December 23, 2012

Sungguh Aku Tak Paham

Assalamualaikum, lama tak bersapa di alam maya kan..akibat kesibukan kerja dan kepadatan masa, susah betul nak mencuri2 waktu nak berkongsi cerita dan rasa.

Alhamdulillah,keputusan PMR baru jer diumumkan minggu lepas. Syukur gak sbb kakak dapat keputusan yg betul2 diluar jangkaannya sendiri. 4A 4B bukan saja memeranjatkan dia tapi kami juga. Lagi2 bila percubaan hari tu dia cuma dapat 1 A, selebihnya B dan Mathnya pulak C.  Jadik bila dapat yg betul2 dgn Math mendapat A sungguh menggembirakan bukan saja dia tapi kami juga.  Alhamdullillah, tu jer mampu kami lafazkan atas usaha dan ikhtiar dia. Kami cuma memberi yg termampu, selebihnya mmg atas bahu dia.  Mmg dia dah mohon ke kolej vokasional ari tu tpi ayahnya mau juga dia memohon MRSM, mana tau ada rezeki kan.

Bersama2 dgn kakak ada 2 org lagi sepupunya, seorang perempuan dan seorang lelaki. Yg perempuan anak bongsu kakak SP yg no 3 manakala sorang lagi anak kedua abang SP yg duk kat puncak alam tu. Kalau korang masih ingat kes2 pinjaman mara yg aku naik hangin ari tu..ha itulah dia. Mujurlah dia dah setelkan portion atas nama aku tu, kalau tak jgn harap nak apply ke mara kan?.  Anak kakak SP si siti tu dapat 8A, jadik tkde kisah pasal dia, keluarga sederhana aje, maklum dok kat kampung.

Keputusan si Syuk (anak abang SP) tu pada aku dah cukup baik. 3A5B, tapi tak cukup buat maknya puas hati. Maklumlah anak sulong kesayangan dia ari tu dapat 7A1B dalam PMR, percubaan SPM 8A (tgh tggu result SPM) jadi keputusan Syuk mmg jauh dari jangkauan. Aku tatau la kalau dia harap Syuk jadi sebagus abang dia kan? Tapi itulah hakikatnya hanya tu jer yg mampu Syuk capai.  Ternyata dia sgt kecewa berdasarkan post2 dia kat wall selepas keputusan keluar.  Pada masa sama aku jugak ada bersms dgn biras aku tu pasal keputusan periksa anak memasing.  Ternyata kecewa giler biras aku tu, sampai aku kata, dah dia usaha sungguh2 itu jer yg mampu dpat..kita terima dgn redha. Tapi biras aku mcm tak puas hati, bole dia kata si Syuk tu malas, tak usaha sungguh.  Malah dia dan abang sulong syuk kononnya mengamuk dan melarang syuk sekolah tmpat lain. Sekolah jer kat puncak alam katanya. Astagfirullah..tak sangka begitu kata2 keluar dari mulut seorang ibu?.  Mentang2 lah tak dapat keputusan bagus takkan sampai begitu sekali..

" I am not asking to be treated as special man, but i m hoping to be treated as human being"...itu post yg syuk letak kat wall dia.  Aku sebagai org yg agak rapat yg tau perihal segala mala cerita dia, merasa sungguh sedih dan sgt simpati. I would imagine betapa kena bebel dek ibu, abang and maybe ayahnya?.

Kali terakhir kami jumpa kat kg masa hari raya korban ari tu, aku berpeluang sembang2 santai dgn syuk. He is a brilliant teenager, i would say. Sangat independant, peramah dan menghormati mak2 dan pak2 sedaranya.  Syuk bercerita nak sekolah sains di banting..katanya biar jauh sikit..pandai berkias dgn kata2 disamping pandai berbahasa inggeris, aku kira syuk pnye word penuh wisdom dan sindirian halus. Sbb itu bila dia post kat wall aku bole bayangkan gelora hatinya.

Kenapa aku kata demikian?..let me story.  Bukan niat nak mengata, mengumpat atau apa. Sekadar nak berkongsi cerita, pengalaman dan pemerhatian . Semoga menjadi iktibar dan tauladan yg baik pada kita semua. 

Syuk, anak kedua dari 5 org adik beradik yg empat darinya lelaki dan seorang perempuan.  If u ool baca cerita2 aku yg terdahulu, pasti tau bagaimanakah keadaan dan kehidupan keluar syuk.  Sgt kucar kacir!.  Dgn ibu bapa yg tinggal serumah hampir 20thn tapi jarang bertegur sapa. Dengan status seorang IBU, ibunya jarang or bole dikatakan langsung tidak melaksanakan tanggungjwbnya sebagai ibu maupun sebagai isteri.  Dasar pilih kasih sgt ketara diantara Syuk dan adik beradik yg lain.  Abang sulungnya sentiasa mendapat keistimewaan dan dilayan first class. No home work, no house work. No nothing, kejenya baca buku, study study study..ibarat ulat buku..24/7 asik study. Sampai kalau balik kg mIL tu semua sedara mara pelik sgt, seolah2 takde masa nak bersembang dgn sedara mara maupun berehat all buku..buku buku..

Sedia maklum, dia sekolah sains, tapi mmg no life langsung. Sebab itu keputsan periksanya mmg tip top dan jadi kebanggaan terumatanya ibunya..Ibunya sibuk dgn urusan bisnes, kuar sentiasa.  Rumah macam kapal pecah, kain baju menimbun2..pinggan di sinki bergunung..cuba teka siapa yg buat tu suma??

Syuk akan membasuh kain baju seblum or selepas balik sekolah, menyidai kain baju, termasuk spender baju dalam bra segala milik ibunya!!.membasuh pinggan mangkuk setiap hari, memasak untuk adik2nya..sering ditinggalkan oleh ibunya untuk menggalas tanggung jwb seorang ibu .  Si ibu, dah biasa ada org gaji sejak azali, hatta nak pakai stokin pun panggil org gaji pakaikan!! hebat kan?..pemalas kan??  Lepas bisness mereka jatuh tu tak mampu  amik maid . Seingat aku dah lebih dari 6-7 tahun maid takde..

Bayangkan, ketika MIL duk 2-3 hari kat sana baru ni, dia tak sanggup dah nak tgk.  Dia terpaksa tolong kemas umah, basuh kain baju dan terpaksa mencuci pinggan mangkuk yg berlonggok2..sedangkan menantunya balik kul 2 pagi..dan adakalanya tak balik langsung!!.

Maaf ya, aku pun suruh anak dara aku buat keje umah, basuh kain dan lipat segala..tapi anak ku itu perempuan. Sementelah itu ku beri sedikit upah sebagai ganjaran tapi syuk??.  Seperti mana MIL tak setuju aku pun begitu. Tak manis seorang remaja lelaki menguruskan rumah tangga,  apatah lagi menyidai sepnder bra segala??..wajarkah tu. Upah?? jgn kau mimpi.

Pernah aku utarakan cadangan pada biras aku..ambil jer maid, ataupun beri upah pada anak2 nya tpi dgn bongkaknya dia kata anak2nya mendengar kata, tak perlu beri apa2..makan pakai yg mereka beri dah cukup. Defensivenya si ibu..no wonderlah masalah umahtangga tak selesai2 sampai saat ini, bila abang SP hanya berdiam diri tak berkata2..mgkin malas nak amik port.

Justeru, bila MIL melihat keadaan tak terurus cucu2nya, anak lelakinya..pasti tak salah kalau dia sendiri bicara anak lelaki patut mencari isteri lain!!.  Kerjaya tinggi mana pun, pangkat tinggi mana pun..tanggungjwb kita sebagai isteri sebagai ibu harus kita buat bukan? takkan urusan sekolah anak2 suma laki nak buat?.  Takkan tiap kali sesi persekolahan or cuti sekolah anak2 tak pernah amik port?..kemonlah, anak dah 5 suma sekolah..bila nak tau bila cuti sekolah, bila nak masuk sekolah telefon aku tanya??

Sbb itu aku dgn SP mmg salu jer rasa sgt simpati dgn Syuk. Sbb kami tau, kami kenal syuk dari dia kecik sampai skg.  Bila ibunya sendiri memilih kasih dan tak amik port pasal dia, takkan kami pejam mata?.  Pasti timbul rasa tak puas hati dan simpati kan. Tapi tiap kali kita cuba terangkan pada si ibu..dia tak pernah terima tak pernah mengaku selama ini dia mmg nampak sgt pilih kasih.


Aku tak bole paham kenapa seorang ibu tak boleh jalankan separuh dari tanggungjwb nya..kalau pun tak bole sepenuhnya..separuh pun tak pe..tpi ni takde langsung..makan pakai laki, anak2 tak pernah amik port...sedara mara sebelah suami tak amik port apatah lagi ibu mertua sendiri.  MIL mmg diam tpi sekali dia bicara mmg terhiris ke hati..aku biasa sgt pasal tu. Tapi kalau kita tau dia nak dtang at least buat la apa patut kan..bukan biarkan rumah macam kapal pecah sampai tikus mati dalam rumah pun bole buat dhek?

Nak kata dapat untung juta2 ..tak nampak pun? yg aku tau lakinya yg gigih keje, bela anak2..uruskan anak2 sekolah...walaupun kontraktor kecil2 lan masih lagi survive keluarga tu. Aku sendiri pun tak paham apa kerja , apa bisnes biras aku tu buat..

Aku sound baik dan direct jer masa dia kata syuk tak buat sungguh2.  Sebagai ibu aku kata u patut bangga sbb selama ni syuk sorang buat segala keje umah yg sepatutnya u buat..so kalau keputusan dia tak secemerlang yg u expected, u should take the blame..trus dia diam gaknya terasa ke panas hati ke..lantak ler .

Aku sikit tak salahkan MIL kalau dia balik kg nanti bercerita pasal biras aku tu kat sedara mara dia yg lain.  Aku sendiri pun tak kesah kalau ada benda tak kena yg dia nak canang kat org lain...sbb aku dah buat sebaik mungkin xmengurus rumah tangga, anak2 dan bekerja...tapi kalau tang biras aku tu..aku rasa seluruh adik beradik SP akan setuju kalaulah abg mereka tu nak carik bini lain!.

Tak guna mengaji berjuzuk2 Alquran, Solat sunat tak berhenti2..Tapi tak tau apa erti sebenar, segala suruhan dalam Al Quran tu kan?. Bukan kan dalam Al Quran dijelaskan dgn terang tentang tanggungjwab pada suami, keluarga, rumah tangga dan segalanya? Untuk apa khatam Quran berpuluh kali sedangkan ko sendiri tidak diredhai oleh suami?.. amalan akhirat kita mmg tak bole diabaikan tapi  haruslah seiring dgn kehidupan di dunia juga..dunia kita mau, akhirat pun kita mau..semua harus seimbang bukan?.

Gitulah adanya..aku tak kata aku ibu yg sempurna, isteri yg sempurna tapi aku sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.  Sentiasa berfikiran terbuka menerima teguram, nasihat dan apa jua yg baik sebagai cara memuhasabah diri...sentiasa cuba menghargai keluarga,anak2 dan seluruh sedara mara supaya menjadi org yg disenangi....sayu hati aku bila syuk kata untungnya Kakak nak dapat hadiah handphone baru..sedangkan dia tak dapat apa2 malah dapat kemarahan je!.

Wallah'alam..semoga kita sama2 amik iktibar dan pedoman dari cerita yg aku kongsi tu kan...

No comments: