumpa bos aku si Keris last week tu kan, spt yg dia janji mmg dia tolong aku sort out kemelut yg melanda. Hari Khamis lepas tu dia panggil aku sbb nak adakan meeting dgn HR yg ari tu tuh.  Kebetulan masa tu dalam kul 4 lebih kot, time2 santai2. Menunggu waktu nak balik. Aku ler kan. Org lain aku tatau ler.  

Aku, Keris, Duan dan si HR Judy tu. Mmg dasar putar belit tau si Judy tu. Dia tak terangkan aku in details kalau aku berenti apa dia bagi. Means the packages. So masa ari Khamis tu jelas dan nyata, dorang offer aku the package bersama kira2 nya. Aku kira tu adalah adil berdasarkan undang2 buruh di Malaysia ni. Cuma aku berbulu sgt dgn si Judy tu. Dasar lidah biawak bercabang kan, masa jumpa aku ckp lain, dpan bos cakap lain. Tapi spt yg Keris janji mmg dia defend aku. Dan pastikan aku mendapat bayaran seadilnya.  Things sort out dekat kul 5 gitu. Aku diberikan nota kira2 tu.  Dalam hati aku rasa nak antar surat berenti sebagai perturkaran pada hari Senin..kunun2 nak handover bagai..Ceh, i should not think about it sebenarnya. Lantak ler dorang guling galik kan. Tapi tak pe lah.

Esoknya, pagi jumaat yg hening. 28hb Sept, pepagi lagi Keris dah panggil aku masuk bilik.  Since pengiraan tu sampai end Sept, aku kena antar surat cinta dan perletakan jawatan kadar segera. Keris beri jaminan, kalau dorang tak issue payment dalam masa seminggu soh aku datang bgtau dia. Dia kata akan makesure they settle everything.  Best part was, Khamis malam tu aku sempat buat spek baru u olls cost RM500.  Alang2 nak blah gitu kan. Lantak. So pagi jumaat tu aku sua claim tu kat Keris dan dia sign. Lepas tu aku cmpak kat si Jenab..

Aku bgtau Keris, let me settle benda2. Dan tnya dia kat sapa aku nak humban segala tugasan aku?. Dah la month end kena submit revenue report bagai kan.  Guess who lah jadi mangsa kalau bukan si meena.  Nah!!! ambik kau.  Aku ajar sikit2 jer. Lebih2 tu , sendiri mau ingat. Tapi aku dah tinggalkan suma in good order and manner, lepas ni kalau nak kutuk2 aku bagai, sendiri mau ingat. Aku tak kesah!!

Lepas kau meena dan Keris abis berbincang, meena jumpa Keris sendiri. Mesti nak mintak naik gaji ler tuh!! wahahaha, mintaklah kalau dapat meena oi.  Dan aku ajar dia sket2 lepas tu dump suma !!. Lepas abis tu aku kemas2 tempat aku seblum buat surat cinta aka surat berenti keje.  Aku dah ada confirmation dari mulut2 bos aku dan email si Judy pasal dorang pnye agreement nak byar tu, infact aku scan calculation tu and attached kat email sebagai bukti. Walaupun dorang kata tak akan sama sekali tipu aku kan, tapi aku kena amik langkah berjaga2 gitu.

Aku draft email goodbye kat kawan2 . Kat rakan2 sekerja di merata dunia. Sedih mmg sedih masa menaip draft email tu. Aku pulak pilih2 jer org yg aku nak antar email tu, tak semua org aku bagi termasuk si Jenab. Sejak awal minggu jenab mmg takde masuk office pun. Hari Senin tu cermin bilik dia tak semena2 pecah.  Tu lah, byk sgt dosa kan. Ambik.  Jenab langsung tak tau menahu hal aku dgn bos2 tu. Selama ni dia selalu jadi batu api dan penghalang, which dua bulan terdiam tu sbb dia lah!. Bos omputih aku sorang tu geleng kepala bila aku kata dah dua bulan aku menganga jer kat off ni takde org nak peduli settlekan. Mujur Keris tolong kan. Lau tak sampai sudah.

So the moment aku email surat berenti aku tu , aku antar email good bye. Tak sampai seminit berpuluh2 email balik aku dapat, betapa dorang terkejut sgt sbb sgt out of sudden. Yg paling  best, finance controller kat UK bagi aku email yg buat aku sgt terharu. Katanya dah lima tahun kita berurusan tapi tak pernah bersua muka, dia sedih aku leaving. Sbb byk kerja2 revenue dan report yg mmg aku salu berurusan dgn dia. Kata2 pujian dia mengatakan aku telah menjalankan tugas dgn amat baik, kerjasama dan teamwork sgt bagus sungguh buat aku terharu. At least penghargaan tu kan.

Yg sorang lagi accounts kat UK juga siap kata, company ni gila lepaskan aku, dan company lain kalau tak nak amik aku keje mmg gila!!!..haahah, lucu mmg lucu tpi buat aku rasa sgt dihargai. Terima kasih byk.

Selain dari UK, Australia, Vietnam, US dan byk lagi kawan2 dari negara2 lain di dunia ni menyatakan terkejut sbb aku nak blah. Aku x ckp sbb apa blah lah kan, cuma aku bgtau. I m leaving. tu jer.

Lepas settle tu suma, aku pass kad access aku kat keris, surat berenti original kat dia gak. Pas tu aku jumpe kawan2 to say goodbye. Last but no least, aku jumpa jenab to say good bye..bermuka2 sungguh makcik tu. Tapi life goes on, aku pergi dgn aman dan takde rasa dendam dalam hati tu yg penting kan?.

So, aku blah meninggalkan seribu kenangan pahit manis kat company ni. 5 tahun 6 bulan bukan masa yg singkat, tapi cukup memberi seribu pengalaman dan kenangan.  Meena sedih sgt masa aku salam dia tu. Past is past, aku pun x simpan dendam dgn dia..tu yg penting.

Buat masa ni aku x dapat keje kat mana2 lagi. Tapi ada lah 2-3 interview lagi nak kena attend. Aku tak menaruh harapan tinggi sgt, takut kecewa. Ada rezeki ada. Kalau tak, aku nak rilek2 dulu lah. Sampai bila?, taktau lah. Maybe seminggu dua. Mana tahan lama2 dok umah..pening wa nanti.

Tu jer lah update buat masa ni. Ni pun aku update kat off SP sbb baru sudah interview pagi tadi.  Tunggulah dapat payment nanti, bole la rembat laptop satu.  Buat masa ni aku cuma fikir once dpat payment tu nak setel utang2 dulu, dapat keje dulu baru leh fikir nak beli apa2 kan. Takut aku nak beli apa2..mana tau tak dapat keje kan, mati mak.

Yg pasti selama 4 tahun aku bersabar takde increment apa, alih2 Allah nak beri aku rezeki segedubuk berpuluh kali ganda dari tu. Syukur Alhamdulillah, ada hikmah atas segala kesabaran. Cuma korang doakan aku dapat keje baru cepat, supaya aku tak boring dan meroyan ye.

Payment? Alhamdulillah, ada lah sikit. Yg pasti setaka 2-3 bulan tak keje masih ok lagi, tapi aku tetap nak carik keja lain jugak walaupun gaji maybe kurang sikit kan, sekurangnya aku tak bosan.....

Doakan aku ya, moga dapat rezeki perkerjaan lain. Benarnya, tak seronok langsung tau jadi penganggur ni...